Tuesday, December 17, 2013

happy 38weeks

Yes,

Dah 38 minggu 2 hari.
Aku?

Alhamdulillah, masih tiada tanda-tanda nak bersalin.
Masih diberi kesihatan yang baik.
Masih larat bekerja.
Masih boleh berjalan dengan laju-laju.
Masih boleh makan dengan berseleranya.

Weaaahuuuu..total berat naik sepanjang pregnancy : 6kg (WELLDONE)

hahahaha..muka wanita mengandung 9 bulan!!
abaikan kegedikan pic tu.



Thursday, December 12, 2013

12122013

HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF

HAPPY 28!


ALHAMDULILLAH,
ALLAH MASIH BERI AKU KESEMPATAN UNTUK MERASA HIDUP DISAAT 28 TAHUN INI.
KINI KEBAHAGIAAN MILIK AKU.
INSHAALLAH.

TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS KURNIAANMU INI. AKU BERSYUKUR DIBERIKAN KELUARGA & SUAMI YG SENTIASA BERSAMA KETIKA JATUH BANGUNKU.

DAN...

ZURIAT YG BAKAL DILAHIRKAN.

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN BUATKU.

HAPPY 28 TO ME;
HAPPY 37WEEKS 4 DAYS.

AND I'M COUNTING DAYS <3 p="">

Alkisah 1 November 2013

Assalamualaikum.

Haaa..baru terhegeh2 nak update kan?
Aku baru elok sihat dari demam dengan infection-- haih biasalah, tiba2 plak demam. Paru-paru aku ni sensitif gara kucing kot.

Okay, ini adalah entry SUPERPANJANG dgn tulisan.

Ni aku cite psl aku mengalami spotting pada 30minggu++
aku sangkakan mungkin akibat aku melasak. Sebab masa tu aku balik ke rumah mak kat Seremban, mata ni cepat semak tgk keadaan bilik aku berselerak. Maka datang hantu rajin aku mengangkat perabot2 seperti katil+menolak almari mekap aku. Hihihihi..

Esoknya aku perasan ada spotting, hati berdebar. Tapi...aku biarkan.
Bagitahu OH, dia lebih2 risau. Aku biasalah, relaks semedangggg.

Sampai lah dekat 2 minggu kemudian. Spotting tu ON-OFF je la tu yg aku tak amik port walaupun aku cite dekat kawan2 opis. Dorang bising2 suh aku g hospital--until la 1 November 2013, OH call cemas-cemas dr office nak bawak aku pergi klinik O&G. Kepohhh sgt, dia kata kwn2 office dia bising dekat dia suruh bawak aku g hospital utk check.

Lelaki ok..lelaki lagi concern. Hahahah..

Terus ke Klinik Hanita di Desa Pinggiran, dan bestnya masuk2 bagitau doktor. Doktor cuma cakap;

"better you pergi hospital, kalau dah spotting/bleeding ni..boleh jadi macam-macam punca contohnya baby nak keluar awal..ataupon takut you dah ada bukaan..so sila pergi sekarang, dan siap2kan bag ye incase kena warded"

GULP!!

telan air liur, HOSPITAL? sumpah FOBIA. Hahaha, teringat aku kena masuk air masa kes dulu--

so aku balik rumah, makan-makan kejap. mandi-mandi & packing. muka sedih gila babiss ok. aku bukan takut psl terberanak awal atau apa..aku takut ape2 jadi kat baby. (baru terfikir baby laaaa kan?)

sampai kat emergency, budak kaunter suruh terus naik ke Dewan Bersalin. Lagi aku blur-

ok, ade kaunter kat situ. Bagitau apa masalah aku, serah buku merah. Tunggu around 30 min- jantung laju je. Tgk bapak-bapak & family yg menunggu isteri/anak masing2 bersalin. Dah nama pon dewan bersalin. Kang kejap2 dengar suara baby..kang nampak baby kena tolak keluar, nampak wanita-wanita baru bersalin nk ditolak ke wad. Omaigod..nervous babe.

Nama aku kena panggil, ok masuk bilik saringan. Macam wad gak, tapi ade beberapa katil. Aku usha la dalam tu. Kebanyakkan nya masing2 tunggu turn nak bersalin..ada yg kena pantau CTG, ada yang kes gugur..ada yang mcm aku..

dah timbang2 berat+amik tekanan darah. Nurse suruh baring di salah satu katil kosong-

Muka blur, aku baring sambil berdoa..harap2 xde kejadian buruk berlaku.
Sekali masuk seorang doktor lelaki. Pasangkan CTG (google sendiri la eh menda alah tu)..doktor tanya2 sikit psl aku. Tanya bape lama spotting tu then---

part SCARY.

tirai kena tarik, dan aku melihat peralatan diatas tray yg ditolak-
menjerit dalam hati sambil mencarut.

aku : eh eh..doktor nak buat ape ni??? jangan kata nk rodok saya dengan bendalah tu..(separa menjerit)

doktor & nurse senyum.. doktor siap gelak2

doktor : alaaa..pakai muncung itik ni je..sy nak check, nak tau punca spotting -- sambil angkat menda alah tu tinggi2

aku : eh, tak serius sebenarnya..tak payah la kot

doktor & nurse gelak-- woih aku serius, tak melawak

aku : perghhh menyesal sy serah diri

doktor : tak sakit la puannn..

dah, aku xnak cerita selebihnya.. faham-faham la ape yg terjadi. lucky me, aku si pensaiko gila babas..almaklum selama ni aku dgr cite kwn2 je psl D&C la, ERPOC la, PAP SMEAR la..btw prosedur sama. Tgk alat tu pon rasa mcm takleh imagine..doktor & nurse berusaha mengodek apa permasalahan aku tu.

Sakit? Tipulah tak sakit..tp aku punya menyesal supertinggi, maka tak rasa sakit..aku nyanyi2 lagu rasmus dalam hati sambil tgn pegang besi katil- damn.

settle. keluarkan besi2 bagai tu..

dgr doktor cakap dengan nurse.

POLYPS.

aku mcm..polip?? apebendaaaaaa..

aku : nurse, ape polip tu? x bahaya kan?

nurse : entah, taktau..ok puan bangun ye..pergi scan.

feuwwwwwhhhh...rasa lega. Yg penting selamat sudah dr prosedur pelik2 tu.

Now di katil lain. Kena scan, lama gila kot kena godek..
sekali silap, doktor lain datang. Bawak tray baru-- nurse lain.

aku : what??? AGAIN? -- ternganga kejap mulut aku, tau je la. aku rasa muka aku mcm da keronyok habis. DOWN kejap.

Doktor chinese : hehe..yalah puan, we all kena check balik because we saw something inside your rahim.

aku : perlu ke?

Doktor A : puan, kena buang benda tu..

Doktor chinese : ye, bertenang ye

Perghhhhh...this time lagi SAKIT-- kena cungkil, aku tak pasti apebenda..yg aku tau aku mcm kena JACK kereta.hahaha..

aku nampak besi mcm gunting panjang nak amik arang waktu BBQ.
kapas-kapas.. dan aku hanya berdoa jek cepatla proses ni berakhir.

sekali dah keluar, doktor A tunjuk kat aku;

Doktor A : puan..puan, tengok ni..dah dikeluarkan 

aku : eeuw..dah2, sy sakit ni. cepatlah.. (hangin mode)

Doktor Chinese : puan jangan risau ye, selepas prosedur ni..puan akan bleeding seperti period. Dont worry, akan ambil masa sehari dua untuk pulih luka.

boleh, dorang main2 benda tu letak dalam botol..suruh aku tengok and amik gambar. Tak KUASA, aku dah cedera dalaman ni. Otak aku xde nak amik2 gambar bagai..ko simpan la mendalah tu..
Besar suku jari kelingking aku kot ketulan daging tu..

Bangun2 je, perlahan je aku jalan. Tunggu doktor buat report.. sambil2 tu aku ditegur pesakit2 yg baru sampai & pesakit yg baru kena "seluk"..ada yang betul2 dah nak bersalin..relaks je berborak dgn aku.. muka masing2 serius redha especially yg baru kena D&C.. dan bakal di D&C.

haha..alkisah pengalaman aku yg x mungkin aku lupakan..walaupun sebenarnya panjang, tp aku ringkaskan.
teringat doktor A cakap;

"puan nak bersalin, kena dalam keadaan seperti ni tau..tapi katil dia lagi BESAR..heheehhe"

ngekkkkk..

17 Disember 2013- aku ada appointment dengan dorang lagi.

"puan, jgn lupa ye.checkup..tp kalau puan dah bersalin masa tu, xpelah..ni kalau belum lagi bersalin sebab masa tu puan da 38weeks"

FINE!

aku keluar, sian tgk OH..lama gila dia tunggu kat luar. Org lain tunggu luar dengan ada baby--dia tunggu aku dengan muka aku mcm nak meroyan. hahahah..

sambil cepat2 pegang lengan dia - tak pernah2 aku nk mengedik mcmtu okey..jalan sopansantun lagi. mendapatttt ko kan?

"abggggggggggggggggggggg...syg kena sodokkkkkk"

OH muka terkejut.

OH : serius?kenapa? cite kat abg meh?..jalan slow2 ye...

aku : tah ade ketumbuhan kecik dalam rahim syg

OH : alaa..xpelah ye, syg kan kuat dari dulu hingga kini dan selamanya

aku : wuuuuuuuuu..patutla muka yg kuar dari bilik saringan tu semua toya, dorg semua baru pas kena sodokkk gak

OH : haah kan? patut muka masing2 toya td. xpe..nnti elok la tu.. mesti doktor hensem tu yg rawat syg td

aku : omaigodddddd... i dont care la dia hensem ke tidak..tp seriously benci!!

btw, doktor2 tu semua ok & baik..dah nama pon kerja dia kan..aku ni je merentan x psl2. sbab segan la..aku td sempat lg sakit2 tu tanya soalan kat doktor

"eh..xde pekerjaan lain ke? jd la doktor haiwan"

senyum aje doktor hensem tu.

"suka eh kerja mcmni" -- emo x aku?

haha, maafkan sy ye doktor..nervous mmg mcmtu..

okay bawah ni ade aku amik dari babycenter.

Apakah punca-punca lain yang boleh menyebabkan pendarahan faraj semasa hamil?

Mungkin ada perkara-perkara lain yang sedang berlaku dalam badan anda yang menyebabkan pendarahan ini:
  • Pintu masuk ke uterus anda iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks.
  • Anda mungkin mempunyai fibroid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
  • Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks anda. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
  • Anda mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
  • Anda mungkin menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.


http://www.babycenter.com.my/a1031215/pendarahan-ringan-atau-pendarahan-faraj#ixzz2nFLdkjdP


okay, aku nye kes adalah polip serviks.
peralatan yg digunakan--



okay..hahaha ngeri.

Thursday, December 5, 2013

sejenis apakah perasaan ini?

Haaa..
aku ada perasaan pelik. taktau la org lain mcm aku atau mmg aku je sorg2 feeling pelik.

aku takleh tgk haiwan.
tau haiwan? animal..atau bahasa pasar binatang. bukan bintang ye..binatang.

ke aku obses????
nanti mesti aku terlalu teruja overload atau kadang2 rasa mcm nak nangis.
baru tgk.

susah hati kan perasaan mcmni.

aku perasan part kalau tertengok gambar-gambar panda. mmg dari dulu aku suka sangat haiwan ni.

nanti mula lah..mengadap lama-lama.
haihhh bukan peel org pregnant tau..dari DULU aku mcmni.
tp depan OH aku kawal..matik kang kena sound.

dengan kura-kura pon aku obses.
kucing.

kang tertengok kucing tepi jalan, mula lah sedih hati..teringat2 sampai tidur.
nampak anjing tepi jalan kena hujan pon dah tangkap emo.

belum lg nampak tikus2 berlari..

tah, aku mental kot eh?
hahahha..

okay nak share keterujaan aku terhadap si comel ni..geram gila rasa mcm nk peluk2!!
kalau aku kaya, aku beli wei..bela!

gila comel!!!!

panda

Tuesday, December 3, 2013

pregnancy survey

Eh nampak sangat takde benda nak dibuat, bosan actually. Buat kerja sambil baca pasal pregnancylah-hypnobirthing lah-pengalaman bersalin lah. Amik sikit-sikit pengetahuan atleast tak la nervous..KONON.

mehlah layan survey ni. cedok dekat google.


1. Was your pregnancy planned ?  
   yup, i'm ttcian


2. What was your reaction ? 
   alhamdulillah+suprised+happy+blessed


3. Who did you tell first ?
    my bff- shila


4. Are you having a boy/girl ? 
   mihmihmih..supriseeeee


5. Did you have morning sickness? 
   No, lucky me

6.Did you have any cravings ? 
  Yes, chocolate+coco crunch+ice cream & pisang goreng


7. Did you have any mood swings ? 
   err..sometimes, but i dont show it. eheh


8. How many kilos did you gain during the pregnancy? 
   nice one, mihmihmih..so far 5kg.


9. What pregnancy discomfort have you experienced?
   bloated


10. When is your EDD? 
    end of december 2013, 29 maybe.


11. Who do you think it will look like? 
    OH?hahah..


12. Have you bought anything for the baby yet?  
    yes.


13. Have you picked out names ? 
    not yet.



14. Do you have stretch marks ? 
    so far, no


15. Belly button in or out ? 
    innie

Crossfade - Cold

Tuesday, November 26, 2013

happy birthday

hey, happy birthday to my long lost friend-

aku sebenarnya tak tahu mana dia berada. hilang begitu.
yg aku tahu dia ade GF baru-- ehehhehe :-P

happy birthday yg ke 35 kot eh?


hopefully happy & gembira sentiasa. Amin.

-------------------------------------------------------------

dah tak yah nak serious sangat tetiba.

btw, aku malas nak update blog. cerita banyak, expo baby habis aku terjah.
kopak duet mak kau nak. Takpelah, baby first.

aku asik cakap - anak sulung. pertama...excited mesti ade.

cuma aku tak settle part;

breastpump - cari manual dulu.
avent? medela harmony? tommee tippee?

warmer & sterilizer.

blur.

eh barang aku pon tak settle lagi wei.
relaks tahap gaban, padahal nak masuk 36w

can you IMAGINE betapa aku relaks?
ahaha mcm mana persiapan kawin last minute. mcm tu la persiapan nak beranak.


p/s : nanti aku sambung balik cerita.

Monday, November 18, 2013

MGTT

Assalamualaikum.

Hai, malas benar nak update nampak gayanya.
Idea ada, tapi malasnya berganda.

tau apa itu MGTT? -- google sendiri boleh? (seee how pemalassss nya saya)

Last check up dekat KKIA - 7 Nov 2013.
32weeks.
So far everything ok. Berat pon naik 500gram.
Total sepanjang preggy dah : 4.7kg
HB : 11.6

Then scan, baby breech.
Doktor kata, takpe..biasalah dia masih boleh berpusing2 lagi.
Start kira pergerakkan baby : OK

Berat baby : 1748g which is mean - 1.748kg (err..week before 1458g)
Tiba-tiba doktor insist utk aku buat MGTT walaupun da kategori "lewat". Oh, aku bajet aku terlepas since family takde keturunan kencing manis. Its ok, aku kena puasa malam tu sebab MGTT akan dibuat pada 8 Nov 2013. Best kan? Dahla hari tu aku kena ATT, kiri kanan tangan aku lebam. Mcm biasa, kes aku ni asal amik darah aje mesti nurse tak jumpe urat.

Keesokan harinya, aku pergi buat MGTT- so dah settle amik darah pertama & minum air gula.
(err..biasa aje rasanya..ape yg org kata teruk sgt? but for me, still aku bleh teguk lagi..lagipon perisa oren then dibuat suam)

tunggu around 2hours, amik darah kedua plak then aku balik. Nurse cakap, apa-apa dia akan call. Ok.


Nak di jadikan cerita, Isnin 11 Nov 2013..ada number call. Tapi bukan number pejabat, number handphone..dah petang gak la. Nurse KKIA yg call suruh datang 12 Nov 2013 (Selasa) sebab aku kantoi gula.
Cishhhhh...8.14 katanya, before 4.2. Alahai, kena la buat BSP plak.
BSP - google sendiri eh

takpelah, aku pon relakan aje la. Apedehallll weii, cucuk ujung jari kaaaaan? -- psiko diri.

Alhamdulillah, seharian tu aku pantau sendiri gula dalam badan.
resultnya adalah seperti berikut:

8.25 am   - 4.2 (nurse buat)
12.15 pm - 5.8 (setelah aku makan tosei sekeping bersama air nescafe)
3.25 pm   - 5.2 (bedal nasi mamak - nasi putih+ayam goreng+telur ikan+kuah kari dan air barli ais)
9pm         - 4.7 (makan pisang goreng aje)

13 Nov 2013, pepagi aku dah pulangkan mesin tu dengan result. Nurse kata Alhamdulillah okay result aku tu. So tunggu ajelah next check-up 21 Nov 2013 ni. Harapnya takde la BSP lagi, leceh wei.

Isunya, padanlah muka diri sendiri. Mmg jenis tak sedar diri kalau dapat makan benda manis..lagipon seminggu before kantoi MGTT tu, aku stop nescafe tapi aku bantai Milo Ais Kaw kat mamak..even kat office pon aku bantai milo ais pekat manis gitu. Heh heh heh..


Oklah, nanti aku sambung lagi. Pasal kes aku kena gi hospital 1 Nov 2013 tu.  Daaaa

BSP : result aku last 4.7, then aku pi cucuk jari OH plak..5.5 gula dia..okay la kan?
atas tu, sehari sebelum. bawah tu mase MGTT-- nampak tak lebam. sampai hari ni okay tangan aku lebam. serius.

Friday, November 8, 2013

Perginya salah seorang insan tersayang...

Al-Fatihah

 
Assalamualaikum & Salam Jumaat, 4 Muharram 1435.

Sedang seluruh umat islam menyambut tahun baru, aku sekeluarga menerima satu khabar sedih,
pemergian abg sepupu tersayang yg kami sekeluarga anggap sebagai abg kandung sendiri pada 1 Muharram 1435 jam 11.05malam.

Allahuakhbar!
Pemergian yg sangat mengejutkan dan sukar nak diterima... tapi Allah s.w.t. lebih menyayangi beliau. Bagi kami perginya amat senang dan terlalu cepat..

Abg teh nama timangan, dia pernah di jaga oleh arwah abah dan mak sewaktu kecil-bujang. Sifat dia yg penyayang dan kelakar buat kami semua senang bersama dia. Masa bujang dulu, arwah abah aku cerita depan-depan dia..kami semua adik beradik leka dengar peel dia..nakal. Kat kampung dulu terkenal dengan perangai lasak, nakal. Sape je tak kenal Heri, sampai lah org kampung kalau ada kejadian-kejadian buah-buah dorang kena petik ke, habis ke..haiwan ternakan terlepas dr kandang ke ikan kat kolam habis di tanguk ke mesti org kampung dok ingat dia padahal org lain yg duk buat kerja-kerja tak senonoh tu. Satu hari, ade org kampung nampak dia terus tuduh dia yg curi rambutan. Dia sabar je balik rumah.. tapi..malam tu ada akal dia. Dia bawak kapak, pi tebang pokok rambutan org tu.. dengan muka bangga, dia sendengkan pokok tu kat pagar rumah org tu balik. Tanda protes... tapi tulah, dalam nakal dia tu. Peti surat rumah penuh dengan surat2 anak dara kampung dok meluah rasa cinta. Everyday plak tu sampai ada cikgu-cikgu sekolah patah hati lah..yg baiknya, dia tak melayan pon..dia betul2 ada sorang perempuan je dalam hidup dia..iaitu gadis sarawak non muslim yg sekarang ni adalah isteri dia (semua pelik mcm mana dia bleh usha awek sarawak, tp kegilaan anak dara kampung..muka dia mmg dikategorikan hensem ala-ala pramlee gituu)..

Aku nak taip ni pon rasa sebak sgt2, dia mmg rapat dgn kitorang semua since keluarga kami ni kecil je. Terlalu banyak kenangan yg susah nak dilupakan.. Walaupun dia abg sepupu, tapi setiap kenduri atau majlis dia tak pernah miss untuk datang dan jadi org belakang tabir even dari majlis merisik-bertunang sampai lah kahwin, abg teh ada untuk jadi ketua jurucakap selain abg-abg aku sendiri. Betapa besarnya kepercayaan keluarga aku kat dia. Dia gak seorang suami dan abah yg baik, tak pernah lagi aku dgr dia menempik-nempik tau meninggi suara kat keluarga dia or adik beradik dia sendiri.

Aku nak cerita panjang pon sampai bila-bila tak habis, ayat aku pon dah bersepah-sepah sebab nak update blog cepat2..(sebab aku ada dua lg story nak kena up--next entry la nampaknya)
Yg pastinya, abg teh akan dirindui..tiada lagi senda gurau abg teh di hari raya..tiada lagi cerita merepek dia, tiada lagi senyuman manis dia...

#arwah pergi dengan mudah, ketika dia bersama rakan-rakan karib duduk di kedai minum, arwah dikatakan sesak nafas tiba-tiba dan dalam perjalanan ke hospital, arwah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan rakan-rakan dia#

:-(

Arwah dalam kenangan..
1 Januari 1961 - 5 November 2013
p/s : akan merindui masakan ikan talapia goreng balado fresh air tangan abg teh-- sendiri tangkap, sendiri siang, sendiri masak...

Al-Fatihah Ahmad Khairi b Mohamed. Damailah di sana, semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg dikasihi Allah serta bersama org2 yg beriman. Amin

(dapat lah arwah bertemu arwah abah di sana...sobs)

Thursday, October 31, 2013

Perasaan

Hai,

Actually mood aku tak berapa okay, tapi dah terbiasa diajar untuk menyimpan "kemurungan" aku tu. Haha.

Berat tak berat, tapi melibatkan perasaan sendiri, terperangkap woi..aku terperangkap sendiri.
Gelak tetap gelak, happy tetap happy tapi menikam kalbu betul perasaan ni.

Tahu ape;

Bila orang lain berhutang, aku yg tak memasal kena bayar.
Oh serius sedih tau ni.
supersedih.

Duit aku, aku byr hutang org. Banyak tak banyak, boleh dapat samsung note 3 + note 8.0.
Bg org berpoket lebat, rasa macam sikit. Tp bg aku, banyak tu. Baik aku beli barang baby.

Dulu aku dah terkena, tahun 2006. Takpelah, sampai sekarang aku tanggung lg hutang tu. sampai org tu dah beranak pinak. Takpe, anggap bukan rezeki lah kan..

grrrrrr...

ok, nak layan lagu Amy Search-- motif?

p/s : barang basic baby dah beli, dalam sikit2 pon habis gak setengah gaji. dahlah gaji lambat lg. krooh krohhh.. btw, akak2 & mak aku ade belikan sikit gak. hahaha..dasar!!

Friday, October 25, 2013

hello 3rd trimester

Salam.

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yg baik.
Rasa mcm tak preggy pon ye. Masih kekal aktif, jalan pon bukan main tak sedar diri lagi. So far, aku tidak merasa sebarang alahan cuma penat tu biasa la.
Tidur sekarang pon dah tak berapa nk selesa.

Btw, baby breech. Last checkup ri tu, nurse bgtau.
Takpela nak, nak melintang dalam perut..melintang lah

(aku perasan keadaan ni mase scan hari tu)

Harap-harap tiba masanya dia berpusing lah.
Aku nak update psl checkup2 ni tak berapa nak rajin.
Aku da dapat injection ATT.
tunggu untk 2nd dos. Err..air gula aku terlepas minum..pelik gak. Takpelah, abaikan.
HB aku maintain : 11.1
Berat since pre-pregnancy sampai da masuk 30w : 3.7 kg 
Pelik, kenapa naik sikit sedangkan aku rasa berat/badan aku supergemok.
(hakikatnya, lepas kawin berat ko dah naik RRZ)

perut mcm tak nampak - org cakap. padahal mcm besar sgt2.
selera makan berubah-ubah. 
kadang-kadang tak makan.

preparation brg baby?

not yet. eh btw thanks to Rina Hamid utk checklist tu <3 p="">

p/s: esok baru nak shopping barang2 basic baby dulu. Hihihi..

last not least, latest pic.

selfie dalam toilet office..haaaahaha




Thursday, October 3, 2013

Otak barai

Permulaan October yang menyakitkan.

Stress;
Tension.

Sama je dua ayat tu.

Tapi org yg buat aku rasa berat sangat kepala ni tak fikir pon.

p/s : takpe, mungkin bukan rezeki anak aku kali ni. Aku kena burn duit simpanan itu.
It's ok, walaupun agak terkilan. I'm sure, pasti ada rezeki lain yg tiba. Inshaallah.

semoga kau makin kaya dengan perangai kau. BYE

p/s I : kau ni tak habis-habis dengan perangai weirdo kau. benda remeh temeh pon cakap dalam meeting

p/s II : psikotik. aku bukan hamba abdi. suruh itu ini.

p/s III : you are too MUCH



*kesudahan cerita, ada dua watak. tapi perangai sama. EVIL*

Friday, September 27, 2013

Appointment 3D4D With Miss Jezzlyn- Poliklinik An Nisa' Sri Kembangan

Assalamualaikum.

Okay, tajuk entry pon dah buat aku excited nak menaip - syok sendiri.

Actually, aku dah booking online dari lastweek. Excited+nervous sampai termimpi-mimpi. Teruk sangat perangai aku ni.
Memandangkan hasil review+research, aku terjebak nak buat appointment 3D4D dengan Miss Jezz ni memandangkan dia agak popular dikalangan blogger2 M2B ni.

Serius tak sabar-
Menghitung hari-- detik demi detik-- hei, bayangkan gaji keluar 25 Sep 2013 aku tak pedulik ok...betapa hebatnya penangan nak tunggu 26 Sep 2013 punya pasal (date appoinment).

Tarikh ditunggu telah tiba. Aku pilih time lepas maghrib..dengan harapan baby aktif (oh..baby ku aktif tak kira masa sebenarnyaaaaa)

-- 7.20PM / 26 SEP 2013

masuk-masuk klinik, bagitau pasal aku da booking online tu. then daftar kejap.
tunggu dalam 10 minit, terus turn aku. Masa sampai tu, ade couple tgh tunggu nak dpt cd/gambar.

then couple yg ini keluar, aku masuk. So total, ade 3 couple termasuk aku masa tu. Siang-siang tu aku tak sure la berapa ramai.

Ada satu amoi panggil; dalam hati aku -- ni kot Miss Jezz.
Yup, alahai muda lagi. Comel plak tu..

Dah say Hi..dia suruh aku baring sambil-sambil dia tanya bila EDD aku.
OH dia suruh duduk kat kerusi belakang dia.
So dia suruh tengok skrin, ni 1st time OH tgk scan2 ni. Aku pon sama, 1st time..yg 2D kat KKIA tu pon bukan aku faham pon. Masa tu baby pon tak macam baby..skrin kenit je.

Terus2 muka baby mengadap skrin. Excited kitorang- serius weh tak tipu. Aku mcm; Ya Allah..anak aku ke? Alahai.. (jangan tak tau, otomatik mata ko berpasir ye..hoo..sorry baby, ibu touching kejap masa 1st tgk muka awk kat skrin tu)

Alhamdulillah, baby memang elok mengadap aje. Takde lindung2 tangan ke apa..tunjuk muka. Kemho sgt! (camwhore ikot perangai ibu eh???!!).
Miss Jezz puji baby sebab senang sangat nak scan dia, nak ukur-ukur. Cuma sepanjang scan tu, kerja baby menendang aje ye..

Miss Jezz : wahh good baby..cute sgt. hidung mancung, bibir kecil..ikot sapa ha?

Miss Jezz : baby, suka kick mama ye?

Miss Jezz : adik..adik..bangun kejap, nak ambil gambar kejap..sikit je..cepat-cepat bangun..mama dengan ayah nak tengok ni.. (haa dia tendang lagi)

Comel sangat-sangat Miss Jezz cakap-cakap dengan baby..yg cute nya dia panggil "adik".
hehehehe..haah, baby asik menendang aje..tp tidur. Kang kejap isap jari..

Miss Jezz dah ukur2 semua tu..dia kata baby ok. sama besar dengan usia dia..cuma kurang seminggu ajelah..baby aktif. Then Miss Jezz cakap nak tengok jantina plak;

Miss Jezz : okay, jom kita tengok jantina..belum tahu kan?

Aku : haah, itu yg nak tau sangat tu..heh hehe..

Baru aje letak scan tu kat perut, haaaamikkk terus tunjuk aje. Terus terkejut Miss Jezz..mata ktorg mengadap skrin tu..dia siap cakap;

Miss Jezz : wahh..baru cakap, baby sudah terus show eh? aaa tak malu la kamu..haa nampak tak? nampak tak?? okay..meh saya flashback balik ye..seeee -- dia tunjuk dekat skrin.

Miss Jezz : ini sudah confirm, takde tukar-tukar dah. Jelas ha dia tunjuk..mmg takde malu la ini budak comel.

OH n aku da tergelak-gelak dah, serius ye kelakar. Nakal sangat, dahla menunjuk mcmtu..lepastu asik "kick" aje.

Puas hati tengok baby dalam tu, tersentuh hati. Tengok plak muka OH, syahdu kejap..OH sangat-sangat la excited. Tak pernah aku rasa tengok suami sendiri teruja overload mcmtu.
Miss Jezz masih dengan tugas-tugas dia, amik gambar baby dengan senang hatinya. Dia bagi tau yg baby elok je melintang..dia cakap, ada baby kadang-kadang amik masa jugak nak pujuk tapi still taknak tunjuk muka. Kalau ada pon kejap sangat katanya..
Dah borak kejap, baby aku dok tidur. Dia kejutkan;

Miss Jezz : adik..adik (sambil cucuk2 perut aku kat area muka dia)..bangun kejap adik, nak ambil gambar..senyum la..senyumla baby..

woaaaaaa..dia bangun terus menguap+mengeliat lepastu buat muka cembeng..

Miss Jezz : alololo..dia sudah nangis pula..kacau sikit..sudah nangis..hahaha..so cute.

Dalam 10 minit, settle dah. Happy rasanya, Miss Jezz cakap kat aku..senang sebab baby bagi kerjasama yang baik sekali. Awwww..happy sgt dpt buat appointment dengan Miss Jezz ni, sampai rasa nak buat banyak-banyak kali je.

So dah siap-siap, say thanks dekat Miss Jezz. 5 minit kemudian, dapat CD & printout selai dengan detail scan tu. Total RM120 je.. Best2! Balik tu terus ke JJ Equine sbb nak makan claypot chicken rice. Macam biasalah, favourite.

OH menyengih ajelah semalam. Dan-dan je terus jadi lovely-gila-nak-pitam.

OH : anak buat ape tu..

kang kejap-kejap pegang perut..yelah, baby sentiasa gerak aje kan. kang tanya lagi..Iyolahh anak abah lah nampaknya tu kannnn.

Ok, panjang cerita..aku letak pic scan semalam.
:-)

kaki & tangan dia yg suka bergerak2 tumbuk perut ibu ^_^
 
haa ni muka cembeng..ngada2 eh?

hai! 1st pic masa scan..pic yg aku terharu sangat

 
yeay! sy suka tendang tendang tendang (masa miss jezz kejutkan dia) notty! ^_^


ini saje wajah sy..nanti nak tengok sy yg real..tunggu sy keluar dr perut ibu ye?


haaa sekian aje cerita pasal Scan3D4D ni, aku suggestkan m2b yg masih tercari2 tempat nak scan..sila lah booking di Scan 3D4D Malaysia tu ye.. especially dengan Miss Jezzlyn.

p/s : thank you so much Miss Jezz..kami sgt puas hati dengan kerja Miss. Muah!

sambungan kisah- suprise OH

-----> SUPRISE OH

before tu mari aku cite serba ringkas macam mana aku bgtau OH psl aku preggy ni;

lepas aku buat OPK + UPT tu BACA SINI.
Aku siap-siap pakai jeans semua, tunggu dia balik then aku pesan awal-awal yg aku nak pinjam kereta sat. Jam 8.30pm aku da tunggu siap-siap kat bawah sementara tunggu dia sampai. Less than 5 mins OH pon sampai, aku terus ke kereta then OH keluar nak naik rumah.

OH : nak gi mana tergopoh gapah ni?

aku : er..guardian.

OH : oh..pad da habis ye. Ha hati2 ye.

(btw, OH ni kalau dgr aku g guardian ke watsons ke..mesti bajet aku beli pad je kekdahnya..haha..faveret tempat ok kalau masuk mesti nak sejam dok bertafakur dlm tu..habis semua benda nk godek2 walaupun benda yg sama)

aku pon memandu ke arah P8, kat situ ade guardian. Dengan excited terus pergi ke tempat jual UPT..
erkk.. CB Digital takde..habis stok, tinggal UPT biasa2 je. Aku beli satu kat situ, jenama Dip & Tell hijau 1 box. Dalam hati tetap tak puas...nak gak CB Digital tu, nak betul2 confirm. Yelah aku guna UPT singgit je..manelah tau benda tu menipu aku ke kannn.. *konon*

sambil drive tu, da OTW balik dalam drive tu aku terus melencong ke Alamanda. Haih, dah jam 9.15pm dah. Aku tak masak lagi ni, drive ke sane. Parking je lelaju, terus ke guardian sana.. Alhamdulillah, banyak stok UPT..siap ada diskaun lagi.
Aku beli 1 CB dan satu lagi stok UPT disclosure. Waaahhhaha.. over kan? G kaunter, adik tu senyum simpul tengok muka aku teruja. Then terus balik, niat nak beli kotak+kad..kengkonon kalau dah confirm tu nak letak dalam kotak siap wording2 yg sweet la. Tapi bila fikir balik, aku loya sendiri..yelah kau dah kenapa tetiba nak sweet2 bagai???

Sampai rumah, masak kejap. Terus g toilet sambil sorok kan CB tu dalam towel. heh

-- berdebar-debar gak ni tgk skrin tu, almaklum. 1st time guna..dia berkelip2 je..

PREGNANT
2-3

Alhamdulillah, keluar cepat2..bawak benda tu and UPT dan OPK yg try sebelum tu..letak dalam beg org kawin..tah sape kawin tah..aku sauk sbb ade banyak..
(mcm ni..thanks encik google)
 
letak CB tu dalam plastik dia yg aku bukak secermat habis..sumbatkan OPK+UPT tu td. Pastu ada coklat2 cadbury (stok yg aku beli x makan2) aku letak dalam plastik lain..letak dalam beg kain tu tadi.
 
aku keluar lepak ruang tamu, OH tgk main game.
pastu aku amik beg kain tu..aku bg kat dia;
 
OH : eh sapa bagi? ade org kawin ke kat opis?
 
aku : haah
 
OH pon bukak, ok ada coklat..dia suka la coklat..lepastu dia amik yg plastik CB td..(kaler biru)..
 
OH : eh tak pernah tgk coklat brand ni --sambil keluarkan isi dalam
 
OH : ehhhh ehh????? pregnancy test!!! pregnant 2-3?? syg pregnant ke? haaaa (dah berdiri dah sambil pegang benda tu..pastu cicir plak UPT+OPK sekali)
 
aku : haah. iye..suka tak?
 
OH : Alhamdulillah, YaAllah seronoknya..abg nak jd ayah dah ke? (masa ni dia dah melompat2..tak senang duduk da..ke hulu ke hilir..kejap pegang controller xbox..kang pegang UPT tu)
 
OH : dah ucap sujud syukur ke ros? cepat-cepat..cakap syukur dan alhamdulillah --sambil tolak2 aku. Dan lepastu dia ragu-ragu lagi sebenarnya, esoknya baru lah kami ke klinik..OH nak doktor confirmkan dulu.. Alhamdulillah, baru lah puas hati dia. Bila dgr doktor cakap "congratulation, confirm pregnant 5w".
 
itula kisahnya..konon nak pendek sgt cite..panjang sudahnya. Tapi yg kelakarnya, dia suruh diam2kan dulu..tunggu da 3 bulan ke atas baru bagitau. KONON lah kan, aku tgk phone dia. Awal-awal da bgtau mama (MIL)..aku tak bgtau sorg pon ahli keluarga aku..rupanya OH yg excited beria..cishhh.
 
Inilah OPK (hijau) + UPT (biru) aku (30 April 2013)

CB yg beria aku dok beli kat Alamanda

1 Mei 2013 - confirmkan dekat klinik P14. Alhamdulillah.
 

Friday, September 20, 2013

Salam Jumaat

Assalammualaikum.

Eh.eh, kejap masa berlalu. Baru aku perasan yang keterujaan nak update-blog hari tu hanya sekejapan je.
Hehe..

Lupa.

Raya pon da habis. Entry gambar raya pon tak "up" lagi. Kisah pregnancy and sepraiskan OH pon tak cite lagi. Mana satu aku nak dulu kan?

-- si anak sedang giat bersummersault didalam perut, ye. senak --

okaylah, marilah sy up sikit lah gambar masa raya.

Ma and anak bongsu & menantu lelaki bongsu
me & sister
darwisya kesayangggggan!
OH
Husband & Wife (mampuu..pakai baju nikah di pagi raya..saat perut ko da terbonjol..cish)
sesi bersalaman <3 br="">
  
 
kekanda2 ku- OH, Abg Long, niece & Abg Gabanku
Ok..maksu & niece
family kecilku <3 td="">
Ma dan cucu2nya..Oh ye, kurang 4 hero..sebab sorg lagi my sister tak sampai lagi. Hikhik..Inshaallah, nextyear tambah sorg lg. Amin.    

 So..itu sikit pic raya belah family aku. Hee.. 2nd raya, by tengahari dah bergerak pulang ke kampung OH plak..Nasib la tak jauh, around 45 min je. Lubok China--

Tu pon sampai-sampai, dorg semua terus ajak jalan raya. Since perut lapar (always)..berjalan la sampai ke petang..5 buah rumah atok2 belah OH..
Mcm biasalah, belah OH mmg ramai. Dah aunt. uncle semua sebaya abg2 n kakak2 aku..sepupu pon budak2 semuanya. Atok n nenek pon still ada..kebanyakkan sebaya mak aku..mana lah rasa tak pelik..

me n the cusie. Ni rumah Tok Ndak husband..cantik sangat rumahnya..tu yg masing2 tak melepaskan peluang nak bergambar.
me, ika (cousin), maksu, maklang & mak andak.. see? betapa muda nya auntie2 belah husband..hehehe..
last..haruslah pic kami berdua. pakai baju ni lah buat ramai yg tak tahu aku preggy..hikhik..

Ok..itu aje ye pic rayanya..raya ke3 aku pakai blouse..
paneh.. hikhik..then balik ke Putrajaya..weehoo..TIDOOO sepuas2nya..walaupun nextweek tu aku checkup.
(oh..masa tu risau berat naik..raya punya pasal..rupanya turun 2kg..HB drop.hiks)

sambung next entry kay--
bye LOVE.

Thursday, August 22, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Waaahh..

Kejap je masa berlalu, Alhamdulillah aku dapat berpuasa dalam keadaan yang baik cuma kalau tak sahur tu rasa perit sikit. So far, nak hujung2 tu dah okay la kalau tak bangun sahur pon.

Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

So 1st raya kali ni kat my side. Best?haruslah best..gila tak best?..puas hati lah makan rendang daging+nasi impit+kuah kacang berkali2..hikhikhik..eventho nextweek tu aku check up, nervous kan sebab dah mentedarah bagai nak gila. Result?

HB turun. standard la kena bebel. 1st check up - 13, 2nd check up 12, 3rd checkup jadi 11. No wonder la keja aku kalau pergi warta je pitam..alamanda pon pitam..selamba aku bersila depan kedai..like i care kan? dah kelam bpeluh2.. tapi pegi setia city mall, midvalley, ikea & curve tak pitam ok...motif?

berat pon makin turun..1st masa buat buku, berat naik 7kg..penangan anmum materna coklat kottt.. *sedapkan hati*
2nd check up, berat kurang sekilo.
3rd check up, berat kurang 2 kilo. wahhhh..another 4 kg, berat back to normal *please calculate*

aku harapkan berat aku biarlah minimum je naiknya, sebab risau..bukan risau apa..takut2 baby besar. Itu satu hal, kalau berat naik berlebihan? tak jerih plak aku nak balik kepada asal? Kalau berjaya turunkan lah..walaupun org kata depends pada baka keluarga sekalipon..aku tetap perlu risau!

selera makan da start kurang balik..since aku memasak setiap hari, aku tak boleh telan lauk yg aku masak..especially 'ayam'..kalau dapat makan nasi+telur semata atau ikan bilis goreng pon dah sedap tapi bukan aku yg masak. Mengada-ngada kan?

pergerakkan baby?
Alhamdulillah, seawal 16w ++ dah dapat rasa ombak2 dan sedu-sedu dia. Now? Terlalu aktif sampai rasa macam senak sangat dia berguling+bergusti dalam tu. Especially lepas makan..dan time tidur. Kuat sgt gerakkan dia sampai rasa nak shi-shi (kencing)..
bila aku gosok-gosok perut, dia gerak..hahahahahahah..aku asik kacau dia sampai OH bising sebab ganggu dia. Maybe dia geli kot kat dalam tu..rasa mcm ade ikan plak. Cuma yang aku perasan, dia kerap tersedu. Kesian dia.

Masa balik kg pon, sedara mara+cousin+anak buah semua tak tahu pon aku preggy. Siap ade yg terkejut bila dorg tanya bila nak berbaby. Aku jawab la jujur;

"Inshaallah, end of this year..or maybe early in january"

eh..baru nak planning pregnant ke?

"taklah..ni ade la lam perot ni"

SubhanaAllah, serious ke? wahh tahniah..

baby bump tak menonjol, haha..siap org tak percaya..igt gurau2. Alhamdulillah. Oh berkenaan dengan gender, masa checkup dia kepit2 gitu. Doktor puas dok scan2, tetap tak tunjuk..yg ketara dia tunjuk 5 jari/tapak tangan dia..apehal? nak give me five eh?..hahaha..nakal.

okaylah..next time aku sambung story dengan gambar raya. Panjang plak entry ni.

Friday, July 26, 2013

1 Tahun 3 Minggu 5 Hari

Okay,

Lupakan kejap entry sebelum ini.
Ini berkaitan dengan tajuk;

btw, aku baru perasan yang aku tak cerita pasal wedding pon.
haha.basi sudah.

takpelah, meh sini aku story sikit.

Alhamdulillah, 30 Jun 2012 - Sabtu, 9.20pagi. Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi hakmilik sepenuhnya kepada OH- actually, last minute plan. Husband i memang gila.. we all rancang bulan MAC 2012 ye.

family dia datang diskus2 pasal tarikh; mulanya 25 Mei 2012..Alhamdulillah, tak jadi. Sebab terdekat dengan wedding sepupu belah dia. Btw, aku pon TAK NAK tarikh tu.. sebab apa? Sorry, aku taknak share anniversary dengan seseorang. Siapa? my PAST.

So, tarikh tgh2 tahun telah dipilih. Takde peristiwa cun maupun angka yg lawa, asalkan majlis nikah berjalan lancar.

Buat kad kawin bulan 5.
Cari baju nikah, baju sanding bulan 5.
Beli hantaran pon bulan 5 dan ada yg sehari sebelum kawin baru aku terhegeh2 pergi beli- ye, itu kegemaran aku.

Dannn..biasalah, mesti ada tragedi buruk kan.. baju sanding aku sedikit "failed", salah design..salah colour dan lari dari design aku. Ok, it's FREE..tak boleh banyak bunyi. So, 2 minggu sebelum majlis aku gelabah cari baju baru... HARU. Tapi rezeki aku mungkin, tema lari sedikit tapi takpe.. Puas hati. Gigih seminggu sebelum baju tu siap sempurna, pergi amik dekat puncak alam.

Baju nikah pon siap time tu jugak..btw, aku sempat kurus. Aku cuti seminggu awal, tapi aku gemok berlebih. Takpelah..
Hari kejadian, aku lupa beli inner..maka, terus free hair. Seksi terlebih plak..wuuuu..

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Yg pastinya, Mak dan adik beradik aku banyak berhabis..aku tak keluar duit pon..malu tak? Barang hantaran, fotografer & baju sanding je guna duit aku. Goodies bag semua2, kakak2 aku settlekan..gubah-gubahan semua. Everything..aku tak tolong langsung. Melepak..
Malah sehari sebelum majlis, aku riang lepak sampai malam.

Tak lupa, kwn2 baik aku..yg temankan aku sepanjang masa. Pengapit terbaik- love korang. Sobss.

okay, sedikit cebisan gambar. Walaupun BASI-- takpelah, kenangan.












p/s : setahun berlalu, macam tak percaya.. tapi inilah kekasih awal & akhir, kawan, suami & bakal abah kepada anak-anak ku. Inshaallah. May god bless us with mawaddah, wa rahmah till Jannah. Amin.



#bila tengok semua post2 lama aku, malu..sebab bercinta sakan dengan orang lain..bergaduh, kecewa, cinta monyet..akhirnya lain juga yg aku dapat. Jodoh itu di tangan Allah s.w.t. Tapi entry lama aku tak delete, boleh buat kenangan..lawak pon ye. Penulisan pon bengong-bengong..tah apa-apa..#

Salam Nuzul Quran, Salam Ramadhan...

Assalamualaikum.

Aku baru je setting blog ni, nampak kosong kan? Takpelah, memang niat nak simple -sebenarnya buta IT.
Aku godek-godek, jadi mcmni.

Senang hati, sejak akhir-akhir ni mata aku cepat rimas.

Oh, lupa. Salam Jumaat, Salam Nuzul Quran & Salam Ramadhan. Alhamdulillah, dah hari ke-17 berpuasa kan?
Persiapan raya?- aku masih ZERO.

Btw, since lama tak berblog ni... nak cerita panjang-panjang pon letih. Puasa katanya..
Nampak ticker belah kanan ni? Nampak? Alaa..yg baby duk pusing-pusing tu.
Alhamdulillah, finally after 10 month kawin. Allah knows best for us.
Rezeki tiba awal dari jangkaan, memandangkan aku baru je cuba utk ber-TTC pada bulan March. After struggle dari kesakitan dalaman yg teramat sangat.
Lucky me.


Ok, meh aku start dari awal -

Actually on February, aku terpaksa pergi berurut. Dua sesi, memandangkan keadaan peranakan aku jatuh, kembang dan senget akibat kejadian lepas-lepas - tak pantang. Itu lah kesannya.
Start 1st April, aku start consume asid folic (usaha itu perlu) dan susu anmum materna (perisa coklat). Sebab susu tu bagus untuk persediaan sebelum hamil.
Semua tu atas daya usaha aku membaca, google sana sini.

Aku tak paksa diri dan aku tak stress pasal pregnancy ni. Aku akui, belum sampai setahun pon usia perkahwinan aku. Bagi aku, takpe..belum tiba rezeki..so enjoy moment berdua puas-puas.

And..at the same time, aku biasakan diri menggunakan OPK dan Termometer untuk check diri aku sendiri.
Walaupun aku tak serajin kawan-kawan lain yg berTTC buat BBT (google by urself eh).

Sooo jenis aku bukan melenjan everyday, jujur aku cakap. Aku bergantung pada OPK -
Nak cerita lelebih pon..aku bukan pakar sangat. Tapi untuk bagi nasihat/pendapat. Inshaallah bolehlah.
(aku struggle juga membaca seluruh topik pasal TTC, aku buat sedikit research ke atas diri sendiri..tarikh..time..perhatikan perubahan tubuh badan sendiri dan mcm2 lagi- yes, im OBSESSED on it..mcm gynaecology ok)

Dannn nak di jadikan cerita.
After one week selepas O iaitu DPO-7
aku da perasan keadaan aku tak seperti biasa.
(errr..actually start DPO-3)

aku demam, check suhu badan - 37.6 celcius
maintain suhu macam demam, yes..demam+pening dan badan terlalu panas.

tapi aku bersahaja lah, malas nak layan perasaan demam tu beria-ria. Tapi....OH sakit teruk sepanjang tu. 2 minggu dia demam+muntah+MC sampai kurus kering..sebab hilang selera makan.
takpelah, aku anggap musim..masa tu cuaca pon memang panas.

nak dijadikan cerita, 30 April 2013. Lepas balik kerja, aku pemalas gila nak mandi.
lagipon OH balik kerja jam 8.30mlm.
Baring-baring, tengok jam dah 7.50pm, kelam kabut mandi..takut OH bising balik kerja aku tak mandi-mandi.. sangat kepantangan dia tu aku serabai2 kat rumah.

Aku pon terfikir nak ujikaji diri aku-
yes, aku gunakan OPK untuk test urine. Saja-saja bosan, lagipon stok OPK banyak.
Dengan perasaan biasa, aku celup stick tu (sorry, mungkin entry ni jijik)
Tengok, laju line kedua tu naik terang - T Line
then C Line pon terang.

Aku mcm pelik..takkan O lagi?

Aku pon pergi cari UPT plak, okay. Tinggal 1 stick je.
Takde rasa ape pon nak try, sebab dah biasa dapat 1 line je (-ve)

Dengan lafaz Bismillah..aku pon celup stick tu. Kali ni aku tunggu and tengok garisan tu..takde expect apa-apa sebab untuk buat kajian sendiri aje. (sebelum-sebelum ni, aku biarkan aje stick tu..mandi-mandi dulu baru tengok balik..almaklum la kan..nervous..tapi satu line jugak..hahaha..kecewa)

sesaat berlalu, LINE KEDUA MUNCUL dulu. Then diikuti line pertama.
Mulut aku ternganga.

I'm PREGNANT???
aku diam, kelu.
yg pastinya air mata aku jauh lagi laju dr air shower kat bilik air aku.

btw, aku belum delay lagi.
Since kawin, cycle aku berubah..tingtong sikit. CD35

Aku terus sujud syukur..Alhamdulillah..

OH tahu?
haruslah aku suprise kan dulu...

macam mana?

NEXT ENTRY...


#OPK - OVULATION PREDICTION KIT
#UPT - URINE PREGNANCY TEST
#DPO - DAY PAST OVULATION
#O - OVULATION
#TTC - TRYING TO CONCEIVE
#CD - CYCLE DAY
#BBT - BASAL BODY TEMPERATURE

Saturday, June 29, 2013

29 Jun 2013

Tiba2 muncul.

Sebenarnya baru lepas masak+makan, la ni dok berbaring. Teringat plak hari ini pada tahun lepas.

Time2 ni aku dok melepak+merayau sepanjang hari dengan kwn aku si Suhaina.

Biasalah, bajet cool kan? riang hati je keluar masuk rumah mcm xde ape2. Kang keluar balik..itula kerja aku sepanjang 2-3 hari tu.

Tak buat kerja tu satu hal, patut pergi beli brg penting.. tp aku x endahkan.

Tu semua la punca last minute aku dok kena bash dgn kakak2 aku.

Malam tu plak kenduri arwah utk abah.. satu benda aku tak tlg. Yang aku tau siang tu aku da settle buat kek utk kenduri (bagi tetamu2 makan)... malas tunjuk skill. Semua puji...jiran2 sedara mara, nenek2 atok2..sedap kek yg aku buat. Dengan makcik2 aku siap tambah puji lg;

"adik ni memang rajin buat2 kek ni..pantang di suruh..pastu rajin tolong omak kat dapo" --- haa bila aku rajin tolong mak? musykil di situ.


Hahah..serius aku xkan lupa hari ini pada tahun lalu. Kenangan manis yg aku takkan lupakan...
nanti aku post pic..

btw, thanks too Mawar Nor, Irmanizah & Suhaina..last2 part korg setia dengan aku. Sampai ke pagi 30 Jun 2012.. Jasa korang aku xkan lupe.

kenangan terindah di bulan Jun

posted from Bloggeroid