Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Assalammualaikum.

hai hai hai. Aku da kat kg da. Fuuhhh..Penat bertungkus lumus.
Ni pon rest kejap. Tadi potong daging.
Hikk..

tunggu Sup Tulang+Rendang Daging OTW.


Aku kat kg ni jadi mangsa santapan nyamuk. Penuh bintat tangan+kaki.
Oh ya.. pejam celik pejam celik kita dah nak sampai ke penghujung Ramadhan.
Sedih plak rasanya.

Mane lah tahu ini kot-kot ni Ramadhan terakhir kita/

Ape2 pon, aku RRZ nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR N BATIN BUAT SEMUA.

Mana-mana entry aku selame ni ade menyinggung perasaan mana-mana pihak, aku hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kekhilafan. Zero-Zero ok.



So, hati-hati lah ye. Makan tu igt2 sikit.

:-)

SELAMAT HARI RAYAAAAAAAA!!! YAYYYY

Thursday, August 25, 2011

Khamis sudah

Salam.


Ape-ape pon aku mulakan dengan pic yang sepatutnya aku letak entry semalam. Berterabur la sikit.


Ni la meehun yg OH mintak aku masak tu. Hiks.


Ni plak menu berbuka kat opis semalam. Amacam. Terliur?

Ini adalah kucing yang suka dtg lepak+Tido kat aku. Everyday ok. Menumpang kasih pada Mummy Oopet.

Ayam masak tomato. Ok, jgn cari mana tomato.
Sebelum di treatment+rebond
setelah. Ha..mcm minahrempit. Dats why OH sgt marah.





Hihi..Ok.

Dah petang baru aku sempat jenguk blog. Then sebuk blogwalking secara silent ke blog2 b2b ni.Hiii..excited aku kejap.


Okay, aku ni masih mengantuk. Semalam sampai rumah jam 3am. Terer tak terer memandu sambil lelap. Terkejut pon sebab ternampak cahaya2 biru (polis2 yg duk standby kat highway).


So takde benda sgt nak story just, today mcm nak g jalan2. Sempat ke?

Igt nak g Sabtu.


Uhh. Today taktau nak berbuka mane. Bangi? Alamanda? ke... Seremban (terus putus harapan).

Pagi tadi OH da settlekan medical checkup kat MJ.


Lagi sehari je tinggal minggu ni.

Eh, aku da collect kuih2 and..terkejut. Aku tak lari budget pon.


Alhamdulillah. Sonok.


Batang Buruk - 2 RM13

Mini Popia - 3 RM13

Tempeyek - 1 RM18

Chocolate Chip - 1 RM16

err..biskut ape tah - 2 RM25

Kuih Kapit - 1 RM15


RM148. Dari tahun lepas. Pembaziran.


Oklah, Kakak aku pon da membeli banyak. And malam tadi de tambah lagi sebalang kuih buatan de. Mean da ade 7 jenis. Tu lom masuk lagi kuih lidah buaya *all time fav*.


DUIT RAYA jek tak tuka.

=(




*tetiba dapat call from my boss, de MC esok disebabkan kaki de sudah bersimen. And adakah aku akan bercuti? Terpulang pada mood*


Okaylah, nak kemas-kemas sat.


25 Ogos 2011

Salam.


Eh Eh.. dah 1.am, no wonder lah aku terasa mengantuk sgt+sangap.

Like always, aku berada di opis.


ehek.


mengada yek aku gelak.

Okay-okay, actually perut aku mcm senak. Aku rase keterlebihan makan kot.

And before berbuka tadi perut aku mang da sakit2. Mcm lepas jogging 10 kali padang bukit jalil. Ek?


So, aku makan ala sopan-sopan.


Menu:


Nasi Putih

Gulai Daging Salai *alahai..feveret den*

Ayam Masak Merah *Of cuz feveret den gak*

Kailan goreng

Sambal belacan

Timun/Ulam Raja

Kuih/Muih

Murtabak

Buah Oren/Tembikai

Nescafe/Rootbeer


Makan selow2 sambil berborak dgn officer tentang cite Final Destination 5.

Aku tgk dari 1 until now.


Ok. Banyak nak cite, tapi aku ringkaskan je.

Sabtu ri tu aku treatment rambut+rebond. Hasil? Harus nyummy seperti duet yang membuak2 kuar dari poket.

Sabtu - Rabu adalah 4 hari.

Now rambut aku sudah mcm perempuan gila. Ye, sy salah sebab dah tahu g kerja bertudung tapi gatal tangan buat rebonding da kenape? Maka sudah hancur. Sebab aku dah lipat2 rambut tu, yelah..takkan nak lepaskan. Agak menjela. Tu pon pas rebonding, rambut aku cecah punggung*. Jeniffer tgk sambil geleng kepala. Terus de potong sejengkal. Now paras pinggang. Ho yeahhh..pencapaian terbesar, membela rambut sepanjang ini.

OH tak suka. Kena marah.


Then, OH mintak aku masak meehun n ayam goreng. OH tak percaya akan kebolehan aku memasak. De bajet aku nanti stok kawin dgn de makan kedai. No No No..walaupun x seterer my mom, Insyaallah.


Aku g Tesco, beli bahan2. Siap udang besar2 ye.

OH request, nak meehun kering pedas telur. Which is mean, tamau sayur langsung atau ape2 jua isi. Tapi aku gatal bantai letak udang.


Ayam sekor, aku buat masak Ayam Masak Tomato~ Heh...

Mak siapkan bekas cantik kesayangan de utk ditapau pada OH.


Haaaa..pic? Ala, esok ek. Hihihi *masak meehun pon kecohs*

Licin okay meehun tu with ayam tomato.


- ala mak masak kan? kan? kan? -



terus sentaphatimaknak!


Then, usha-usha bazaar Ampangan yg ala-ala uptown tu. Ramai org dan pening terus kepala. Melepak kat kedai Ferry. Sonok tgk gelagat org.


OH da dapat offer letter. Alhamdulillah.

:-)


Malam tadi plak jalan-jalan kat Bazaar Senawang, lagi la ramai org. Terkejut gak aku, walhal bukan malam minggu. Aku cam biasa, takde ape yg menarik hati.

Sabtu ni, g Jalan Tar plak. Hihihi.


Baju raya pon aku baru nak amik kat tailor this saturday gak.

Ngeee..harap masih muat.


okay la. Aku nak siapkan kerja-kerja ni. *terbayang perjalanan nak ke Seremban nanti, uhh sah nantok*


Goodnite.




*hari ni aku eksesais montot, kau hado? every minute bos akan panggil, aku duduk. Bos panggil. Aku baru nak duduk, bos panggil. Percaya or tak, lebih dari 150 kali. Yalah, dari pagi tadi kot..xpe..heheh..my bos sakit kaki...x larat nak jalan*



erkk..sat2, adekah PEREMPUAN kalau angkat barang berat mean mcm beras 10kg, tong gas akan menyebabkan peranakan jatuh??!!

Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Seminggu

Salam.



Helo n Hai.

Wah da lagi seminggu nak menyambut Syawal~ So persiapan mcm mane?

Mesti best2 n xcited an?


Aku? Baju da siap, cuma x amik. Yeah. Kuih DONE.

kasut? Kasut lama sudah.


Duit raya, haha. Xde, hanya menagih serpihan pada my sis. Kalau de ade lau tak, aku akan terus bagi kat akak-abg aku terus la utk anak-anak dorg. Suh pecah2 sendiri.

Tu la..suka sgt last minit.


Aku now bukan fokus pada Raya, aku fokus benda lain. Insyaallah, october ni lega sikit la bebanan cuz ade org sudi amik alih beban aku.


So, start from October aku da seharusnya saving dan slow down tuk membeli segala persiapan yang sepatutnya.

Tak mau semak-semak kepala.


Yeah.. 5 sep 2011 nanti, aku akan start berjauhan dr OH. Huaaa...de akan duduk di Subang Jaya. And potensi nak lepak-jumpe adalah 2-3 minggu sekali. Sobss..

sedih sedih.


Takpelah, demi masa depan anak-anak. Hahaha.

Dont worry, aku pandai jage diri n berjimat.


Tapi nak shopping...ga ga ga ga ga!!! Nak merasa balik hidup mcm mula2 bekerja.



Okay, nak balik awal. My boss mc. Sian de...



*Innalillah to nenek kat kampung, tahun ni takde la suara de...Mcm tak sangka je....*

Saturday, August 20, 2011

alkisah seorang hipok-rit

Salam.

Camne? Dah berbuka?...
Kenyang?


Aku da kenyang sambil menonton Liverpool vs Arsenal.

Aha...seminggu ni aku mcm terganggu dengan sorg umat yg bajet baik.
Tapi aku malas sgt nak mention kes de ape.

Semua duk bcerita kat aku pasal ape yg de kutuk-kutuk aku.
Perlu ke?Polak kot telinga ni dgr.

Masalahnya, jgn sampai main mak bapak. Tapi kan, kesian. Sebab ade plak yg suka dgr sebelah pihak. Agknya yg belah de terasa hina tak if de tau before this de adalah mangsa kutukan gak.
Please lah, buka mata.

Muka harap baik, tapi bau iblis.

Aku cam bengang de pertikaikan hal aku. Its ok, tapi kalau mulut kau kerja nak mengkeji org sampai libatkan keluarga org tu jadahnya?

Dah la kau mgumpat aku benda tak betul. And why kau tak jmpe aku?
aku banyak benda nak tanye sgt2 ni. Ape masalah utama kau?

Dah tu kutuk-kutuk org then cium molot ngn org tu. Takyah nak kipas sgt la. Tak malu ke?
Aku ni seb da 26, ikotkan malas aku nak fikir2 benda yg tak masuk dek otak. Tapi kalau da melampau2 benar plak kan. Mau tak aku melenting. Ke kau tak pernah tgk aku hamun kau?

Babe, aku ade ramai kwn. Dan sebelum2 ni aku da lalui mcm2 dugaan.
Yang tido sebantal makan sepinggan dgn aku pon, kalau da mulut mengalahkan longkang. Aku buang je terus.

Pe nak simpan-simpan? Lagi simpan lagi sakit.
Kau buat mcm kau teraniaya sgt. Lau kau x bersalah, mehlah face2face. Dulu aku dgr kau gangster gak kat sekolah.
Aku nak gak dgr. Besar mana nye gangster.

Kau tak fikir plak yg org tau kegiatan kau selama ni?
Aku pandang kau kecik je.
Lagi satu, mulut tu belajar beradab sikit. Tak guna ye kau solat tapi kau buat fitnah babe.

Cehh..simpan rahsia konon! Hahaha..aku geli hati kat situ.
Ape lagi, g jaja banyak2 cite aku n kawan2 aku yg lain ea. Tak lepas ni kau merasa plak mulut aku ni g bgtau sorg-sorg umat yg kau hina dorg. Ikotkan boleh sgt aku buat. Tapi kesian, kang kena island plak.

Skang pon da nampak kau mcm kesian mintak simpati.
Aku pnah ye kwn ngn peng, les, gay, nyah, ppuan n lelaki. Tapi kau ni paling dasat la. Depan baik, belakang.....hanya Tuhan je tau.

So now, aku takkan buat ape2. Tuhan nampak semua2 ni. Yg penting, ade org lain nampak n tahu siapa kau.

Oh ya, kau kesah sgt ke kalau aku ni smoker?isap dadah?...kesah? mcm aku mintak duit kau plak kan selama hari ini. And satu lagi jgn suka sibuk hal org. Aku terbaca gak YM kau duk mengumpat2 ni. Igt aku BUTA? Aku print screen lagiiii tau noks.
:-)

kau kutuk org tu, kau cite hal org ni. Sampai MMS org tu pon kau heboh2...suke bc sms org. Tak maluuuu pastu siap jaja cite. Tak ke haru?
Aku dulu x nampak pangai kau, tapi ade kawan yg sudi cerita n bkongsi cerita sebenarnya. Baru aku tau.

Sebab tu aku BLAH tau x? Aku BLAH sbb tak TAHAN kau duk keji n hina org sampai aku PERCAYA buta-buta!
Damn!

Berubah la dol, sebelum semua ni terbongkar...ramai nampak. And bukti pon ade. What should i say more?...


*biar isap rokok, isap dadah, kwn ngn pengkid...dari kau makan duit haram ye...err isap dadah ye tak? Meh la suh org AADK check aku....fuhhhh suka sgt cite bebukan...*

Thanks.

Thursday, August 18, 2011

Entry Bergambar

Salam & Selamat Hari Khamis Malam Jumaat~


Puasa? Haruslah puasa kan?...aku stok ngantuk+sengal. Malam tadi mak tahan aku suh settle kan kuih. Walaupun dua tray, tapi alaahai.. Tak fikir plak kuih angah buat ade 4 tray.


Xpe, demi Mak.

So dengan melekit+berlengas. Nak tunggu kuih2 siap, aku duk mengedik amik pic bebanyak *bajetcun*.

Dasar gileGam.


Haha..puas aku buat bibir leper cam budak2 skang amik gambar. Penat weh..leper bibir+muncung2, pastu tekan2 pipi. Then CRAMP.


but, okay la. Jadi lah cam budak2 sekolah kan? Hakikat? 26- nangis.

Tu dah jam 1.20am.






Kuih semalam, yg last pic ni. Kuih kacang, pastu yg mcm kuih idop-segan tu. kaler pink+putih, kuih yg akak aku buat. Hey..sedap gak rasanya.


(Terus terfikir, nanti masa wedding. nak bagi kuih tu je. Buat sendiri...packing2. Done. Tapi aku cam takde masa plak)


Jam 3am baru settle, tu kepala aku cam pening2 lalat je ni.



Tgk la tu, si Oopet. Aku n OH bawak de g jalan2. Suka plak tu. Hihihi.. Yg tido lam plastik ni lah yg sorok kan Sly (kura-kura) aku tu. Kejam..tapi Snowy ni kelakar, de suke berborak ngn anak buah aku. Thira. Hahaha..kejap2 kang cium si Thira, kejap2 tido kat Thira. Thira g sekolah, duk habis satu rumah de cari. No wonder ar muka de ngn anak buah aku sama. Haha

Lepas ni aku terer ar main gitar! Cakap, lagu ape? Avenged sevenfold? Metallica?..Ok, tak. Tu sekadar poyo main game bleh ar. Btw, game tu hantaran. Tapi apekan daya. Duk tak kawin-kawin lagi. Sebat la kan..OH plak duk baru beli gitar tu. Nanti nak kawin, lap cantik-cantik game tu. Campak je atas dulang hantaran. Aci x? Koser aku nak membeli barang lain nak bagi OH. Membazirrrrrr.


Ok.


Hari ni tak tahu nak berbuka ape. Tapi mcm m'inginkan fastfood. Ah mcd sudah, lama x makan mcd. Hiks. Tapi OH nak ke?...


Takpe, aku jarang meminta benda pelik2 n luar pemikiran. Hehehe.


Ok, ape tah aku mengarut. Aku sebenarnya tgh dgr lagu faveret mase aku kat PPD tu. Dulu mane lah tau donlod2 ni. Nset pon x bape nak canggih nak donlod.


Almost Here- Brian feat Delta.. Ohh syahdu!


(Dulu aku kan layan bsb,westlife bagai..so ni Brian McFadden. Aku suke sbb cumel!)


haa.. ni aku bagi pic Brian n Delta Goodrem.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.

:-)


haha. Okay, tipu je. Pic aku. Sape yg ngandong tu, takyah tgk. Kang tkenan plak muka avatar aku ni. Yea..itu adalah OH. Pic latest. Btw, aku malas nak amik gambar de. Sebab buruk weyyy..de mang suke messy2. Janggut-janggut. Misai-misai tak shave terbarai-barai. Uh! Pic yg ni, baru senonoh sikit. Sebab interview an. Kena ar shave...sakit jiwe je.


masa de dpt job tu. Aku usha de.


Hey, pandang sini sikit. Betul ke ni muka future husband aku - aku (sambil sengih2 kerang)


Ahhhh..kau dan-dan la nak cakap mcmtu plak kan.....kau nak ape sebenarnya? .. - OH


hahahaha..keji!
Okaylah.


Selamat Berbuka~


(alahai, baru jam 4.15pm. besapau lah ni nk mengadap jalan jem)

Wednesday, August 17, 2011

wordless or speechless...

Assalamualaikum & Hai.


Tajuk cam good-good aje kan?

Actually aku malas nak menaip blog hari ni, tapi sebab happy punya pasal.


Ececeh.


Lastweek OH kan interview. So far, resultnya dalam 2 minggu lagi.

But then, semalam decide nak g berbuka puasa la dgn de. Balik kerja terus runner.


Naik je kereta, Krringgg Kringgggg (okay mang ringtone de mcmtu) phone OH berbunyi.


mama la ni yg kol kot- OH



ehh! Takkkk... - OH



helo..ya..ya saya, betul.. bla bla bla... (de bagi signal, aku terus sengih sampai cramp pipi).



Habis je cakap phone. Belum sempat aku tanye.


"YAHHOOOOOOOO YES YES YES!!!! ALHAMDULILLAHHHH, REZEKI ABG HARI NI! KAU NI BERTUAHLAH ROSZ, JUMPA MUKA KAU JE. TERUS - - - - CALL! SELALU MCMTU, MUKA REZEKI. ISHH...HAPPY LAH, KENYANG GILA ABG. TAKNAK MAKANLA. NAK MINUM N ISAP ROKOK JE. BESTNYEEEE ROSZ. SUKA SUKA SUKA...."



series ye, ni 1st time OH mcmni.


Alhamdulillah, Interview bulan Ramadhan n dapat pon pada bulan Ramadhan ni gak. Aku tumpang happy cuz memang ini yang de impikan.



5 tahun duk di kilang-kilang besar, 3 kilang yang berlainan. Da biasa dengan panas+bahang, mesin-mesin superbesar, jentera, peralatan besi. Dgn operator-operator, leader-leader n supervisor yang ganas+sempoi+gila2, manager yg lemah lembut and baik hati. Kasi tukar angin plak, timba pengalaman baru n amik mood kerja dalam ofis. Aircond, kemeja+slack+jaket+kasut kulit. Baru la MLM. kuikuikui..



Rezeki kita berdua ni Rosz. Rezeki nak kawin ni...


terus jantung aku gugur. KAWIN?




Syukur Alhamdulillah atas pemberianNYA. Itu je yang mampu aku ucapkan. Atleast senang hati tgk OH happy mcmni...

:-)


dan..bermula lah episod SELANGKAH KE ALAM MISTERI...hehehehe..Just Kidding.



*ha tak penpaham lagi ape yg kau kena buat RRZ? sendiri mau igt laaa ye..*

Tuesday, August 16, 2011

Mengantok !!

Salam~

Dah 16 hari berpuasa, today aku totally mengantuk.

aduh!




*semalam sempat beli selai shirt putih, wahhh sedang cube nak pakai shirt putih. Aku minat, tapi aku terpaksa melupakan hasrat. Org gempal mcm aku, mang nampak lebih gempal la kan...tapi this time aku redah je*

Monday, August 15, 2011

Alhamdulillah

Punya teruja nak air nenas. Aku gigihkan diri di kala hujan-hujan renyai gi bazaar ramadhan kat precint2 tu.

1st kedai aku nampak, memang kedai jual air. Then..yes! air nenas. Betul lah...senang plak nk mencari. Masa tgh drive tu, duk fikir gak. Jumpe ke tak air nenas ni.

Murah rezeki.
Walaupon x sesedap kat Paroi *ehem*

Aku beli Murtabak. Sebab da 15 hari berpuasa kan? Bajet SAY NO 2 RICE la kunun.
Tapi kat opis, aku amik sesenduk gak. Cishh..lauk ayam+sayur kangkung+ikan kembung masak asam.

Kenyang sgt2.


*OH makan ape ea tu?*


Hari ke-16 Berpuasa, aku kena kuat sampai ke raya. No RICE please.
(kau selalu nk melantak nasi minang la, nasi beriyani la..)


Now tgh mengadap kerja. Di samping membuat entry kenyang membuak2 nih.
Hehe he he..
Eh wait, murtabak ni kan. sape nak mam. Ayoyoyo...and sandwich ciken ham too~




ni nyamuk ape ni? Aedes ke? besar plak tu..berbunyi2 bising...ngeeeenngg ngeeenggg...agak-agak gune shieldtox, mati tak?

Berkobar-kobar

Yeay.. seronok cuti lame.
Buat kuih. Ya? Terkejut, aku pon terkejut sebab buat kuih.

dah tiba masanya aku amik turn buat kuih ye dok. 26 baiii...
nak ganas+rock kemana nye, tetap ke dapo.

Semalam my sis balik bersama hero-hero malaya de.
Request suh aku buat kek. Aku ni amik bowl, ha siap.


Almaklum, Akak sorg tu jarang bebeno nya balik. So bila de request, harusla buat. Sian plak tgk anak-anak buah aku tu nak kek.
Wehh..kek butter aje pon.

Nak suh buat kek bebukan, bukan time la. Ikot mood. Dah la posa, kang ke hauk rasenya.

Kali ni aku jejak lagi Param Paroi.
Jumaat+Ahad.


cuci mata. OH xde, sebab de x suka g tempat ramai2.
jiwe de kacau.

:-)


*pic tak sempat ar nak tempek*

Thursday, August 11, 2011

Jalan-jalan

Im back again untk entry ke-3.
Yeahh..tadi tahap bosan gaban. Lalu aku tak jadi ke BB. Ha'ah, dgn baju kurung tseret2 ni aku nak ke sana.
So ke Mines je la cuci2 mata.


tak lama pon, setakat sejam setengah.
Bosan.

Mau x nya, Otak set ke BB. Tapi gi ke Mines.

Da 11 hari masuk hari ni berpuasa. Aku still x membeli2 di param2. Cuma last sunday ri tu (ye kot). Aku singgah param paroi semata-mata nak cari nasi. Plan utamanya nak makan nasi beriyani Pak Tam. Tapi lauk ayam supersedap je tinggal. Nasi nye habis, maka terpaksa la bsesak cari nasi.

Kat situ gak aku sempat beli air katira.
Itu lah sekali.


Sbb aku selalu rase nyesal. Nasi ayam tu, aku makan dgn lauk ayam masak merah Pak Tam. Seb tercover. Sedap ayam tu buat aku lupa nasi tu tak sedap langsung.

Okay, sebelum tu berbuka di Papparich.
nasi minang semalam.
Today?

xde idea dah.

Malam tadi OH ajak berborak. Layankan la, ktorg ni almaklumla..jarang nak berborak. Senyap jek. Lebih2 pon malas nak cakap, kang buat sakit otak.

Topik malam tadi tentang "Merancang kewangan selepas berkahwin".
Aku bagi OH 4 dari 5 bintang markahnya.
Thibur la, lau tak bosan okay. Haha.sorry, jujur plak.

Mulai tahun depan. Kena lah berjimat cermat. Simpan sikit, lama-lama jadi bukit.

Tapi andaikata ade peluang. Aku tak sabar nak tunggu umur 31 tahun.
So, aku nak suka pon takleh.Kita hanya mampu merancang. Selebihnya Allah s.w.t. yang menentukan.

Tah sempat ke tidak aku sampai umur 31.

Tapi itu la yg OH pesan everyday. Kita mati taktahu bila.
De nak aku pandai handle masalah n tak gabra. So dia mati nanti aku tak terkapai2.

Setiap kali borak, itu ayat dia.
Ok.


aku nak rest sat. Ngantuk pulak.


SELAMAT BERBUKA~





my currently ...

obsessed with JS.


sorry JL (jude law), JS terlalu kacak di mata aku sampai mengenepikan kau.

hahaha..



over plak.



takde ape yg aku nak merepek. Tadi isu krappi kall kan?

pastu gedik memasal nak letak entry bebanyak hari ni.

apahal?



bosan.

mata berair + merah.


rasa mcm nak gi bukit bintang.

JOM!

krappi kall

Morning semua.


Otw g kerja pepagi. Mesti aku akan dgr krappi kall. Terbaik lah, kelakar gila. Pagi ni yg buat aku tergelak tu...

"long banana laa"


Hehehe...sumpah merepek. Tah ape2..kerja nk prank org je. Tapi terbaik!
Best gak kan kalau request?

sapa kah mangsanya?
still thinking....



hahahahaha..gelak jahat!


*dun krappi dong dong*

Wednesday, August 10, 2011

I want this...

Resah tadi dah terjawab. Mari kita happy-happy go lucky kan diri ini walau untuk seketika.Aku ade terfikir tentang 2nd car which is mean, lepas married n mempunyai anak.


But depends pada kewangan lah. So far, yg sedia ada ni pon okay lagi. Nak membazir2 plak kan? -ketukkepalasendiri-


Marilah. Ni berdasarkan kemampusan aku. Ok, kemamPUAN ye.

Yg x kemamPUAN. Sile pendam perasaan aje. (sambil bukak dompet..uh..rm35.70 ajeeee..cmno?)






*pic by google*



Berangan gitu. Selesa nampaknya. Agaknya aku letak anak aku kat belakang tu. Mau terloncat2 budak kenit tu gamaknya...tp, ini memang yg aku minat. Memandangkan OH dulu selalu bwk aku dating naik menda mcmni. Opss..bukan model ni. Model lain. Tapi best gak. Sebab ganas!



*pic by google*


Td pic interior nye kan?..ha ni la ketanya. Hensemkan?... *melting*. Mulanya ini adalah pilihan pertama. Tetapi.....



*pic by google*




Ini menjadi pilihan hati. So inluv with this car. Okay, sesuai utk bajet2 macam aku ni. Kojo kocik. Bajet pon kocik la.


Ok stop BERANGAN. Ade rezeki, ade lah. Takde.. pakai ape yang ade sampai bila-bila. Yg ade skang tu pon kecintaan juga.

Tapi kan, setiap org mesti ade kereta idaman. Ni maksudnya, yg diIMPIkan lah. Mampu or tak tu, belakang cite. Nak tau aku minat keta ape?
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Nissan GTR

(kau mampuuuu?! aku? Pensan kot)


Okay. Itu aje entry aku sempena Rabu ni. Saje nak ilangkan kekacauan jiwe.

Happy Wednesday!

Bintang dan Satelit

Lihat pada langit diluar tingkap rumah, harapnya kita melihat pada bintang yang sama, berkilauan. Walau ada mendung atau hujan. Selamat malam padamu.. ~MJG~




Entahlah, malam tadi seakan mendung. Semendung hati aku. Puas aku berkalih, masih tak lelap. Entah berapa lama aku sendiri tak sedar bila aku lelap. Tahu-tahu;




"adik...bangun sahur".



aku tak pernah bangkit sahur memandangkan dah 10 hari berpuasa. Sejak abah takde, aku dah tak bangun sahur. Bukan liat. Cuma aku rasa kenyang.



Otak ni sakit sangat, puas aku berfikir. Makin sakit plak kepala ni.

Tapi aku sendiri pon tak faham ape sebenarnya yang bermain-main kat kotak fikiran aku ni. KOSONG.



Yang aku tahu, aku perlukan cuti panjang yang lama. Untuk menghilangkan kekalutan diri yang buat aku rasa rimas.


Tapi ape punca nya???...uhhh..terus high blood pressure.


aduh.




p.s. jerawat superbanyak di muka. kenapa ni?!.

Monday, August 8, 2011

Stereo Hearts

My heart's a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

[Travie McCoy]

If I was just another dusty record on the shelve
Will you blow me off and play me like everybody else
If I ask you to scratch my back, could you manage that
Like it read well, check it Travie, I can handle that
Furthermore, I apologize for any skipping tracks
This the last girl that play me left a couple cracks
I used to used to used to used to, now I’m over that
Cause holding grudges over love is ancient artifacts

If I could only find a note to make you understand
I sing a song and the image grab me by the hands
Keep myself inside your head, like your favorite tune
And know my heart is a stereo that only plays for you

[Chorus]

My heart's a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

Oh oh oh oh To my stereo
Oh oh oh oh So sing along to my stereo

[Travie McCoy]

If I wasn't old school, fifty pound boombox
Would you hold me on your shoulder, wherever you walk

Would you turn my volume up before of the cops
And crank it higher everytime they told you to stop
And all I ask is that you don't get mad at me
When you have to purchase mad D batteries
Appreciate every mixtape your friends make
You never know we come and go like we're on the interstate

I think finally found a note to make you understand
If you can hear it, sing along and take me by the hands
Keep myself inside your head, like your favorite tune
And know my heart is a stereo that only plays for you

[Chorus]

My heart's a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

Oh oh oh oh To my stereo
Oh oh oh oh So sing along to my stereo

[Bridge]

I only pray you never leave me behind
Because good music can be so hard to find
I take your hand and pull it closer to mine
Thought love was dead, but now you're changing my mind

[Chorus]

My heart's a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

Oh oh oh oh To my stereo
Oh oh oh oh So sing along to my stereo


Interview

Alhamdulillah, kejap je dah Isnin.

so on 6/8/2011 adalah bufday my OH yg ke-26. Dah tua.
No celebration, makan2 aje n lepak.

Bulan puasa kan? Ape je aktiviti? Berbuka n makan je lah.



Today, de dapat interview ke-4 tahun ini. Alhamdulillah. Selesai pagi tadi.
Ade rezeki, feedback lagi 2 minggu.

Interview before this, dapat offer. Cumanya ade sebab2 tertentu yg takleh nak terima. Tak sesuai.

and... OH asek tegur aku.

"kau ni termenung je kan? teringat kekasih lama lah tu...elehh..mesti duk teringat2 memori lah tu"

amboi. Tak sayang mulut ea?..
kes nya pasal terJUMPA lah ni.

aku sumpah x perasan. Tapi OH yg nampak.
aku siap menafikan "bukan".."bukan dia lah". Nyatanya aku yg salah pandang.

Kecik x kecik, situ gak jumpe.
Nasib lah. Nak mengenang benda lepas. Untuk ape?...


start dari semalam, letih + cair telinga je jadi bahan aku ni.

Takde maknanya nak teringat. Cish..kau yg depan mata pon aku payah nak handleeee...
:-P

Friday, August 5, 2011

EnamTahun

Al-Fatihah to Wan tercinta.


abah meninggal 4 Ogos 2008, ibu nya pula 5 Ogos 2005.


Dua-dua ni adalah kecintaan sy. Wan pergi semasa sy berada di dalam class. English class.

Sedih sgt sbb mase tu Arwah Abah tak sempat nak pick up aku kat PD cuz Abah ank sulung, kelam kabut nk uruskan jenazah Wan yg masa tu berada di umah Pak Ngah. Kira jauh lah nak berpatah balik ke PD.


Serik kejap rasanya, aku terus balik umah sewa. Otak takleh nak bfikir. 2-3 hari juga lah tak ke class. Mang tahun tu kerja aku mang menanggis je. Emosi melampau. Mind Disturbed.


Dulu, sepanjang wan kat rumah, aku yg sibuk uruskan wan. Aku yg dukung n mandikan wan. Aku yg jaga makan pakai de sementara mak plak handle cucu2 de.


Sayu, aku yg sikatkan rambut de. Aku yg pakaikan bedak....totally aku yg jage. Wan half strok, hanya sebelah badan je yg mampu bgerak.


:-(


and... seriously, terkilan juga. Supposedly aku sempat tgk de..but tak.



AL-FATIHAH wan, Adik doakan wan ditempatkan di kalangan org-org yang beriman. Amin.

Mish You so Much!



*oh ya, semua cucu2 de. Aku sorg je de panggil ADIK even ramai cuzen aku yg lebih kecil n bongsu*

Thursday, August 4, 2011

Tiga Tahun


Zainal Bin Shamsudin,

12 September 1945 - 4 Ogos 2008 (63),

Bersamaan 2 Syaaban 1429,

Jam 9.27 pagi,

Massive cranial bleeding.



Assalamualaikum.


4 Ogos 2008 yang lalu, ketika Allah S.W.T menjemput abah pergi, aku dapat rasakan sebahagian dari kekuatan diriku hilang, dunia seakan gelap tiba-tiba dan seluruh badan aku lumpuh. Dengan siapa lagi aku nak berborak, mengadu dan bermanja selepas abah meninggal? Mak?. Aku sayangkan mak lebih dari segala-galanya, aku hormatkan mak sebagai wanita yang tabah cuma kadang-kadang aku jadi lost nak berborak dengan dia tentang sesuatu perkara penting yang melibatkan life, pengakhirannya selalu berakhir dengan pergaduhan kecil atau mungkin dengan rajukan. Sama ada aku yang merajuk atau pun mak. Awal-awal dahulu masa ketiadaan abah, hubungan aku dengan mak boleh dikategorikan rumit dan sukar. Komunikasi antara kami berdua rapuh. Setiap kali aku suakan pertanyaan atau aku menjawab pertanyaan pasti mak akan menanggis. Silap aku agaknya mungkin mak masih sedih tetapi disebabkan aku dikategorikan kasar itu dah memang semula jadi aku dan tak langsung berniat nak melukakan dia. Mak plak masa ketika itu masih tak leh terima hakikat yang temannya dah pergi tinggalkan dia selama-lamanya. Aku tahu, mak sayangkan aku cuma kami kadang-kadang tak sekepala. Who knows right?


Mungkin aku di label sebagai 'ANAK ABAH' sejak kecil, aku lebeih selesa bercerita dengan abah tentang kegembiraan/kesedihan dan macam-macam lah. Mostly isu kerja, persahabatan, life, soal jawab agama yang mana-mana aku confused. Isu BF, awal-awal aku tolak tepi. Rasa pelik n tak sesuailah plak nak bercerita dgn abah. Tapi dulu abah ada gak tanya-tanya;


"ada bf x?".

"budak mana, belajar apa, siapa parents dia"

Abah sekadar ingin tahu, seawal 19/20 tahun selalunya perempuan-perempuan seumur aku da berBF, tapi aku je tak. TAK LAKU gamaknya. Cuma aku duk hebohkan tu lah...


Perempuan, KODOK.


Kat sekolah, aku jenis bawak kamera. Semua pic aku tunjuk kat Abah. Siapa yang aku suka. Siapa yang cun...siapa yang aku admire.


Maybe risau, tapi dia faham naluri anak dara dia yang sorg ni. Abah pon tahu yang aku tak punya ramai kawan lelaki dan sebab itu lah abah tak pernah risau tentang isu aku nak berBF cuma dia pelik keadaan aku yang menunjukkan minat lebih pada kawan-kawan perempuan. Apa nak buat, sekolah perempuan.


"Cari suami yang boleh menjadi pemimpin keluarga, bertanggungjawab, baik budi bahasanya pada orang tua, pada adik dan pada sesiapa saja. Cari yang elok ajaran agama dia, mak ayah dia. Yang paling penting, biarlah paras rupa dia biasa-biasa tapi mampu memberi kebahagiaan pada adik dan keluarga nanti. Insyaallah...."

Abah selalu sgt pesan mcmtu. Hakikatnya, aku masih tak punya bf.


Walaupun aku dikategorikan anak abah, aku tak terlepas merasa libasan tali pinggang askarnya, libasan getah paip, hanger, rotan dan juga kain tuala. Berbirat-birat badan, kaki, tangan aku akibat keBEGAan aku yang mengalahkan abang-abang aku. Dan aku akui di antara 5 adik-beradik aku, aku lah yg mempunyai perangai yg luar biasa degil selain suka memberontak yang bukan-bukan. Adakah disebabkan faktor anak bongsu? Wallahualam. Tapi abah memang tegas, setiap ape je kerja yang dibuat. Mesti kena kemas dan teratur. Jangan satu pon yang silap.

Dah masuk 21 umur aku, pertama kali memasuki alam pekerjaan. Abah paling gembira, sebab tak sangka anak degil dia mampu mencapai misi yang dirancang. Walau pun tak sempat nak sambung Ijazah. Abah yakin yang aku dah dewasa, dah matang dalam menyelesaikan masalah dgn teratur sebab dia tahu cara aku. Kadang-kadang tu adalah aku balik mengadu yang aku SUPERstress, tapi abah adalah pendengar yang paling baik. Lembut intonasi suara dia memberi sokongan tak pernah henti untuk aku terus kuat. Dan masa tulah, aku dah mula berani kongsi kisah BF kesayangan sentap-hati-mak-nak kat dia. Orang pertama yang aku bawak kenalkan pada Abah, dan org pertama juga lah yang menghancurkan hati aku. Over plak

-cut it OFF-


Hakikatnya aku tak sempat tunjuk surat aku disahkan jawatan. Itulah saat-saat paling sesal. Surat tu bertarikh 21 Julai 2008 dan aku sedari surat itu pada 16 Ogos 2008. Setelah aku masuk dari cuti panjang. Sebab aku pernah janji dengan dia, aku sah jawatan. Aku akan belanja Mak n Abah makan. Tak sempat.....mcmtulah Raffz, x sempat merasa abah bawak...



Dalam kesedihan ini lah, baru aku sedar yang Allah ambik abah untuk aku beringat bahawa setiap yang hidup pasti kan mati suatu hari nanti. Ajal maut tidak langsung mengira umur, jantina dan masa. Percayalah, jika abah masih ada mungkin aku tidak seperti apa yang aku ada seperti hari ini dan aku yakin, aku masih tak akan berubah dan buang perangai lama. Kadang-kadang aku sedih dan tertanya-tanya, “kenapa mesti ambil abah seawal ini? Apa dosa yang aku dah buat? Tak bolehkah tunggu aku kahwin, tunggu cucu dari anak bongsu dia ni?”... Ya, pertanyaan-pertanyaan itu yang sering menjadi punca aku down. Mungkin kah abah meninggal disebabkan aku? Tekanan dengan kehidupan aku suatu masa dahulu? Entahlah... terkilan rasa hati ni sebab terlalu banyak benda yang aku nak bualkan dengan abah. Terlalu banyak, tapi tak sempat. Baru 2 bulan sebelum tu kehidupan kelam kabut dilanda ribut, orang yang aku harap-harapkan pergi tinggalkan aku dengan keadaan terkapai-kapai aku cuba bangkit dengan hidup baru. Tup tup, giliran Abah pula dijemputNYA. Cukup aku rasa terseksa. Masa tu aku dah langsung tak fikir tentang kehidupan aku selepas ini, yang aku tahu...aku hanya menangis di pusara Abah dan meratapi pemergiannya tanpa sedikit pon aku teringatkan pada si Pencipta Yang Esa. Kesakitan itu lah yang kini memberikan kekuatan bahawa walaupun abah dah takde, tapi aku yakin yang abah sentiasa memerhatikan aku dari jauh. Setiap kata nasihat dan teguran abah sentiasa terpahat di hati aku.



Aku tahu,

Kau pergi dan tak mungkin kembali,
Hanya tinggalkan kisah dan segala kenangan

bersama titisan air mata yang berlinangan,


Angin bayu sayu seawal pagi,

Membawa aku kenangan lalu,

Di sini aku masih berdiri...

Masih merasa kehilangan yang tiada penganti,

TIGA TAHUN sudah berlalu dan aku masih merinduimu....Abah.

AL-FATIHAH 2 ABAH.



-REMEMBERING YOU IS EASY, I DO IT EVERYDAY.

MISSING YOU IS HEARTACHE THAT NEVER GOES AWAY-

Wednesday, August 3, 2011

Kaulah Segalanya

Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan
Di saat-saat ini...
Oh...

Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya...

*Kaulah segalanya untukku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkinku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya...

*Kaulah segalanya untuk ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Wooo....

*Kaulah segalanya untuk ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang













Ya ya ya.. bos tanye pas kerja de ade tak atas meja. Aku masuk n tgk. TAKDE.




bos balik, dari jauh lagi de nampak pas de betul2 atas meja. Ok.







Buat pindaan minit and the word 'rpokel' terpampang. Ape RPOKEL ni?.....fine, shud be PROJEK. bukan RPOKEL, mata panas. Demam n hingus meleleh tanpa henti buat kepala makin berat.







Dan lagu diatas tu sedang terapung-terapung kat otak aku. Entah kenapa...aku publish je kat sini. Best gak lagu Ruth Sahanaya ni.







For my OH, aku dedicate lagu ni utk kau. And... honestly, aku pokai tuk beli prezen. Bufday de lagi 3 hari. Ermmm...esok adalah 4 Ogos. Then 5 Ogos...6 Ogos bufday OH.. memandangkan 4-5 Ogos tu hari sedih. No celebration for u. Paling kuat pon, belanja berbuka je ok?.....tapi aku tau, de bukan jenis kisah punya umat.







later aku update lagi, kepala aku da berat sgt n rasa lalok semacam je. Pesal tah.




Bubye~

saya tidak mengUpdate

Salam.


Yeah, rabu back..like always. Meeting and stayback. So bila turn aku nak berbuka with my family ye?


Insyaallah esok. Berbuka with my mum, my sis n my niece.

Now demam+selsema+sakit tekak.


Rimas dan terganggu.



Errr...update FB?

Last Sunday kot. So since berpuasa, aku da x update.


Malas.


Btw kan puasa, aku mcm ni lah...kang terbaca status2 pelik. So, takyah online. Blog xpe...aku suka sbb sekurang2 nya bebelan dorg tu sampai kat aku.

Tuesday, August 2, 2011

Tak sihat

Manjang x sihat aje lah. Aku ni macam ni lah, lau satu-satu la kena. Serik.
Ni dada+paru2 sakit gila.



Harap aku tabah.
Ikotkan nyawa skang, aku mungkin da berada di hospital. But seriously memaksa diri utk kuat.




Fuhhhhh

Monday, August 1, 2011

Selamat Berbuka

Okay, masih di Ofis. Nampak berbuka secara berjemaah di ofis.


Menu;


Nasi Daging

Ayam Berempah

Kuah Dalca



haha..aku tatau, yang aku tau. 3 je ni...hihii..yg pastinye. LESS RICE please.

OH sah berbuka sorg2. Aloollololo- sian. Tapi tadi Mama dah siap tapaukan awal2.

Degil nak makan umah sendiri, umah parents ade tamau makan.



tu yg de emosi bila aku stayback-stayback ni time kawin.

Auwwww...



dah2, bosan asik cite OH. macam aku sorg je ade OH.

eh SELAMAT BERBUKA!!

Salam 1 Ramadhan

Assalamualaikum.

Camne Isnin ni? Puasa? Okay?
Aku macam biasa, masuk kerja cam biasa. Meeting cam biasa petang karang cume mood si heavy smoker ni yang luar biasa.


stress mak!

Di tambah sakit pinggang, semalam duk mengangkat katil. Alihkan kedudukan, angkat tv berat-gile, letak penjuru bilik.

Okay, da dapat tangkap kedudukan perabot bilik buat masa ini.
Jgn silap, perabot lama lagi. Kedudukan diubah, sonang aku nak tgk tv-dvd lam bilik. So now da luas. Selalu nak solat, mesti mcm nyaris2 nak berlaga ngn pintu bilik. Now....lega and boleh letak another queen size bed lagi.

Insyaallah, cat dalam raya nanti kot *hopefully*.
Perabot plak early in January kot *lau duet lebih*.


wohh..now, pinggang cramp. Senak perut and rase mcm nak balik n tinggalkan je pakcik moody melampau2 tak dapat rokok.

Tu lah, org merokok sehari 3-4 batang aje.
Dia merokok sehari 40-60 batang.


Maka, bila Ramadhan ni. Jadi gitu la gamaknya. Memarah je..tapi nak tgk de happy, haa lepas jam 7.30 malam ni.




*sedang menyengih...Insyaallah*