Friday, September 27, 2013

Appointment 3D4D With Miss Jezzlyn- Poliklinik An Nisa' Sri Kembangan

Assalamualaikum.

Okay, tajuk entry pon dah buat aku excited nak menaip - syok sendiri.

Actually, aku dah booking online dari lastweek. Excited+nervous sampai termimpi-mimpi. Teruk sangat perangai aku ni.
Memandangkan hasil review+research, aku terjebak nak buat appointment 3D4D dengan Miss Jezz ni memandangkan dia agak popular dikalangan blogger2 M2B ni.

Serius tak sabar-
Menghitung hari-- detik demi detik-- hei, bayangkan gaji keluar 25 Sep 2013 aku tak pedulik ok...betapa hebatnya penangan nak tunggu 26 Sep 2013 punya pasal (date appoinment).

Tarikh ditunggu telah tiba. Aku pilih time lepas maghrib..dengan harapan baby aktif (oh..baby ku aktif tak kira masa sebenarnyaaaaa)

-- 7.20PM / 26 SEP 2013

masuk-masuk klinik, bagitau pasal aku da booking online tu. then daftar kejap.
tunggu dalam 10 minit, terus turn aku. Masa sampai tu, ade couple tgh tunggu nak dpt cd/gambar.

then couple yg ini keluar, aku masuk. So total, ade 3 couple termasuk aku masa tu. Siang-siang tu aku tak sure la berapa ramai.

Ada satu amoi panggil; dalam hati aku -- ni kot Miss Jezz.
Yup, alahai muda lagi. Comel plak tu..

Dah say Hi..dia suruh aku baring sambil-sambil dia tanya bila EDD aku.
OH dia suruh duduk kat kerusi belakang dia.
So dia suruh tengok skrin, ni 1st time OH tgk scan2 ni. Aku pon sama, 1st time..yg 2D kat KKIA tu pon bukan aku faham pon. Masa tu baby pon tak macam baby..skrin kenit je.

Terus2 muka baby mengadap skrin. Excited kitorang- serius weh tak tipu. Aku mcm; Ya Allah..anak aku ke? Alahai.. (jangan tak tau, otomatik mata ko berpasir ye..hoo..sorry baby, ibu touching kejap masa 1st tgk muka awk kat skrin tu)

Alhamdulillah, baby memang elok mengadap aje. Takde lindung2 tangan ke apa..tunjuk muka. Kemho sgt! (camwhore ikot perangai ibu eh???!!).
Miss Jezz puji baby sebab senang sangat nak scan dia, nak ukur-ukur. Cuma sepanjang scan tu, kerja baby menendang aje ye..

Miss Jezz : wahh good baby..cute sgt. hidung mancung, bibir kecil..ikot sapa ha?

Miss Jezz : baby, suka kick mama ye?

Miss Jezz : adik..adik..bangun kejap, nak ambil gambar kejap..sikit je..cepat-cepat bangun..mama dengan ayah nak tengok ni.. (haa dia tendang lagi)

Comel sangat-sangat Miss Jezz cakap-cakap dengan baby..yg cute nya dia panggil "adik".
hehehehe..haah, baby asik menendang aje..tp tidur. Kang kejap isap jari..

Miss Jezz dah ukur2 semua tu..dia kata baby ok. sama besar dengan usia dia..cuma kurang seminggu ajelah..baby aktif. Then Miss Jezz cakap nak tengok jantina plak;

Miss Jezz : okay, jom kita tengok jantina..belum tahu kan?

Aku : haah, itu yg nak tau sangat tu..heh hehe..

Baru aje letak scan tu kat perut, haaaamikkk terus tunjuk aje. Terus terkejut Miss Jezz..mata ktorg mengadap skrin tu..dia siap cakap;

Miss Jezz : wahh..baru cakap, baby sudah terus show eh? aaa tak malu la kamu..haa nampak tak? nampak tak?? okay..meh saya flashback balik ye..seeee -- dia tunjuk dekat skrin.

Miss Jezz : ini sudah confirm, takde tukar-tukar dah. Jelas ha dia tunjuk..mmg takde malu la ini budak comel.

OH n aku da tergelak-gelak dah, serius ye kelakar. Nakal sangat, dahla menunjuk mcmtu..lepastu asik "kick" aje.

Puas hati tengok baby dalam tu, tersentuh hati. Tengok plak muka OH, syahdu kejap..OH sangat-sangat la excited. Tak pernah aku rasa tengok suami sendiri teruja overload mcmtu.
Miss Jezz masih dengan tugas-tugas dia, amik gambar baby dengan senang hatinya. Dia bagi tau yg baby elok je melintang..dia cakap, ada baby kadang-kadang amik masa jugak nak pujuk tapi still taknak tunjuk muka. Kalau ada pon kejap sangat katanya..
Dah borak kejap, baby aku dok tidur. Dia kejutkan;

Miss Jezz : adik..adik (sambil cucuk2 perut aku kat area muka dia)..bangun kejap adik, nak ambil gambar..senyum la..senyumla baby..

woaaaaaa..dia bangun terus menguap+mengeliat lepastu buat muka cembeng..

Miss Jezz : alololo..dia sudah nangis pula..kacau sikit..sudah nangis..hahaha..so cute.

Dalam 10 minit, settle dah. Happy rasanya, Miss Jezz cakap kat aku..senang sebab baby bagi kerjasama yang baik sekali. Awwww..happy sgt dpt buat appointment dengan Miss Jezz ni, sampai rasa nak buat banyak-banyak kali je.

So dah siap-siap, say thanks dekat Miss Jezz. 5 minit kemudian, dapat CD & printout selai dengan detail scan tu. Total RM120 je.. Best2! Balik tu terus ke JJ Equine sbb nak makan claypot chicken rice. Macam biasalah, favourite.

OH menyengih ajelah semalam. Dan-dan je terus jadi lovely-gila-nak-pitam.

OH : anak buat ape tu..

kang kejap-kejap pegang perut..yelah, baby sentiasa gerak aje kan. kang tanya lagi..Iyolahh anak abah lah nampaknya tu kannnn.

Ok, panjang cerita..aku letak pic scan semalam.
:-)

kaki & tangan dia yg suka bergerak2 tumbuk perut ibu ^_^
 
haa ni muka cembeng..ngada2 eh?

hai! 1st pic masa scan..pic yg aku terharu sangat

 
yeay! sy suka tendang tendang tendang (masa miss jezz kejutkan dia) notty! ^_^


ini saje wajah sy..nanti nak tengok sy yg real..tunggu sy keluar dr perut ibu ye?


haaa sekian aje cerita pasal Scan3D4D ni, aku suggestkan m2b yg masih tercari2 tempat nak scan..sila lah booking di Scan 3D4D Malaysia tu ye.. especially dengan Miss Jezzlyn.

p/s : thank you so much Miss Jezz..kami sgt puas hati dengan kerja Miss. Muah!

4 comments:

  1. besnye dpt tgk clear scan 3d4d. sy g dua kali tp bby malu2 plak nak tjuk muka. dua2 kali g mengadap ke belakang. pstu duk aktif sgt payah jugak nak tgk. las2 dah mls nak g lg cek. tgu keluar jela nti tgk muke anak. huhu

    ReplyDelete
  2. sy sebab baby dok melintang tu yg nampak aje muka dia..
    hehe..takpe, sy ni pon sekali je ni.

    selebihnya tunggu dia lahir je la..
    :-)

    ReplyDelete
  3. RRZ: tq. nak buat entri tak sempat. hidup busy sokmo sebab si kecik ni nak melekat 24jam.

    huhu. perineal massage ni urutan dekat bahagian bawah antara vagina & anus, dipanggil perineal area.

    cara dia simple je. guna minyak kelapa dara & urut dalam tu. buat lengkungan 'U'. nanti lama2 bhgn tu akan stretchable.

    ni video dia; http://www.youtube.com/watch?v=DK2P8Ziqc6Y

    harap membantu with your delivery nanti =)

    ReplyDelete
  4. thanks dear <3

    inshaallah, akan try buat gak la..hehehe

    selamat berpantang tau

    ReplyDelete