Thursday, June 18, 2009

Dalam Mencari Jodoh

Sedikit Petikan Untuk Dikongsi Bersama~
Tuhan memang menciptakan manusia secara berpasang-pasangan. Lelaki dan Wanita. Bagi pasangan yang dianggap sudah cukup umur & memiliki komitmen yang kuat dan sama disarankan untuk segera menikah.. Ramai yang beranggapan, bahawa berumahtangga adalah salah satu penyudah untuk mencapai kebahagiaan hidup. Jika seseorang sudah mampu, berjaya dalam kerjaya & harta yang mencukupi tetapi terasa kurang jika belum berumahtangga, belum memiliki anak & sebagainya.

Tidak boleh dihindari rasa kurang semacam itu lebih banyak dirasakan oleh kaum wanita. Beberapa perkara membuktikan bahawa kaum wanita adalah kaum yang paling mengambil berat soal jodoh. Itu kerana sifat wanita yang harus melahirkan dan menyusui anak, sehingga muncul persoalan, "Kalau saya tidak menikah sekarang, apakah saya masih cukup sihat dan sanggup melahirkan keturunan?"

Berbeza dengan lelaki yang cenderung tidak risau soal jodoh & pertemuan. Selain faktor hormon yang dimiliki lelaki tak terbatas (sanggup memiliki keturunan meskipun usianya senja), kaum lelaki juga dihadapkan pada kenyataan, bahawa dalam berumahtangga kelak, merekalah yang akan menjadi tulang belakang keluarga. Sehingga, mereka lebih mendahulukan mencari harta sebanyak yang mungkin untuk membantu menempuh alam rumahtangga kelak.

Yang menarik, di zaman sekarang ini banyak wanita yang juga berfikir seperti kaum lelaki. Mencari nafkah semampu yang mungkin untuk modal berumahtangga kelak. Sayangnya, ketika semuanya sudah tercapai, usia sudah dianggap tua dan tidak "laku" di pasaran. Nah, apakah anda termasuk kategori wanita seperti itu? Jika ya, jangan bimbang tidak ada kata terlambat untuk mencari jodoh, kerana :

"Di usia Berapapun Anda Menikah Adalah Baik, Sepanjang Anda Mahu Berkomitmen Dan Mempertanggungjawabkan Pernikahan Tersebut Kepada Diri Anda, Pasangan Anda dan Sang Pencipta"

Bagaimanakah caranya mencari jodoh? Sebetulnya tidak ada cara-cara khusus untuk mencari jodoh, kerana jodoh boleh ditemui di tempat dan di waktu yang tak terduga. Sehingga cara atau tips mencari jodoh lebih bersifat memotivasi.

1) Berkosentrasilah bukan kepada mana yang harus dipilih tapi dengan melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.

2) Jangan pernah mengharapkan seseorang untuk jadi seperti yang kita harapkan tapi tempatkanlah diri sebaik-baiknya terhadap orang lain.

3) Jangan jadikan trauma masa lalu sebagai alasan yang tidak memberikan kepada jalan penyelesaian tapi jadikan trauma sebagai bahan pembelajaran yang memberi hikmah.

4) Carilah teman dan sahabat seramai yang boleh.

5) Jangan menilai lebih atau menilai kurang kepada seseorang apa lagi calon jodoh yang tengah didekati nilailah dengan wajar dan apa adanya.

6) Teruslah berdoa kerana doa dan jangan pernah berprasangka buruk terhadap Yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment