Friday, April 27, 2012

Dugaan Besar....

Assalamualaikum.


Sedang xde selera, rasa mcm sedih+terkilan.
Im not mistaken, 10 Mac 2012. Kalau kira sampai hari ni? Baru 37 hari.
Motor OH hilang kena curi.

Pepagi dia dah kol aku, suara dia tenang tak macam 2 years back.
2 tahun lepas, pagi jugak. Before nak gi kerja, motor LC dia kena curi plak kat Puchong. Puchong kinrara.

Then today, hari Jumaat juga kesnya.
Lastweek helmet dia hilang, gigihla pergi beli baru.
Last2 hari ni hilang sekali sebijik terus.
Dua solex besar gabak plak tu letak.
Sampai2 tgk, solex dah bgolek2 kena potong dek cutter.

Paling x best adalah...kenapa lah hilang kena curi?
kenape lah motor dia jadi mangsa.
Ingatkan lepas motor ilang dulu tu, dia x berani la nak beli LC lagi atau 125z.
Sebab memang motor2 mcmtu jadi tarikan pencurik2 cila---k-e ni.
Rupanya, yamaha ke, honda ke, kawasaki ke. Kalau dah dasar pencuri, pencuri jugak.

OH terkilan sebab..
motor baru.
beli cash.


sape nak bagi 12k?
sila tolong bagi...


sedih.
Patah kaki.

Aku cuma pesan kat dia masa gi balai tadi. Temankan...

"sabarlah, ade hikmah disebalik kejadian..mana lah tau nanti er6n plak keluar ke?...hihihihi.." -- ayat penyedapppp hati dari aku, cik tunang yg supersabar.

"itu lah, terkilan jugak..takpelah.biar lah pencuri tu duk neraka..tak selamat. nasib kat balai tadi xde org curi moto kena tangkap..kalau tak, aku nak pukul dia. tak kisah la walaupun bukan dia yg curi moto aku..maaf cakap lah, memang aku pukul siap2 kat situ..eh?er6n?apesal?nak belikan ke?Ohhh alhamdulillahhhhh..hahah.." -- sekarang OH dah cool, takde nak memarah ke ape ke. Now slow je bahasa dia.. Alhamdulillah lah..harapnya sampai tua lah dia punya cool ni.


nak er6n? tak dapat deerr, kalau aku beli pon. Utk aku, bukan utk ko..haha. sila berebut

Tuesday, April 24, 2012

tak bernafas

"okay, i bagi u cuti..i lepaskan"



"yeke? thanks bos...Amin".........



senyum lebar aku walaupun aku rasa tadi mcm sesak napas. Celik mata tetiba rasa mcm senyum lagi, pandang luar. Lah..jam 7am!

mimpi.


Ape ke bengongnya aku punya risau sgt psl nk cuti ni? Aku pon bangkit la walaupun tak leh bnafas dengan betul. Seksa sgt duk menahan.

Kepayahan aku mengadap paru-paru yg problem.


Sepanjang dua tahun, ini paling serik. Sebab aku demam, ok, demam, ok..tp bnafas kat mulut n tcungap2.

Tadi punye sejuk kat opis, bila time aku semput kang. Bpeluh2 mcm nak pitam.


Malas nk layan sakit ni, kerja aku banyak. Sebelum bos merentan tak memasal... baik siapkan kerja.

Nak gi klinik, tak larat.


Nak g spital, kompom sampai ptg kang nak tunggu.

So?







Mandilah malam lagi, pastu lepas swimming malam-malam, minum la air coke tgh2 malam. Rasakan!


aku malas nk bgtau mak n OH,

kompom risau.


relaks, selagi muka tak biru.

masih leh update BLOG,

maknanye IM OK-







p/s : sakit ye..kalau korg ade simptom2 paru2 berair ni, jgn la mandi memalam..aku terpaksa tabah, sebab kerja aku jenis takboleh tempat takde org.

melainkan ko arwah nanti...baru ade org cover




Monday, April 23, 2012

Nsync - Selfish



hoho..selfish. selfish kah aku?

Backstreet Boys - Shape Of My Heart



mood : layan perasaan sambil layan lagu-lagu lama.

seminggu

Salam Isnin,



Dah seminggu pon aku demam ok demam ok..batuk+selsema.

Tak bernafas.

Tapi still okay datang kerja cumanya semput sikit.


Biasalah, kalau dah namanya balik kerja lewat malam. Aku bantai mandi, confirm la paru2 aku mula masuk air.


Almaklumlah...pneumonia.

Nasib x teruk. Tpi now mcm nak teruk, kdg2 sampai aku rasa cam langsung x bnafas n nak pitam.


Degil.


Now suara pon da kembang semangkuk mcm jantan.

Tekak sakit.


Hingus likat. eh? geli sungguh.


Today aku stayback. Eh aku cuma tak stayback sehari je, baru pasan. Dan bercuti hanya pada hari Ahad.

Sebenarnya aku update ni, aku just nak cakap. Aku tak sihat...sakit.


dah ar, nak kuar..

japgi masuk balik, beli makanan.



*tadi ade org sound dressing aku..badan pendek, kaki panjang la..baju x sesuai la..ini la..itulah..entahlah, x faham aku. Kalau yg tegur tu cun xpe...kain skirt de singkat, siap pakai boot rerambu ramba.. aku pelik la mentality sesetengah manusia dengki ni, aku bukan pakai menonjol..kemeja+skirt labuh..tu pon nak ptikaikan..aku just blah je tadi, sbb aku pikir dia ORG TUA..yg tkilan tu, SIL aku kot yg belikan kemeja ni..tp budak2 opis ckp, macik tu jeles n pdengki, ngn semorang pon de nk tegur2 pasal pakaian*

Friday, April 20, 2012

words

You would never ask me why

My heart is so disguised

I just can't live a lie anymore

I would rather hurt myself

Than to ever make you cry

There's nothing left to try

Though it's gonna hurt us both

There's no other way than to say good-bye



-.-'

Bon Iver - Skinny Love



untuk seseorang yg jauh-

ye, Birdy punye version pon best~

Wednesday, April 18, 2012

The Wanted - Glad You Came



mood swing.
layan lagu remaja2..nak layan bising2, btambah sakit plak perut + emosi nanti.




PMS-

terjerit-jerit

takyah nak cakap terkeluar tekak sangat. Aku belum pekak lagi.





p/s : memang tak belajar cara bercakap ye? adab bercakap and cara berkomunikasi dengan sesama manusia especially yang lebih dewasa dari kau?

oh ya.

lupa kau tak belajar itu semua.



peace.


wordless wednesday

Monday, April 16, 2012

nightmare

Sabtu malam aku tido awal.

Penat kerja seharian. KONONNYA.


Lepas kenyang, aku tertido dgn tv n game terbukak. Tak silap, jam 6 lebih.

.

.

.

.


Tiba-tiba aku ade kat bilik seseorang, nampak gaya mcm menyeludup masuk.

Tapi baju-baju aku ade. Pelik?


Sampai nak ke toilet, aku siap sarung kain tutup muka. Bajet aku salah seorang penghuni rumah tu la.


*gila, mcmkan dorg x kenal anak beranak dorg sndiri kan*


then, aku mcm nak blah dari rumah tu. Sebab dah kantoi ngn Ayah a.k.a si tuan rumah nya bapak.

Tapi aku tak tau ape pasal, masa aku nak keluar rumah. Aku dukung sorg baby yg baru lahir.

Sebab baby tu nangis kat dalam bilik, aku angkat bawak keluar.


Then aku nampak si tuan rumah keluar dari kereta and dukung baby tu.


"tolong jangan kata ni anak awak!" --- aku


sambil dukung baby tu and menghala ke kereta -- "ye..anak ketiga saya"


yg tak tahan, aku merentan2 menangis mcmkan sedih sgt..mcm2 aku cakap..tapi yg aku paling ingat;


"penipu! dalam masa setahun aku tak jumpa kau.kau sempat buat anak! kau kata kau tak sayang bini kau...tapi ape kau buat ni? kau buat ape kat aku, penipu!...kau sendiri mengaku kat aku yang kau terpaksa kawin dengan dia, kau tak suka dia..kau tak sayang dia......."


lepas tu aku terkejut dari tido... sebab aku bercakap okeh..aku sedar yang aku sebut "kau tak sayang dia"...sambil mata aku basah.

kenapa?


GILA ye rosz?

lain kali. Tido tu bace doa.


Dah alang-alang bangun. Tgk tv, baru start cite A Confession Of A Shoppaholic. Layan sampai habis.






p/s : tau aku mimpi siapa? si ex! pelik kenapa dia muncul tetiba dalam mimpi aku. Kesah sgt la dia nak beranak pinak bagai. Nauzubillah....Dah la lately ni mimpi aku seriously mcm real.. dasat tol mainan setan ni.


high blood pressure

Takde kena mengena dengan kerja yang berlambak.


cuma otak sakit.


Dahla nampak si tua sangap tu. Oklah, sian. Anggap je lah wife dia kanser payuda--. Sbb tu sangapkan org lain punya.



please. aku habis sopan g kerja.

maybe mata dia boleh menembusi setiap helaian pakaian normal seorang wanita. MAYBE.


Now aku tgh sakit kepala, senget je mengadap PC.

adoi.


tengkuk pon sakit.

adoi.


jatuh cinta dgn seseorang.

adoi lagi.


lagi..?





hai

taylor kitsch


si gambit nsem dalam x-men


si john carter

n


si alex hooper



ok- stop merepek.

Friday, April 13, 2012

reunion

Salam Jumaat.


Keadaan emosi terkawal cuma jadi bahan gelak dek org. Kelakar kot isu aku kena kacau ngn dato' tu.

Ape2 aku akan refer ke admin, supaya benda tu tak berlaku lagi.


p/s : bekpes pagi tadi aku nampak org tua tu. de pandang2 aku dgn muka supergatal. bukan aku je, de pandang kawan2 aku sekali. cucuk mata tau lah!



tadi kua makan jap. eh, OH dtg kat bawah opis ni. Tak sampai pon 15 minit, de abis makan terus chow.

ish..


boring tol, aku pon tkedek2 naik opis balik.




motif entry ni?

rasanya pasal reunion kan?...


nanti aku update.


Thursday, April 12, 2012

malang tak berbau

Salam Khamis.



Cuma aku tak tahu nak cakap ape.

Aku pon terkejut till now-- dan selalu nya aku bukan mcmni.

Mood aku bersepah.





aku tak faham kenapa sorg dato' tua berani membuat percubaan pegang2 aku dalam lif pagi td.


aku dah gigil.

bdoa cepat la sampai aras 4.


sial.


ko sangap ke ape?


nsib lif office dipenuhi kamera litar.


aku mengelak2 sementara nak sampai aras 4.

sibuk2 pegang nbag aku.

nak pegang pas kerja aku yg elok tercantik gantung.

tapi aku larikan diri.


tiba2 de pegang jari kiri aku, aku pegang handbag..

dah jari tu luka. berhandplast.


aku larikan tangan aku. n duk tepi lif..melekat betul2.


eh babi.

kan aku da marah.



aku cume kuat2kan suara.

risau plak aku nak debik de..kejap gi buatnya de terkam aku lam lif, x mati?


KURANG HAJAR PUNYA ORG TUA.

aku nak ngadu kat boss.



"baju seksi nampak t*t*k"



aku mcm tak tkeluar lidah.

nampak T*T*K palaotak ko, aku pakai baju kurung lah gila.

tudung aku tutup dada.


siap berINNER.

baju aku x ketat.


eh. SAIKO







so, x semestinya bpakaian seksi boleh menyebabkan gangguan sexual harrasment..aku pakai baju kurung pon da tkena.



pakcik oh pakcik, igtla kubur.

pakcik pon tau kan, sy jauh lagi besar and tinggi dari pakcik.

sbb aku pikir tadi..ko ade sakit jantung.

mati plak kang...


Subhanallah....

geram aku.

Tuesday, April 10, 2012

Avenged Sevenfold - So Far Away [Music Video]

kahwin

okay la, since aku bertunang pon dah lama gila.
setahun lebih..

org pon mula bercakap-cakap.

takpelah. ade mulut, cakapla.


tau tak, gigih ni kumpul sehari singgit demi nak kawin.
hahahahaahhaah.
Concern juga diaorg kat aku.

Terharu.


ala bukan manjang berkepit pon..sms/call pon x okay.






p/s : kalau lah, kalau lah aku ni bebetul sangat nak buat loan utk kawin. LAMA dah aku kawin. But why aku plak nak kena buat LOAN. Mesti lah si lelaki. Nasib encik tunang kerja kecil kat private. Tak layak buat loan. HAHAHA.

Tuesday

Sebenarnya just nak cakap;


tak puas tido!


semalam tertido depan tv... xsuke.





'


*semalam mmpi org pregnant lagi, dah kali ketiga mimpi sama..then memang betul..kebetulan mungkin. Alhamdulillah :-)

Saturday, April 7, 2012

R.I.P. Baby Sly

Ok..

siapa sly? ade cite de kat sini. SLY

sadly, aku hilang dia..last wednesday..aku tak tahu ape silapnya.
Sedih sgt..

totally menitik airmata..bukan renyai. Lebat mcm air hujan..

:-(


*sorry, mummy tatau pon sly sakit. elok je selama ni mummy borak2 and main2 ngn sly n ryu...tak sangka mummy last yg mummy bwk sly jalan tu...rupanye last mummy tgk sly. takde sape dah nak teman mummy tgk tv kat umah. takde dah bunyi sly main2 dalam rumah ngn ryu*...

Wednesday, April 4, 2012

Busy

Yes, siang tadi je buat lawak spastik.

Now x spastik, perut cramp akibat santak nasi arab kat ar-rayyan?raiyan?..
semalam makan nasi ayam penyet kat wong solo. santak sambal cili sampai habis. for the 1st time..selalu amik dlm keadaan terkawal. Malam makan soto siap habiskan cili kicap tuang dalam sup.
semalam overdose makan cili sampai perut sakit melampau.

Hari sebelumnya pulak, makan kat beger king. Pastu before2nya lagi, Ayam Penyet...
woahh... berat naik?

Jgn tanya...now baju kurung moden yg aku pakai x sampai 4 kali..da tetas jahitan benang tepi peha.
Berat tak naik, turun. Tapi de mcm lebar tang peha. melebar kat muka...lengan..
Mungkin lemak tgh cari port2 yg ade ruang untuk menyelit.


Oh, aku masih kat office. Hari ni paper kem je ade 41.
Besapau plus meeting ksu plak.
Mata mengantuk disebabkan nasi arab yg aku sumbat2 kat mulut.
Begitulah perangai aku, jenis sehari x makan. Then bila dah lapar kebulur, cari tempat makan yg betul2 sedap.
PUAS HATI.


Ok, sebenarnya ape aku nak cakap.
aku belum lagi nak kawin...sebab tu aku makan mcm x ingat dunia. Hehehe...Life must go on~ makan tetap makan.

wedding checklist

SCROLL DOWN


I

I

I

I

I






I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I


sile rajin sikit.

sbb aku pon rajin wat checklist


I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I

I































WEDDING CHECKLIST APE??? WORDLESS WEDNESDAY LAH. HAHAHA..XDE MAKNANYE NAK WEDDING2 BUAT MASA NI.


JUST KIDDING!

Monday, April 2, 2012

wanita gemok ini...

Hai hai..


Salam Isnin, aku kembali bersiaran dengan harapan mood baik sahaja.

Alhamdulillah, berkat bpuasa hari ini. Aku berjaya kawal segala bagai nafsu marah.

Cuma..ade sedikit krisis dgn seseorang yg aku sayang.

tapi takyah cerita ape lah...bukan dgn OH but with my sister.

*siap mengalir air mata, super syahdu* -- > kuat sentapppppp.




Biasa la kan, adik beradik..mang gitu.

Nak2 plak aku ni si bongsu yg memang jenis x mengalah.Dasar si jengil.

Weekend x buat ape selain movie marathon.Aktiviti mengemokkan badan.

Lihat lah cerianya aku selain berjaya gemok, kulit aku juga kelihatan cerah.


Ok, cerah tu..aku tipu jer.

Oh ye, since da gemok..aku memang pakai kasual je g opis.

malas da pakai baju kurung..sebab membobok.

sampai org pon ingat aku preggie.


cishhhh...

especially aku pakai blouse.




eh, betul la..bila kita gemok.otomatik kulit kita terik..bila terik, otomatik cerah...tak payah la nak pakai SKII sangatttt.