Assalamualaikum.
Aku baru je setting blog ni, nampak kosong kan? Takpelah, memang niat nak simple -sebenarnya buta IT.
Aku godek-godek, jadi mcmni.
Senang hati, sejak akhir-akhir ni mata aku cepat rimas.
Oh, lupa. Salam Jumaat, Salam Nuzul Quran & Salam Ramadhan. Alhamdulillah, dah hari ke-17 berpuasa kan?
Persiapan raya?- aku masih ZERO.
Btw, since lama tak berblog ni... nak cerita panjang-panjang pon letih. Puasa katanya..
Nampak ticker belah kanan ni? Nampak? Alaa..yg baby duk pusing-pusing tu.
Alhamdulillah, finally after 10 month kawin. Allah knows best for us.
Rezeki tiba awal dari jangkaan, memandangkan aku baru je cuba utk ber-TTC pada bulan March. After struggle dari kesakitan dalaman yg teramat sangat.
Lucky me.
Ok, meh aku start dari awal -
Actually on February, aku terpaksa pergi berurut. Dua sesi, memandangkan keadaan peranakan aku jatuh, kembang dan senget akibat kejadian lepas-lepas - tak pantang. Itu lah kesannya.
Start 1st April, aku start consume asid folic (usaha itu perlu) dan susu anmum materna (perisa coklat). Sebab susu tu bagus untuk persediaan sebelum hamil.
Semua tu atas daya usaha aku membaca, google sana sini.
Aku tak paksa diri dan aku tak stress pasal pregnancy ni. Aku akui, belum sampai setahun pon usia perkahwinan aku. Bagi aku, takpe..belum tiba rezeki..so enjoy moment berdua puas-puas.
And..at the same time, aku biasakan diri menggunakan OPK dan Termometer untuk check diri aku sendiri.
Walaupun aku tak serajin kawan-kawan lain yg berTTC buat BBT (google by urself eh).
Sooo jenis aku bukan melenjan everyday, jujur aku cakap. Aku bergantung pada OPK -
Nak cerita lelebih pon..aku bukan pakar sangat. Tapi untuk bagi nasihat/pendapat. Inshaallah bolehlah.
(aku struggle juga membaca seluruh topik pasal TTC, aku buat sedikit research ke atas diri sendiri..tarikh..time..perhatikan perubahan tubuh badan sendiri dan mcm2 lagi- yes, im OBSESSED on it..mcm gynaecology ok)
Dannn nak di jadikan cerita.
After one week selepas O iaitu DPO-7
aku da perasan keadaan aku tak seperti biasa.
(errr..actually start DPO-3)
aku demam, check suhu badan - 37.6 celcius
maintain suhu macam demam, yes..demam+pening dan badan terlalu panas.
tapi aku bersahaja lah, malas nak layan perasaan demam tu beria-ria. Tapi....OH sakit teruk sepanjang tu. 2 minggu dia demam+muntah+MC sampai kurus kering..sebab hilang selera makan.
takpelah, aku anggap musim..masa tu cuaca pon memang panas.
nak dijadikan cerita, 30 April 2013. Lepas balik kerja, aku pemalas gila nak mandi.
lagipon OH balik kerja jam 8.30mlm.
Baring-baring, tengok jam dah 7.50pm, kelam kabut mandi..takut OH bising balik kerja aku tak mandi-mandi.. sangat kepantangan dia tu aku serabai2 kat rumah.
Aku pon terfikir nak ujikaji diri aku-
yes, aku gunakan OPK untuk test urine. Saja-saja bosan, lagipon stok OPK banyak.
Dengan perasaan biasa, aku celup stick tu (sorry, mungkin entry ni jijik)
Tengok, laju line kedua tu naik terang - T Line
then C Line pon terang.
Aku mcm pelik..takkan O lagi?
Aku pon pergi cari UPT plak, okay. Tinggal 1 stick je.
Takde rasa ape pon nak try, sebab dah biasa dapat 1 line je (-ve)
Dengan lafaz Bismillah..aku pon celup stick tu. Kali ni aku tunggu and tengok garisan tu..takde expect apa-apa sebab untuk buat kajian sendiri aje. (sebelum-sebelum ni, aku biarkan aje stick tu..mandi-mandi dulu baru tengok balik..almaklum la kan..nervous..tapi satu line jugak..hahaha..kecewa)
sesaat berlalu, LINE KEDUA MUNCUL dulu. Then diikuti line pertama.
Mulut aku ternganga.
I'm PREGNANT???
aku diam, kelu.
yg pastinya air mata aku jauh lagi laju dr air shower kat bilik air aku.
btw, aku belum delay lagi.
Since kawin, cycle aku berubah..tingtong sikit. CD35
Aku terus sujud syukur..Alhamdulillah..
OH tahu?
haruslah aku suprise kan dulu...
macam mana?
NEXT ENTRY...
#OPK - OVULATION PREDICTION KIT
#UPT - URINE PREGNANCY TEST
#DPO - DAY PAST OVULATION
#O - OVULATION
#TTC - TRYING TO CONCEIVE
#CD - CYCLE DAY
#BBT - BASAL BODY TEMPERATURE
No comments:
Post a Comment