Thursday, December 23, 2010

saat-saat 1 januari

Ok, skang ni aku mengalami satu revolusi yang bagi aku terlalu impak untuk aku jalani.
tahu tentang pengakhiran satu2 hubungan?
Yes, aku akan end up kan semua2 ni bermula Januari 2011. Kenapa Januari? kenapa tak sekarang?...sebab bermula tahun baru maka bermulalah kehidupan baru aku selepas ni.
walaupun bunyi agak bodoh. Aku akan berakhirkan semua ni.
Tak bermakna aku berundur ni maknanya aku kalah.
Aku rasa korg pernah alami saat2 ni. Yes...ni dinamakan keputusan akhir. Memang takde istilah bagi CAN lagi.
Sebab aku jelak+muak.
Terlalu bermuka-muka dan terlalu suka menghuru-harakan orang. Depan baik, belakang?
So guys. Aku pasti korg akan berseronok dgn tindakan aku ni. Pengunduran aku mengikut jejak langkah Kim.
Baru aku tahu sakit nya keadaan ni.
(kim baru pas kol aku, sejam de membebel2)
Bahagia lah kalian hendaknya dengan keadaan mcmni. Memang Tuhan tu adil, patutla mcm mane korg gaduh teruk. Tetap saling memerlukan antara satu sama lain.
Agk-agk YM/SMS ni aku nak buat ape ye? Aku kalau nak lagakan korg bagi korg rasa satu kehancuran. Sangat boleh, tapi terus terang. Tu bukan cara aku.
Now, perancangan sudah teratur. Lagipun aku yakin dgn kenyataan "Tuhan Adil". Aku da teraniaya kali ni.
teraniaya dan dianiaya oleh org yang sama.
aku masih lagi mempunyai rasa hormatkan maruah korg. Maka aku back off.
Kalau aku tak hormatkan perasaan korg, tak hormatkan maruah korg. Kat sini jugak aku jaja.
tik tok tik tok~ 8 hari saja lagi. Mang kejutan untuk korg. Yeay!
Masa tu nak patah balik, nak mintak maaf. berlutut?nangis air mata darah sekalipun...im not turning back.
Hanya bserah pada yang ESA. Mudah-mudahan semua ni berakhir dgn mudah. Insyaallah.
- aku tak suka bila secara tidak langsung encik tunang dilibatkan sekali. Dan diganggu dan dianiaya...dan kes terburuk, hampir bergaduh di ESQ. Haih..perangai mcm hanjing. Memekak plak. Naseb encik tunang buat bangang. Matang, almaklumlah yang terjerit2 tu budak bwh umur. Paham je la. Tapi part last tu aku suke bile encik tunang sudah mula hangin..De ketuk meja. Budak bodoh tu terkejut; -
"balik nanti,kau cari apa itu erti persahabatan yang sebenar. Bukan persahabatan yang kerja nak menipu org dan kawan-kawan lain...kau ingat sikit mcm mane aku layan kau dan perempuan kau dulu? kau fikir elok2...kalau kau sedar kesalahan kau.Aku akan maafkan kau, tapi untuk mesra mcm dulu. Sorry. NO"

How to React When a Friend Asks You to End a Competing Friendship

It really hurts whenever someone you think is your friend turns out to be someone who was using you to make another person jealous. If this has happened to you, then you know what it's like. When your friends tell you not to be friends with another person, its just like them telling you to go do drugs. Here's what you can do to change it.
STEPS
  • It really hurts whenever someone you think is your friend turns out to be someone who was using you to make another person jealous. If this has happened to you, then you know what it's like. When your friends tell you not to be friends with another person, its just like them telling you to go do drugs. Here's what you can do to change it.

  • Be straightforward and honest about how you feel. If you want to drop your so-called friends, then drop em'! But if you don't want to hurt their feelings you can always be nice and tell them this is not going to work out. On the other hand, if you still want to be friends with the, then invite them to your house, the mall, parties, etc. You'll never know unless you try.

  • Never be mean to them. If you are going be mean to them, think twice about it. For they can spread rumors about you and ruin your reputation. Instead, try to break up with them step by step and make sure they don't know you'll break up with them.

TIPS

Only keep the friends who are there for you no matter what, not the ones who only want you as a friend when they are desperate.

WARNINGS

  • Don't be too rough on them.

  • Always clarify what you say. Don't let them take your words out of context.

sumber: wikiHow (google)

Wednesday, December 22, 2010

Emosi serta pic

Last MJM untuk tahun ini. Maka aku masih di ofis sambil menyiapkan tugasan2 aku sebelum aku nak kena drive ke seremban dalam keadaan mengantuk.
so takde cite menarik. Sebab hidup aku untuk tahun 2010 kejap je happy. Selebihnya aku banyak diTIPU dan diKHIANATI oleh org yang aku percaya.
Setelah seharian b'YM bersama fai, baru aku terbuka mata. Baru aku sedar sesuatu yang selama ini aku langsung tak SEDAR benda tu.
Okay thanks sayangku. Kau tahu tak fai, aku betul2 perlukan kau tadi. Walaupun hampir 2 tahun lebih kita tak berjumpa.
Kau tetap sentiasa ade. Thanks sebab bagitau aku ape erti persahabatan.
oklah. Taknak cakap panjang2. Aku tunggu Januari 2011. Aku akan buang semua-semua pahit tu.
Kat sini aku saja nak tepek hari last CC Sherry kat BKPP. De dah bersara.

kami2.

aku n cik sham


haha..overrr noks, pic semalam. (baju ni Mama yg hadiahkan. From Bandung)


maka aku harap pengakhiran tahun ni berlalu secepat mungkin. Sebab aku dah penat. Naseb baek lah encik tunang sentiasa ade je memberi support supaya aku tak jatuh.

*abah mesti geleng2 kepala. Anak de mang selalu terkena dari sekolah lagi. Yg bestnya, da terkena pon masih mahu hormatkan hubungan persahabatan tu. Oiiii wake up la, ko tau tak yang tanpa manusia tu. Ko tetap leh hidup. Kan banyak lagi kawan2 ko yg bagus n bijak2. Org sengal berhati busuk bau longkang gak ko duk layan...nasibbb la..terkena untuk kali???*

Belated Bufday

Salam semua. Lame ea tak update.
Busy. Standard la, aku kan macai je. Kalau nak dibandingkan org lain yg kerja syarikat besar. Kerja tempat2 standard kan?
aku?...keja ape je..
teremosi kat situ.

Dalam tak celebrate bufday, encik tunang tetap meraikan walaupun da lewat seminggu. Belated la kiranya. Dalam suasana yg simple tapi aku rasa itu lah yang manis buat aku.
Bertempat di Lake Garden.
So encik tunang belanja makan anw...kira ala2 berkelah lah ni. Berlima. Aku*Enciktunang*Dieja*Angah*Suhaina
Pic-pic sume aku tak amik lg.
ni je yg ade.

comel an? sah2 yg MU berbulu je.

roses~ yes aku lah tu.

hahaha..walaupun saya gemok. Saya masih mampu melompat.

dah kenyang2 makan. Pastu aktiviti mcmni la. Amik gambar. Penat gelak. Mcm2 keletah.

Itu jelah ceritanya. Lain plak yang berlaku pada hari ahad (19/12/2010).Nanti2 lah aku update. Tapi weekend aku sentiasa je best.

*Tekanan sebab susah nak explain dgn manusia yg bijak pandai ni. Manusia yg pandai2 menuturkan kata-kata dan janji. Deal mula lain, lepas tu dah lain plak perancangan. Bila da tak menjadi. Kau salahkan aku. Like always. Takpe, point2 semua aku simpan. Aku tak suka hanya bercakap tanpa bukti atau cakap kosong. So kali ni kau sediakan jawapan2 kau plak*

Saturday, December 18, 2010

jogging

helo..

aku baru je sudah jogging+aerobik kat city park. Hahaha..akibat terasa sedar diri badan da membobok2 naik. Paksa diri untuk berjogging.

dan demi kawan baik aku nak kawen this end of month kan. Aku paksa gak de...

ok la..kua peluh la gak. Bukan sikit, tapi banyak.


hahaha..x paham aku..pe motif pic ni?


takde cite yg best nak disampaikan..
bosan.


korg semua sihat?

Monday, December 13, 2010

25

12/12/1985~

now aku dah 25.

Alhamdulillah sebab masih lagi bernyawa. Tuhan masih bagi peluang untuk aku hidup sampai hari ini.

Dan.

aku bersyukur atas nikmat yang diberikanNYA.

*takde celebrate pon*

besday ke tak. Aktiviti seperti biasa bersama encik tunang dan kwn2

(18 hari lagi)

Saturday, December 11, 2010

Alkisah berkenaan produk penjagaan wajah. Hahaha..skema ye?

ok, sebelum ni aku pakai Tanaka ni.

aku gogel je.

Mula-mula sangat ok. Tapi hanya mampu buat muka cerah je, jerawat2 tetap mengganas

T_T

since abes belajar kulit muka aku jd berjerawat. Kdg2 aku give up sangat. Dah mcm2 aku try tak gak berhasil. Sebelum Tanaka aku pakai Loreal, ok la buat muka cerah. Tapi jerawat ade lagi. Tu yang aku gatal tangan tukar Tanaka plak.

Last2, dua hari lepas aku tengok dahi aku ruam2 halus. Sangat la banyak n mengerikan. Kawan aku duk suggestkan Safi Balqis.
Aku try la pakai balik, sebab safi ni zaman aku sekolah menengah dulu aku pakai.
Kawan aku ni pakai dr dulu tak pernah bertukar. Muka de licin je. Lembab je nampaknya..

Hope berkesan la. Aku bukan nak putih..cuma nak muka ni bersih je.

Hari kedua aku pakai. Harap2 berjaya la...disamping mengurangkan kos~ hehehe.

Antara produk-produk yang aku pakai dulu :-

  • Hazeline snow - krim
  • Safi (hijau) - pencuci
  • Biore (cool) - pencuci
  • Clean & clear - satu set (ni muka aku naek jerawat dasat2)
  • Olay
  • Garnier (paling lama)
  • Loreal
  • Tanaka
  • Safi Balqis - NOW
harap2 ok lah kan... aku fedap dah. Aku tamau la pakai produk2 mcm yg macik2, mak2 kite pakai tu..

sekian cerita skema aku ni.

*tik tok tik tok...13 jam je lagi*


Got To Go



aku suka Najwa!
suara terbaek!

Friday, December 10, 2010

Stayback

lagi bape minit nak jam 12am.
Maka lagi sehari je aku nak tua.
ohhh..aku akan emosi.
Bila melangkah satu tahun umur aku. Rasa mcm makin nak mati.
betul x?
korg pernah rasa tak?
rasa dekat dah ngn kubur.
amalan masih x cukup...
aku masih bekerja lagi saat2 ini. Bosan nye hanye aku n budak2 ni je tau.
Untuk buat mata aku terang, aku makan oren yg masam tahap gaban. Terus rase terbeliak. Aku mengekalkan rekod, minum secawan nescafe sehari.
so... pandai2 la adjust mata tuk lawan ngantuk tuh~

kategori apa ye?

Perihal Manusia-

Sepasang Kekasih :-

Yang mana si perempuan ni memang mengawal si lelaki punya FB.

Mane-mana status, semua si perempuan ni type.

Nak dijadikan cerita. Si perempuan login ke FB si lelaki ni. Dan menaip status2 bangang yang boleh menyebabkan orang-orang sekeliling berpecah belah. Then de log out. De sign in plak ID de sendiri. Dok la berkomen-komen sendiri.

Paham x?
Dia type, de balas..kira dalam maya mcm dua org berbeza. Tp real. De sorg2 bermain-main FB.
Itu tak kisah lah. Tapi kau BOLEH tak jangan menganjing2????..
Boleh tak kau hentikan status2 bangang kau utk kami2 semua?
Tak payah cerita kisah bunuh2 org. Kau nak sangat bunuh kan? Why masa kami berempat lepak, kau tak bunuh kami dengan PISTOL yang kau kata2 kan sgt tu?
Kau nak kencing, aku tak kisah babe. Kami jaga maruah kau bsusah payah. Tapi kau balas dgn TAHI KHINZIR.
apa masalah?
Kami senyap, kau mganjing2 kan?
atau kau nak kami ckp pasal ...........
ini semua pasal otak.
kronologi dan komunikasi yang efektif.
Ikotkan hati, aku tak heran sgt dgn benda-benda bodoh ni.
Aku tak kisah pon kau kutuk aku GOV. Yelah...gaji ciput.
Aku miskin. Opis aku takde internet. Soal LOAN.
Atleast, opis aku 5 tingkat. Di mana terletak gah di Putrajaya. Kau pernah jejak kaki dalam opis aku? sekurang-kurangnya opis aku bukan lah syarikat kecik dua tingkat-yg berbau hamis BABI.
Miskin? Rezeki sume dari TUHAN.
Opis aku takde internet? Aku ada internet...lau tak mcm mane aku leh update blog?
LOAN? aku xleh buat loan?...sian kau.
tolong jangan bodoh2kan diri sendiri yang sah2 bodoh tu.
Aku penat dah nak berhadapan dgn manusia GILA saiko mcm kau.
Belajar lah untuk berubah. Igt2 lah si pencipta kau.
Jangan main langgar je.
aku x baik. Tapi cuba utk elak perkara-perkara yang tak sepatutnya.
*akulah iblis yang TUHAN turunkan ke BUMI untk menghapuskan babi-babi mcm dorg semua*
Astagfirullah-Al-Azim.
Tu ke ayat yang harus kau bangga?....
Nauzubillah.
Hari Jumaat ni tak patut aku buat entry mcmni. Tapi aku marah...org tak kacau kau. Kau jangan2lah kacau2 orang...jangan ingat kami takde keluarga. Dan jangan lupa MALAYSIA ada undang-undang.

Thursday, December 9, 2010

Wednesday, December 8, 2010

Taken from Kraken




Hola,


Rabu sudah~ ha. Smlm cuti. Buat ape je?

Aku xde buat ape, sekadar mengodek2 dak Kraken.


KRAKEN?

hehehe..name kamera aku. Encik tunang yg bagi name.

comel kan?


*terus terbayang sotong yg besar*


ape2 pon thanks la utk encik tunang yg baek hati upgrade si Kraken tu semalam...


(geleng2 kepala..lau ikot kos, aku da boleh dapat nset baru tau! tak suka...huh...tapi memandangkan yg aku rasa nset tu kurang penting skang ni...takpe..ku rela kan la jua...)


ni pic yg encik tunang amik masa aku g Sekinchan hari tu...

satu je..sbb yang len payah gile. Asek error.

Sunday, December 5, 2010

bad dream

mungkin semalam sangat penat.
tertido awal.

dan termimpi sesuatu yg aku rasa nak muntah-loya-demam!



tragis n buat aku teringat2...
actually bukan ngeri mahupun menakutkan..
tp bagi aku cukup seram...




tolonglah jauhkan aku dari manusia-manusia yg tak sepatutnya hadir semula dlm life aku....


:-(

Friday, December 3, 2010

lagi 10 minit...

Kerja hampir siap,
Encik Tunang da OTW nak amik aku.
aku besapau. MATA aku penat.
Kepala aku sakit.
okok. Hari ni aku kawal gian terhadap nescafe tu tau tak!!!
hari ni, secawan sahaja. SECAWAN ye.
urghhh...please..please..aku perlukan nescafe!
Aku tak sabar nak g Sekinchan,
wahh..ada apa dgn sekinchan ye tak? Bagi budak2 bandar mesti cam wutisthe???..
helooo..
aku suke ok tempat ni!
ade SAWAH,
ade ULAR..oh ok, tu lawak je.
ade LAUT!
dan harus la aku akan poyo2-gelabah-jakun nak bergambar.
Sebab encik tunang da sibuk2 nak buat outdoor shooting nanti.
yippiey...tak sabar sungguh!
(walhal muka badan tgh membulat)
esok pagi-pagi gerak...tapi encik tunang kata akan singgah JJ Bukit Raja dulu, sebab aku ngadu gedik takde baju da. Da banyak tak muat (itu je la alasan kooooo...xde baju!)
pastu g wedding Pak Andak...
ok..my uncle kawen..haha..uncle ye? baru 33 kot.
CANT WAIT!

*sebok je, minggu ni status aku kat ym psl berjalan ke sekinchan..ade org tu PON nak gak cakap g berjalan...dasar si busuk hati an? eh eh..kau ade duet ke nak berjalan? ke kau buat LOAN?...siyes, kan mulut aku da mcm gampang...len kali, jgn MENIPU..aku n budak2 ni bukan kesah pon berkawan ngan sape2 pon..tak kira la ko tu ape2 pon...tapi bagi kau tak..sebuk dgn BERLAGAK. walhal ZERO...berubah la....lau kau x berubah, buat semua org bendi tau...bendi plak..BENCI.. tolong aku merayu sgt2 ni, jangan bunuh aku.sian aku, aku masih ade family..aku ade tunang...hahaha..saiko!~peace no WAR k*

jangan gelak ok?

Ok, aku baru tuka background blog ni.
Huduh bukan?
berterabur habis. Lantak lah hai...lau da nama nya aku yg buat sendiri..dasar buta IT. Nilah hasilnya.
Tu pon pening2, walhal benda senang.
aku masih di Ofis lagi ni. Besapau tu mang harus la kan.
Bersyukur lah, atleast bekerja kan?
dari kerja mengencing orang sana sini.. *tibe2 emosi*
Oh ye, aku sekarang SANGAT jarang ONLINE FB. Bukan jarang. Tapi tak langsung.
Sungguhla, aku rasa mcm fedap sangat2 lah kan.
betul2 buat aku BENCI.
aku terkena lagi untuk kali ke berapa lah kan. Abaikan, aku memang tak akan cerita benda yang aku rasa SANGAT BODOH dan KEJI.
cuma apa yang aku nak ingatkan di sini, cuba JANGAN ada SIKAP BUSUK HATI yang terlalu sangat2 lah pada orang. Nak-nak plak kau aniaya orang mcm aku n kawan-kawan lain.
then........ kan kantoi. Tuhan MAHA ADIL.
but paling buat aku rasa BENCI lagi tu. KAU TAK NAK mengaku.
Oh tak apalah...
mungkin hobi kut.
Lihat jelah.
Enak bukan drop2 aku?...
Pandai...yeayy!! tipu pandai, putar alam pandai...
eh..entry aku da berbaur emosi..enaf enaf..aku da xnak maki2 lagi. Melainkan betul2 terlalu mendesak aku untuk memaki...
-nak tipu, tipu sampai habis-

MJM

hahaha..aku duk la nak delete2 entry2 lame yg tak berkenaan. So aku bace2 la..*malu*
teruk tol pangai n ayat2 aku dulu. Cam saiko je.
oh kamon...x matang kan? aku baru nak delete..tapi error lah. Nanti2 lah.
(MALU GILA BACA ENTRY TU SUME)
syok sendiri je.
padan muka untuk semua org kat opis. Hari gelabah...wakakaka...
relaks ar, semua pon kena marah...
bos aku lalu dgn muka ketat sambil pegang secawan nescafe panas kat tangan de...mulut aku da mang cabul.
"hai...kena marah ye?"..
"hah! memang la kena marah..apelah tak sabar2...nak cepat2..you pon buat salah tadi! i tulis pakai pen je kat kertas tu"
laju okay bos aku cakap..punye marah tu.
aku gelak2 la..
"padan la muka, sy baru nak pinda td..dah sebuk2 mintak...x sabar2!"
hahaha...mang hari semua kena marah..tapi aku tak kesah pon..cuz i know my boss well~ de dah mcm bapak aku dah.. ape2 pon aku masih hormat de sebagai BOSS.
oh ye, hari ni aku staybck. Entah tatau balik jam bape. Yeehaa..mau pergi Sekinchan! best best...
wedding Pak Andak. After dat, outdoor kat sawah n laut la...CANT WAIT!!!!!

tengah

hoho.
tgh superb busy...
aku tengah delete entry2 yg TAK SEPATUTNYA ni.
ala..entry2 lame..
kuikui..
entry2 cinte munyet ku dulu...munyet ku yang da kawen lari...
eh eh..tak la. GURAU k.

Thursday, December 2, 2010

Random Picca

Tgk pic la yek..

makshu n anak buah paling bongsu (buat masa ini)


haha..on weekend~

at the office...poyos! baru belajar pakai shawl~

overrr

nampak baek je kan??????

seminggu ku~

saje je...gedik2 letak pic. Dah name pon aku nye blog an? so suke hati aku la ape aku nak buat..asalkan aku happy...

sampai hati.....

Dulu kau kata aku lah satu2nya.




kau selalu cakap "kau la GADISKU".
Semuanya aku di mata kau..




skang?...


hancur hati aku...kau diamkan diri. Kau lebih pentingkan dia....kau pentingkan A!




aku sms-



1-2 jam kemudian baru kau reply...






bila aku bising..


kau cakap;




"diamlah...org ade keja ni"....



ohhhhhhhhh!!!! sedihhhhhhhhhh....mane janji2 mu untuk setia????
disebabkan hal ni....kau SANGGUP!!!




.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


OK! sebuk edit2 pic kan?????

encik tunang always gini, de dapat sesuatu benda. Mang akan fokus...tahu tak yg mamat ni adalah BUTA IT!

sebut pasal komputer..ZERO. yang de tahu ape?...tanye pasal jentera, mesin2..enjin2..nat skru minyak..spanar..metal-metal..logam..tu terer ar...aku tak paham mcm mane dlm masa 2-3 hari de boleh tahu edit pic pakai adobe!..gigih an?...

dan hasilnya? tu pic kak long n abg long masa wedding lepas..de edit. And pic lil cuzen...Oklah, walaupun x sehebat fotografer2 kat luar sane. Bagi aku...kire bagus la ni.. sebab de baru pegang komputer and baru kenal adobe.

de cakap;

"ala..bukan nak pandai2 sangat..cume saje2 isi mase lapang...nnti2 da kawen, ade anak..g jalan-jalan boleh amik gambar sendiri..edit sendiri..kan senang?"

ok.. lagi satu..de tahu yang tunang de (aku) gile gambar (camwhore)..

bagus2...sbb kau paham jiwe gila gambar aku nih! ape2 pon..cantik x? utk beginner mcm encik tunang aku?

hahaha...CANTIk CANTik..aku jawab sendiri..-sbb xde org bace pon blog nih-

Tuesday, November 30, 2010

kunyah kunyah

oh yeah. Selasa sudah.
berakhirnya NOVEMBER. Esok masuklah DECEMBER.
*this my december...this is.. bla bla bla.....*
haha..feeling2 chester plak.
aku tgh mgunyah kopok lekor, cam chewing gum pon ye.
busan sungguh hari ni. Eh dua hari ni aku rasa mengantok je, rasa lembab je...
*gila x nak mgaku an*
ni duk menguap.
ohhh kamon!!!!
mungkin kah? mungkin sebab december?sebab ujung2 tahun?
atau?..aku da terlalu gemok-sampai-malas-nak-eksesais????
tatau lah nak mgarut hape.
oh cume aku nak merepek jap...ingatan untuk diri sendiri.
"aku dah jangka semua ni akan berlaku, 'game' yang di create kan ni pon mang BEST! pusing sana, pusing sini. Semua terkena.. SEMUA ok. Sebelum aku terkena untuk kali kedua dan tewas. Baik aku blah. Bukan bermakna kalah, tapi aku taknak jadi bodoh untuk terkena lagi. Sebab pemutar alam, harus lah pandai berkata-kata, karpal singh pon boleh tabik. So this time de akan berputar lagi n kadang2 sampai luar dari paksi yang sepatutnya, asal de puas. Putar sane sini, de betul semua salah. Now aku mahu angkat kaki dan terus jalan... nak pusing?nak patah balik? nak U-TURN? nak gostan2..tu memang bukan aku cuz when i spit, i dun lick backkkk..."

Monday, November 29, 2010

emosi

Tiba-tiba emosi kejap.
haihhhh...

merajinkan diri

ouchhhhh! Panas tol nescafe nih. Hiks.. gedik gila.
aku tgh bsenang2 lenang, padahal tadi mcm ribut sat.
Ni bru dapat merasa kenikmatan nescafe kak man~ nice
Actually, aku skang bangun pagi2 kat umah akan buat air sendiri utk aku bekpes. Memandangkan mak aku buat Teh atau Teh O. Tekak aku kenot go la minum teh pepagi. Rase pening.
Baru aku tahu, aku buat nescafe sgt sedap. Hahaha- x malu ok puji diri sendiri.
abaikan.
minggu ni x bape seronok. Maksud bukan la x seronok ape, cume ade kejadian2 yg aku sendiri malas nak cerita. Sebab aku penat dgn keadaan mcmni.
tp still lepak with encik tunang n kawan2.
Cuma suasana n mood tu mcm pelik2 sikit.
Bukan disebabkan punca kami ni. Tapi ade sesuatu.
Ok semalam seronok. Sepanjang hari bersama baby alya~ auwwww ciom sikittt anak jepon nih!
Serius aku suka.
tgk encik tunang excited gila ngn baby alya, asek la ciom pipi dak comel tu. Haha..aku tahu de suke nak dukung, tapi tak berani sbb masih baby an.
Kang jap2 kang, amik gmbr ngn baby. Kang japg muka de bgambar ngn baby...ohhh...
iklan :
dapat satu sms dari my lovely sis berbunyi :
"akak nampak itik kat klinik ni"
ohMY god...!!! my sis ni tgh peknen, now sentiasa la check up. MAKA???? otak aku terus membuat andaian bodoh.
urghhhhh.
ehh eh..sorry terIklan n TerEmosi. Hehehe
sambung balik.. Semalam sepatutnya aku nak g uma Pakchek aku kat Sepang, cuz anak de kawen.(sepupu). tapi mcm TERRRRRlupa. Lagi pon belah ayah kan?..aku kureng sikit. Bukan x gemar, x rapat aje.
Then adik abah (anak angkat) datang. Okla, terubat rindu. Sebab muka pon cam iras2 abah an. So tujuan along zaki ke rumah aku sbab konon nak konvoi la g uma pakchek aku kan. Last2 kami x g. So de bekpes dulu kat uma aku sambil borak2.
Part paling tak best. Adalah cerita psl lesen. Ohhh aku kena marah..da 25 tahun kena marah ok cam budak2 10 tahun.
Ala..bukan nye besar pon salah aku. Cuma salah aku xde lesen jek....
hehehe...X BESAR ye dak? 10 tahun memandu tanpa lesen. GILA!
aku tah bila nak amik tah, asek ter lupa je. Pastu asek xtend. Bukan nya ape..aku cam malas la..kang aku g, da kompom sume budak2 baru abes sekolah. AKu sorg je tua belahak kat situ....
dah la selalu jmpe roadblock. SELALU. Tapi mungkin aku bernasib baik..lepas. Yelah muka aku kan baik. Nampak skema, hehe..
ADAKAH LEPASNI AKAN BERNASIB BAIK? haih..
*entry aku tah ape2 tah...topik ape pon aku tatau..hantammmm sajalah!*

Friday, November 26, 2010

Tunang yg Obses

layan jelah..encik tunang ni asek send emel pic2 aku je.. haha..obses terhadap tunang sendiri ke???

de ckp de suka aku pakai tudung cmni.. motip?edit pic aku tuka kaler tudung tu?


muka bangun tido ni pon de suke kot... sebab de emelkan balik.

ni sebab dagu aku...de suka dagu aku mcmni. LOGIK ke?

ni de pandai2 edit...pastu kecewa sendiri...

*dengan gerrard pon nak jeles...hahaha*

OK. aku adalah ALIEN...*pandai2 tuka biji mata aku!*

hahaha...nampak sangat rindu lah tu..tak mahu mgaku! Huh..

[hehe..mesti geli an org yg bc entry aku ni...]

godek-godek

Lagu Background : Nostalgia Cinta by Awie



petangpetang syahdu ni, aku terus ngantuk. Sambil2 buat kerja, aku ushausha pic lama. Terus mcm 'eh eh..kelakar!'

masa ni kami baru je cuba datingdating. Kawankawan lagi time ni.

sanggup balik keja *blengas* nak dating

hari declare. MAMAK ok... haha sumpah muka aku muka mintak sepak~

BILA LAH KAU NAK GEMOK BALIK MACAM GAMBAR KAT ATAS NIH????

cam tak caya je de ni tunang aku! si gila yg aku syg. Walaupun kau tak romentik langsung. Kasar gila.

Walaupun kau selalu kata aku DEGIL NAK MAMPUS.GARANG MACAM SINGA.

SUKA MENJAWAB.

SUKA CARI PASAL.

SUKA SUKA HATI NAK MEROYAN.

Aku syg kau. SAYANG gila.

kihkihkihkih.... *eh ni mcm entry khas untuk dia je?*

rindu nk tgk kegemokan de. kuikui..

okok. isu sensitip tuh, kang ade yg meroyan satg lau bace entry ni...iyess, encik tunang sgt sensitip dgn ayat KURUS.

de akan mgamuk bila2 masa je.

so...shhhhyyysshhhh!!!

nak update

Hai-
Aku ni ade je la benda nk ditaipkan, tapi mood aku tak ok.
Kang aku menaip dalam keadaan marah, sah2 lah bahasa aku tu telus gitu. So aku taknak menaip ikot amarah aku ni.
Sakit hati+Kecewa sebenarnya. Ape perlu buat?
Rambut sama hitam, tapi HATI BAU LAIN-LAIN.
Hati aku bau Tommy. Boleh?
hehe. See aku dah start. Tapi aku taknak bcerita pasal apa. YANG PASTI aku kecewa dan aku rasa mcm bodoh sgt.
*tu la baikbaik lagi dgn org, padan muka kau roses! sah-sah kau kena...kena dek bakstabber..siuttt ah*

Wednesday, November 24, 2010

xchange link

kawan2 ku yg ade tinggalkan pesanan utk follow back ke ape ke kat chat box, sorry dear..i takleh nak bace sume tu..
ape2 tinggalkan link kat komen sy ye..utk sy link balik.. btw blog ni nak kena upgrade cikit..
thanks ye sudi2 singgah
:-)
*terharu, ade jugak org singgah bace kat blog x siap ni...*

Demam

Lama tol aku demam.
Masih x elok2.
oh ye, aku cuma nak ckp.
suka hatilahhhh nak cakap ape2 pon. suma pon tahu kau sape.
aku pening dah.
pening kepala nak percaya atau tak...
*mane la encik tunang ni?*

Monday, November 22, 2010

sempurna

aku mungkin bukan temanmu yang sempurna,
dan mungkin bukan pasanganmu yang paling sempurna di matamu...
aku cuma ingin kau lihat semua-semua tu dari dalam mataku.

tgk sendiri

cite besar.borak besar.semua besar.apa pon tarakkkk.

akal?kecik.

sebelum bercakap, fikir dulu baek buruknya. jgn men gedegang aje.

padahnya? sakit sendiri.

*oh ya, tu pic mase pertunangan rittzanor ramli..kamera tu dr fotografer de..*

Friday, November 19, 2010

Walking Sunshine

Dear Mak
I love you and want you to know,
I think of you often wherever I go.
You lift me up;
you're like walking sunshine;
I am lucky to have a great mother like mine.

Your endless affection makes you special and rare;
I'm always amazed by how much you care.
What you've given to me I can never repay,
Thank you, Mom, on your 63 birthday.
adik really lovs you...like i lovs abah too~
*for the 1st time, encik tunang ikut aku ke kubur arwah abah...aku dah tegah, suh de duk dalam kereta. Aku taknak de lihat airmata yang akan jatuh. Tapi...*
Petang Raya Haji, disaat2 hujan renyai2 membasahi bumi. Begitulah juga perasaan aku dikala melihat batu nisan bertulis ZAINAL BIN SHAMSUDDIN. Ku titipkan doa buat abah di alam sana, semoga arwah tenang bersemadi bersama para muslimin dan muslimat. Sayu sungguh hati aku, sempat juga aku berbisik..
"Abah, adik dah pon bertunang Bah... 2/10/2010 bah. Tu orgnya, pilihan hati adik. Ok tak Bah? De baik. Seperti yang Abah selalu pesan dulu untuk mencari suami..kenalah yg bertanggungjawab, menjaga amal ibadatnya, yang menghormati ibu bapa dan org tua. Abah, tahu tak adik sedih sangat. Kawan-kawan adik tunang/kawin, ayah dorg suma ade tau. Adik? Nasib ade Abg Zul n Abg Uzai. Dua anak lelaki Abah tu. Kan seronok kalau Abah ade. Adik nak sangat Abah tgk adik mase tunang hari tu. Mesti Abah akan cakap "cantik anak abah"...dulu Abah selalu ckp mcmtu, walaupun adik tahu. Adik tak cantik pon. Abah akan cakap "biarlah, anak Abah...Anak Abah cantik...cantik pada pandangan mata Abah, cantik macam emak adik"...
U know what Bah, i missed u so much. I really missed my good old days with you....hari ini besday mak. De selalu rindu kat Abah...

penyakit

aku skang tgh baca-baca ttg penyakit mental dissorder.
suka baca. sbb aku pon berhadapan dgn org2 yg berpenyakit mental ni.
Mental ni ada mcm2.
salah satu nye;
"kat rumah aku ade ferrari..aku simpan, tu aku pakai saga je.."
benda yang TAK WUJUD, tapi di ADA-ADAkan. Tu kira mental + berdosa. Berdosa sebab? Menipu la.
"lagi sebulan, aku pakai skyline"
ni pon kira mental juga. Setiap hari benda ni dia ulang-ulang. So sebulan nye tah bila-bila kan?
agak-agak korg, korg pernah tak kenal atau jmpe org yg mental mcm di atas ni?

Thursday, November 18, 2010

aish

tiba2...
aku plak.

AidilAdha

Selamat Hari Raya Korban semua.
sorry tak update, memandangkan aku demam secara tetiba an?...suara takde ok! Hilang terus. Tseksa jiwa bila nak bcakap, tapi takde bunyi yg kuar. Nak2 plak aku suke nak membebel2 kat encik tunang.
*de gelak2 je..*
Oh ya, da sehat. Alhamdulillah. Cuma suara masih serak-serak. Susah la org nak paham, sebab ujung je kan?
Raya camne?
Aku macam biasa. Di seremban. Haha..suka ok.
Walaupun demam, tekak masih sakit. Tapi aku tetap paksa diri untuk makan nasi impit+kuah kacang+rendang daging.
then sambung pulut kuning+sambal tumis
Sedap oh! Sedap2 tu la buat aku semput pagi ni. Aku takleh makan pulut ok.
So far kesihatan aku. Ok je. Takde lagi tanda-tanda penyakit. Alhamdulillah... cume antibody kurang...penyebab aku cepat demam+selsema.
(sempat pagi tadi aku kne cucuk, amik darah...huwaa..my sis in law nak check gula dlm darah aku...hehehe... 5 ok. Balance la tu...)
Pagi tadi, encik tunang antar g kerja. Sebab? semalam de kalah men boling.. hahaha..for the 1st time aku kalahkan juara bertahan sepanjang masa, Angah. Oiii! Aku tak reti main boling ok. Siyes aku tak tipu...
tp semalam maybe luck aku kot. 1st frame. 75 je pt aku. Cam biasa, aku la manusia corot. Org len sume seratus lebih...sedih kan?
2nd frame? hahaha..balik2 muka aku yg strike (betul ke ejaan ni)..sampai dorg naek bengang..direct 5 kali..walhal, tak pernah2 ok!
tp aku rase itu luck. So pt aku 159. Merasa la kejap an...tapi betul, aku mang gagal untuk bermain boling. Nak aku tepek gambar?..hehe..next entry la ye. Aku cepat2 je update ni..sebab almaklumla.......
ni aku membusy buat kerja. Heheh..rasa kan.. MC sehari ha kau, kerja pon agak banyak la. Poning aku tgk jadual2 kecik2 ni.
sambil2 tu sempat aku mgodek2... terjumpa la pic yg menarik tuk di kongsi. Tapi aku rasa no need la. Past is past kan?...aku pon da berniat kali ni...bia de dgn life de. Hope de tak kacau la hidup aku lepasni.
yg pastinye...dia memang suka menipu. Ade hikmah di sebaliknya kan?
*lepasni aku da boleh da, bukak entry2 lama tu..delete ape yg patut...aku nak mulakan hidup baru~

Friday, November 12, 2010

stooop

setakat nak bising+memekak+hape ke benda bagai.
baek diam sebelum aku plak yg jadi sawan...
*manusia ni tak pernah nampak kesilapan mereka. Yang dia nampak kesilapan ORG lain. WELLDONE*

xoxo

*mood melayan sepenuhnya A7X*

hehehe..kelakar dgn gelagat kakak aku..sehari ade lam 4-5 kali ok de kol aku.
ade je benda de nak tnye n borak2.

mungkin sebab de rasa aku ni dah boleh masuk kepala de n aku ni da dewasa.
kuikui..

b4 tis aku selalu bergaduh ngn de ok. Ade jek de tak puas hati ngn aku. ADEEEE aje point aku kena.

Almaklum, the youngest.

walaupun begitu. de banyak bantu aku...takpe..

kol seratus kali pon xpe ngah..adik x kesah. Sekurang2nya adik rasa yg adik ni diperlukan...

lovs u angah~ Sabtu ni de ajak aku shopping tudung. Bukan berdua je, ngn kakak aku sorg lagi. Kire 3 beradik la ni. Hahaha..nak pau de selai dua lah Ariani. Aku x pnah ade tudung tu. Tudung aku sume yg ikut kemampuan aku yg bergaji ciput ni...hihihihi

hari ni. (satu2nye tudung aku yg mahal..Aalia, encik tunang belikan)

ni aku beli brooch..ala yg juntai2 tu..tapi tak nampk..almaklum..dagu berlapik2!..

Thursday, November 11, 2010

LUNCH

Oh.
menu hari ni NASI KUKUS
nasi???
nasi???
*ala..nanti diet la balek ea?...*

kelakar

Entry sebelum ni kan entry ade pic.
Budak yg aku kate BF baru tu. Dak apiz tu, aku baru je diperkenalkan dek encik tunang.
Encik tunang punye kwn2.
Ok la.
1st jmpe de. De usha aku atas bawah mcm kenal. Dan lantas buat aku rase mcm x senang hati.rase bosan.
then lepas2 tu..ok la, sebab de mcm baek sgt tegur2 aku bagai.
Then..selepas tu. De ade lah YM aku.
and cakap de kenal aku dah lame. Mase zaman sekolah menengah. Oh fine..kate pon muka2 terminal kan?
and semalam!
aku baru tahu de adalah kawan sekelas aku masa sekolah rendah! hahaha
kelakar ye tak?....
PUSING-PUSING SITU GAK.
mcm kwn2 aku la. Pusing2 kawan ngn tunang aku gak...
point nye bukan ni. Hari ni aku bosan, aku lapar.
point kedua, aku rindu encik tunang yg jarangnya nk sms/call aku.
point selebihnya. Aku pening. Walaupun aku kawen lambat lagi. Tapi aku tak start lagi saving. Bila aku bc majalah pengantin. Terus otak aku sakit...
duit duit duit duit.
sape nak buat hantaran aku? aku gak ke???...
mane baju?pelamin bagai.
fotografer.
makan.
souvenir.
kad.
eh eh..bunyi mcm nak kawen lagi 2 bulan kan?
Oh tak...not ready yet.
cume serabut bila fikirkan.
k-next entry aku sambung. review sikit mase aku tunang2 hari tu
*kejap je da sebulan 9 hari aku jadi tunang org*

Tuesday, November 9, 2010

Cinta Hati Saya Yang Baru

Hari-Hari bersantai bersama kawan-kawan tercinta.

memperkenalkan. Encik Boyfriend saya yang baru. Yeay!hehehe..ok. Dak Apiz..

see?mereka berdua bergaduh..fire memfire antara satu sama lain.

walaupun bermadu. Tapi mereka baek...*dush*

terfikir gak aku..dorg ni xde perasaan takut ke? aku duk zoom..dorg happy2..haha..dasar budak2 gile.

ok lawak je..

ni je yg aku berani nek selepas corkscrew. Haha. Mencabar ape???!

next trip- SUNWAY LAGOON