Thursday, September 29, 2011

my new baby kraken

Assalamualaikum & hi.




Hari tu dlm entry lepas, aku ade cakap pasal benda yg aku tangkap cintan kan? Malas dah aku nak cite panjang lebar.



Jeng jeng jeng.


*motif*



ok, benda tu dah jadi milik aku. Tapi belum sah lagi, dah akad nikah. Baru hak aku sepenuhnya. Buat masa ni. Aku jeling-jeling je. Hehehe.. ade je kat lam bag, tapi syg plak. As for Hantaran for me from OH.


Yg kiri tu, kamera lame aku. Yg OH beli last year. Actually for my hantaran at 1st. Tapi da setahun x gak kawin-kawin. Maka mcm basi plak.


Selama setahun tu da puas godek2 semua function2 kamera. And now, disebabkan aku ni duk hint-hint je. Tuppp..de bagi. Tu yg 22/9/2011 bajet seprais tu. Ni lah de. Alhamdulillah. Rezeki. Alahai, aku tau nape de sanggup beli. Memang hobi de gak, so berbaloi2 la de beli cuz lepas je kawen jadi hakmilik bersama katanya. Sambil sengih2 mintak lens kat aku.


Kau hingat murah?!!!


Aku usha gak harge yg kit II ni, uhhh...dah boleh buat byr deposit katering + mak andam ni... *buat-buat plak kan?walhal happy*.


So aku tgh study2 gak how nak buat video. Pasni, pre-wedding n pic wedding. Aku amik sendiri je, x yah hire OP. Dasat an aku? pengantinsuperjimat namanya.


60D sudah menjadi milik. What's next? Process usha barang-barang rumah. Err..x kot, bersila atas lantai la dulu.


sedap. aku lapa. so aku letak pic ni. Ni masa open house umah fai. Yg benda kaler tu, aku buat kek. Hahaha..yang da siapnya takde, sebab da kena makan.


Tadi aku g hospital putrajaya, melawat SuB(a). Sian de, kali kedua masuk hospital untuk tahun ni. Mau nya, kerja teruk kot kat sini. Hari tu boss aku... Ishh da ramai yg sakit, termasuk la aku *nak jugak*.


Kurus + tak bermaya dah. Aku harap, SuB(a) cepat sihat... Amin.



*sedang berfikir-fikir, nak claim OT ke atau nak cuti aje. Macam leceh la nak buat claim ni. Lau cuti, best gak kan? alang-alang bos takde ni. Tapi tgk la, lau claim cuti tu lebih dr 4 hari. Aku buat OT...lau tak. Aku straight cuti je. Hihihihihi*

Wednesday, September 28, 2011

Review-review

Assalamualaikum & Hi.





Hey hey hey, ape kabar? Aku okay cume batuk balik mcm nk terkeluar tekak. Aku mcm biasa, boring je kat sini. Loser sgt plak rasanya. Tapi standard la...




Okay, aku cume nak share je sesuatu. Hiks. Psl produk penjagaan wajah *skema kauuu*.



Dulu aku ade buat entry pasal produk yg sesuai, aku pon try safi balqis. Genap setahun, so biasa-biasa je lah. Aku ni bukan la nak putih tercelik ke ape. Cuma nak kulit ni bebas dari cela, even xde la nak perfect pon. Sekadar mengurangkan je la kesan-kesan jerawat atau ruam kat muka aku ni. Kulit sensitive.




Niat aku ni cume nak share je, mane2 muka yg cam aku. Sensitive ni..leh la try.... :-)




So entry ni ade banyak pic muka aku. Hahaha..jgn muntah plak yerrr...






Alergik+sensitive. Muka aku mesti mcm ruam-ruam then merah2. Pastu mula la bcapok-capok.

Diikuti jerawat. Then de akan bintik-bintik..jadi hitam.. (perhatikan yg aku bulat-bulatkan tu)





sorry, guna nset je. Pic xbkualiti.


okay, ni plak selepas da jadi bintik-bintik. Tgk la, mcm tahi lalat kat muka. Tu kesan jerawat yg jahattttt sgt. Pastu muka otomatik kepam *alahai, x mgaku memang da kopam logam*


sobs.






So 4 September 2011 ri tu, aku pon bgasak gi watson. Igt nak beli la pencuci muka semua, sbab da abis. Masa tu aku fikir. Nak tuka lah produk lain.


OH bising-bising gak la..de ckp nnti muka jahanam.

setelah lame aku belek-belek.

Mula nak try EUCERIN.

Tapi aku mcm tertarik dgn AVENE.

cari yg utk sensitive skin.





Alhamdulillah, OH yg start tegur. De ckp muka aku da xde tompok2 hitam tu n merah-merah di muka pon da kurang.




ok, aku tau pic aku gedik. Tapi ini je yg ade tunjuk muka dekat2. Oi Oi..ni x blur n edit tau. Aku cume tambah watermark nama aku je.


so dah kurang n pudar bintik2 itam. Muka pon mcm bersih la gak.



ni latest. Hiks. Okay, yg aku bulat2 kan tu la area yg selalu aku kena kemerah-merahan (redness).

Now da takde.


aku pakai 4/9/2011. Today 28/9/2011 = 24 hari.


aku akan pakai AVENE ni dulu, if okay. Aku akan teruskan.

and if korg ade ape2 produk utk kulit sensitive cam aku.

Jgn lupe share ye.


TQ



*produk ni aku jumpe kat watson..tatau mane ade lagi*

Thursday, September 22, 2011

I'M HAPPY & GRATEFUL

Salam & Hi.


Okay, menaip secara laju-laju.


Alhamdulillah, berkat kesabaran aku. Hari ni aku dapat good news. Untuk aku tu good news la.

1stly, akhirnya aku dapat gak rumah baru. Setelah 3 tahun menunggu. Bukan sesuatu nak dibanggakan, aku tak dapat rumah bawah ye... Dapat rumah tingkat tinggi *feeling2 duk menara pencakar langit*.

Takpelah, bukan rezeki aku kot utk rumah ni. But.....


2nd, dapat prezen yawww.. apekah?debar-debar ni. OH kan jenis x reti nak seprais, de just ckp. Ade prezen je....ilysm la OH... *ok jgn mengharap ape-ape ye RRZ*


3rd, cant wait to deco my own house la weh. Apa lagi kan, sah2 lah memang totally idea aku. Walaupun bukan dilahirkan utk menjadi interior design, tapi setakat simple utk aku syok sendiri kat umah sorg2 ni. Apa dehal. Ikea jom! *dan dan je*.


Rezeki org berpuasa kot hari ini.

Tapi aku tak duk sekarang la kot. Akhir october lah...banyak benda aku nak kena buat dulu. Kekangan kewangan ni.....hihihihihi.


Ok lah. Nak berangan...

See you!

masa lalu

Assalamualaikum & Hi.

Pepagi aku da mengedik nak update walaupun tak cerita best.
Cuma nya aku duk bw tadi, terus teringat kawan-kawan lama di kl.

Uh, rindu sgt dgn mereka.
Ape lah dorg tgh buat skang ni. Hehehe..
Bila ingat-ingatkan balik, dulu tu masa muda remaja. Mana pikir masa depan, tau nak have fun je. Lepak-lepak sampai pagi.

Borak-borak sampai lupe diri memasing nak g kerja. Tapi okaylah kan, bukan buat aktiviti terlarang ke.
Bukan g clubbing n mabuk-mabuk.
Lepak mamak or main pool je.

*ilang skil main pool*

Sobss..sobbss..
Kena lepak ni nanti...(tak sudah-sudah, tapi entah bila nya).
Oh, boleh-boleh..bila OH sibuk ngn lawatan office de. Aku pon nanti sibuk la dating ngn dorg.

AH, sudahla...si isz da tuka keta baru. Jenguk aku kat putra pon tamau.



*ISz, entry ni sebenarnya utk awk. Sila baca n dengan harapan akan datang sini bwk sy jenjalan...*

Wednesday, September 21, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya BKPP

Entry bergambar *muntahhijau*



Assalamualaikum & Hi.

Okay semalam, aku n staff bkpp ada jamuan hari raya. Maka memasing pon bergaya lah dengan baju raya memasing yg superglameriouciousssss. Abaikan tatabahasa aku.


Aku pon pakai apa yg ade.

So layan pic yg tak-seberapa-ni.



sumpah banyak makanan-


soto *my fav*

nasi beriani with ayam masak merah + daging

laksa johor

lemang

rendang daging

satay ayam n daging

nasi impit

kuah kacang

roti jala

buah-buahan

puding

air-air


tah, ape lagi tah. yg aku makan hanye la beberapa ketul je.

sebab selera tak mengizinkan (walhal kau da santak kaw2 semalam an an an?)


pic bersepah. Layankan aje ye. Ni da saat-saat akhir majlis.

from L-R : me-emma-dak ila-amalia-k.su
amalia-emma-me-aida-dak ila-k.su & k.leha
MerdekaRaya namanya. Harus ade bendera.

haha.pic sama kan?

time makan. Aku tatau kenapa aku mesti senyum camtu. Sorok lemak kat pipi+dagu mungkin....



okay. Abis.

Perut kenyang. Hati senang.



Semalam phone bunyi da petang-petang, laju aku bgegas nak jwb. Igtkan ape lah... pasal rumah.

Isskkk...igtkan da leh dapat rumah. Rupanya belum... then tunggu gak panggilan dari seseorang, pon xde.

*high expectation*


kecewa?

tidakkkkk..saya masih meneruskan kehidupan. hahaha.


Hari ini aku puasa lagi, tinggal lagi 3 hari. Oh come on..u can do it! Every year ko senang je kan..this year cam banyak halangan. Berbuka, tempat biasa. Makan nasi minang.

Lauk? Same je ok..


nasi+ayam rendang+kuah kari+begedil.


everyday tanpa MUAK. Please lah, aku tgh bagi moral support kat OH ni. Berat de kan 57KG. Dulu penah cecah 68KG. Tiba-tiba drop berat sebab sakit.


And de target 70KG by nextyear. Berhempas pulas encik tunang aku nak membesar.

Tapi de cakap, hujung tahun ni. Harap-harap berat de naik 60-63KG. HOPE SO lah.... tp tengok dari segi cara hidup de, akan naik kot berat. Dah kau kat opis asik mentedarah, kerja dlm aircond..dah penat-penat kerja berat. Makan....


Biar gomok otot jgn gomok gelebeh katanya; perli aku lah tu!

Ape-apelah, asal kau senang hati.

Eh eh, btw aku da mula start balik la sakit lama.

Bukan sakit apa, aku takleh tido. Masuk ni dah seminggu. Menderita betul rasanya.

Mata aku xyah cakap. Berlipat-lipat.


Bukan setakat kira biri-biri, ayam-itik, gajah semua aku kira. Doa tido pon dah. Tak gak lelap-lelap.

Pastu siap resah jerr..

*sebenarnya suh ko solat sunat tu*


Nak je g klinik, mintak ubat tido. Boleh ke?

Monday, September 19, 2011

clock's ticking fast...

Assalamualaikum & Hi.


Kejap aje masa 3 hari tu berlalu kan?

Isnin, hari malas. Super malas ye.


Mcm biasa, aku godek-godek blog sane sini.

Lepastu pening.



Cite nya skang, aku sedang menunggu rumah sendiri.

Bila la agaknya aku nak merasa deco umah sendiri ni.

Ngeh ngeh ngeh.



Mcm-mcm benda dalam kepala otak aku ni duk plan.

Oh ya, today aku berpuasa. Memandangkan lastweek aku sakit. And last 2 week aku period.

So minggu ni kasi abis. Sempat kan?

Fine last minit.


Uhhh..

sedang menunggu panggilan dari seseorang yang akan membuatkan aku senyum lebar selama 7 bulan.

Haih..



sejok gila dah opis ni.

Aha, aku pakai baju baru n tudung bawal.

Btw baju raya mak aku, dapat free cuz beli kain bpasang-pasang. Then mak pon terus antar jahit.

Besar, so de bagi aku.

Aku mcm...BESAR. ye anak mak memang besar. Sob sob...

*mcm macik macik da*


Yg tudung bawal plak keras..semalam da rendam-rendam, bejet lembut la..heee..takde nya. Bawal tu aku dapat masa bulan posa. Baru thegeh2 nak pakai.


Ala, kesah ape..gi kerja je pon. Tengs mak.

Hiks..

Thursday, September 15, 2011

Thursday the Black

Assalamualaikum & Hi.


Woott..aku masuk opis cam biasa, semalam balik jam 12.05am.
Aku semangatkan diri ni, happy happy kan diri. Sebab esok da cuti.


Lagi satu, my boss kursus 1 bulan babe.
So aku xde boss n freedommmm va va vooommm!..


Pasti boring.
So dikesempatan bos takde, boleh la diy ape2 yg patot.

Tapi ape yg nak di diy kan?


Oh ya, tadi ade majlis sambutan hari raya unit H & M. Mcm biasa la, mewah dgn makanan. Yg terbaik adalah soto. Fuhhhh..cili kicap de mang berapi. Sedap sgt!


Alhamdulillah, kenyang perut. Rezeki namanya.


Okaylah kawan-kawan. Selamat Bercuti & Selamat Hari Malaysia.


Aku nak sambung buat surat. Bye bye


Take Care~

Wednesday, September 14, 2011

so in love

Assalamualaikum & Hi.

Camne? Ok? Aku? teruk sikit, tapi ok la sikit setelah gi kenek.
Mood? fine and mcm terganggu sikit bila dgr lagi cerita PANAS lagi HOT ttg si akak yg alim.
Lantak-kau-lah macik. Muda-muda da jadi macik, da tua jadi ape? maik!
den bagiak ang!

Meroyan la sorg-sorg. Tak koser aku nak melayan. Penat.
Lagipon org da tau sape diri de yg sebenarnya. Bile kita layan, ha same-same la jadi bodoh..*baruak gadang*

Aha,
Takpe, aku dah cool. Aku mang cepat cool.

Sesambil duk tgk 'benda' yg menarik tumpuan hati aku sejak beberapa bulan ni.
Haih...nangis.

Nafsu..nafsu.
But how?

:-(















































































































































*melt*
Canon 60D.

Urgh..if aku ni girlish, dgn harge sebijik 60D tu dah puas soping baju+handbag+kasut.
Or downpayment motor?

haha...girlish sgt la aku ni.

Cam good-good je aku kan? Walhal sebiji pic yg aku amik takde pon ditepek kat sini.

Kraken pon selalu aku guna, cume..well..pc opis kan? Malas la... kang kat uma, berebut2 memasing laptop nan 1 tu. So just simpan baik-baik dalam hard disc.


sad kan? hanya mampu bermimpi di siang hari.


la ni aku still kat opis, kerja keras kumpul duet...tp lek ar, bulan september kan bulan enjoy2.

Next month pon enjoy lagi ape.


OH da duk kat bawah opis aku. Dari 6.30pm sampai - 11pm waktu skang. Gila kentang punya setia kan kan kan?


tapi aku letih sebab de sms;


"LAMA LG KE?"


okay, every 5 minutes de sent sms yg same. Mau aku x mental kejap.

Sian de.


syg, tolong lah faham dgn kerja aku ni... pelis pelis *gedik*


Ermm..aha, ade satu lagi cerita. Setelah sekian lama, baru aku sedar yang aku ngn dia da terbiasa berbahasakan diri "AKU - KAU". cuz malam tadi de hantar aku balik. Aku kena sergah ngn kakak aku...


"ape? aku kau? cantik bahasa.."


ops..

cuz rase mcm mesra n rapat bila mcmtu. Fine la, bagi dorg cam aku ni biadab.


takpe..takpe, he's fine. Balik ni nak baik-baik aje dgn de sambil buat-buat tanye pasal kamera.

uh uh uh.



:-(


*sarcastic*


ok nak sambung kerja. Entrytakbermorallagitakdekualiti dr aku. RRZ~

Monday, September 12, 2011

Selamat Hari Jadi Abah

Wish You Were Here....

Three years have passed
I’ll never forget the day
Someone rang to tell me
That you’d gone away

The hurt is the same
Like an open wound
There are days
I don’t utter a sound

Some days the pain is stronger
It makes me sick and weak
I can’t stand this much longer
I just sit here and weep

I’ve shut my private door
And let no one in
Locking myself in a box
They try, but I won’t give in

You were like a rock
Strong, faithful and true
What worth has my life
Now I don’t have you

I was your last born
Daddy’s little girl
I took my own path
But was still part of your world

I was not the best
Guilty of neglect
But you know daddy dearest
I had so much respect

I always loved you
My dad, my star
Now my pain is
To worship you from afar

I love you now
As I did back then
I just hope... one day
I will see you again

I am so proud of you
Brave and strong to the end
Now when asked “how are you?”
There is no need to pretend

We all love and miss you so much, sleep well
and take care of all who went before you

Forever in my heart




If abah ade, hari ni genap umur abah yang ke-66. Ya, sedih dan kerinduan tetap sama. Makin lama, makin rindu. Semoga Abah tenang di alam sana bersama org-org yang soleh & solehah. Amin.

Thursday, September 8, 2011

Down terus

Salam & Hai.


Khamis sudah. Camne? Sihat?..

Aku batuk balik n semput.


Padanla muka, mandi tgh2 malam pastu siap syampu rambut. Baring kepala betul2 mengadap kipas.

So hari ni keadaan takde la sebusy mane. Baru siap pinda-pinda ni.


Semalam 1st time OH masuk opis aku. Haha.. kagum jugak lah.

Balik awal, dalam 8lebih.


Ok, aku just nak cite psl 'sifat'.

Kadang-kadang aku pelik org-org ni yang suke menelek badan kita. I mean, tukang kire size+berat.

Semalam aku terkena. Tapi this time, rase mcm down gila.


Fine lah, aku pakai kebaya. But idak la ketat. Longgar gila (bajet kurus).

Dari belakang, ade org tegur;


- eh..awk raya ni nampak berisi ek?-


aku mcm tkejut. Hakikatnye aku dah pon kehilangan berat badan akibat sakit+demam ni.


- takde la, raya ni sy demam teruk. Tak makan pon..berat kurang kot -


- takdela, punggung/bontot awk nampak lebar plak. Tu lah akak tperasan...lebar plak pas raya -



tskkkk.. kejam? kejam kah. 1st time bontot/punggung aku jd isu. Selalunya ttg size badan aku. Tapi aku positif je, mesti akibat aku pakai girdle yg dari peha tu buat bontot aku jadi lebar n up...*sedapkan hati*.


citenya. Adakah itu memang hobby korg? Mentafsir size+kelebaran punggung+berat badan para wanita lain?

sumpah aku tacing.



wo wowo wo...


bila tacing, mula la tanye soalan repek2.



- bontot aku besar ek? lebar sgt ek? -


- kau ni kenape? ok la tu ade bontot dr takde -


- ade org tegur bontot aku besar lebar wehhhh -


- hah? sape yg suke sibuk tgk badan tunang aku ni? -


- ade la org tu...... tu aku tanye, besar ek? -


- bodoh la ko ni, len kali jawab la balik..kalau aku yg kena td..mang aku jwb kaw2 -


- aku hormat org -


- ahh ko suke org bodoh2 kan ko...lau aku "haah, bontot mcmni la idaman para suami nanti, boleh do&&y. Ko jeles kan kan kan? sbb laki ko xnak do&&y ko cuz bontot tak best" -


- wehhhh! gila.. hahahahahahah -


- hahahahahahaha...len kali jwb mcmtu tau, tak paham aku nape sebuk psl bentuk badan org. Bentuk badan de tak cantik la tu yg duk tegur ko tu -


- ontah..whatever la.. -


begitu la kesahnya. Okay la, dah jam 1pm. Nak lunch makan gardenia je. Kang makan byk kang, bukan je bontot naik. Semua naik...

Wednesday, September 7, 2011

wednesday yang messy

Salam & Hai.


Rabu.

7/9/2011. Kejap je dah September kan? Pejam celik, pejam celik da nak berakhir 2011. Ok, tipu. Ade lagi 2 bulan lebih.


Dan dah sepatutnya, aku kena lupakan dua bulan terakhir ni untuk fokus 2012 punye hal.

Mean, hanya ada 4 bulan saja lagi untuk aku berjimba-jimba-babun.


So far ape yang aku dah buat?

hahaha.. aku hanya duduk n blogwalking je ke b2b nye blog. Sibuk2 tgk persiapan mereka. Nampak seronok, nampak ade yg pening.


Malasnya nak buat apa-apa.

Lau duet ni banyak, haih laaa kan. Contact sane sini pastu goyang kaki *berangan*.

Yea...aku kan last minute punye manusia. Jenis tak amik port...selagi belum kena tiaw, boleh la aku berperilaku mcmni kan kan kan.



Tapi nak settlekan dulu kursus.

Da settle, baru sibuk nak me-mlaning mcm2.


Oklah. Nak sambung buat kerja.

Daaa~

Tuesday, September 6, 2011

Rumah

Assalamualaikum.
Yeah.

Macam mane dengan hari anda?

Aku PMS, bosan plak. Tido cukup, sebab semalam OH paksa makan ubat.
Ceh. Keji gila bile de kutuk aku penakut sebab de makan ubat, letak 3 pil n telan sekaligus.

Hey macha, u igt i takleh buat ke?

aku pon buat, sambil tu OH tah buat ape tah.

aku minum air.

-weh, ko tipu..mane ubat? ko buang kan?-

-agak-agak ar, aku telan sekaligus. Igt ko je boleh buat?-

SENGIH.


lempang nak?! So aku tido dgn kusyuk.

So today, aku nak share sesuatu boleh?...takde, aku memang syok sendiri ni. Type-type blog utk bacaan sendiri.

actually kisah ni sesuai mase bulan Ramadhan. Tapi takpelah, utk share cuz mase Raya 1st ritu, Abg Long cite ttg kisah N ni. Btw, Abg Long selalu share ngn aku kisah-kisah n cerita-cerita tauladan ni. Memang sejak aku kecil, aku membesar dgn cerita2 de.

Meh la bace, kalau sudi... *aku cakap kat semut2 ni*.




Kisah Nafsu


Apabila nafsu dicipta oleh Allah, maka Allah pun bertanya kepada nafsu.



"Siapa tuhan kamu?"



Nafsu menjawab "Tidak tahu"
Maka nafsu pun dihumban ke neraka selama 70,000 tahun.
Selepas hukuman itu, nafsu dikeluarkan dari neraka dan ditanya.



"Siapa tuhan kamu"



Nafsu masih menjawab, "Tidak tahu".
Kemudian nafsu dihukum lagi selama 70,000 tahun di neraka.
Selepas selesai hukumannya, nafsu ditanya lagi.



"Siapa tuhan kamu?"



Nafsu masih menjawab "Tidak tahu".
Kemudian Allah memerintahkan nafsu dihukum di neraka selama 70,000 tahun lagi dan tidak diberi makan.
Selepas 3 hari nafsu minta dikeluarkan dari neraka dan mengakui Allah adalah tuhannya.
Hebatnya puasa. Tidak makan boleh menundukkan nafsu. Ambilah kesempatan di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk menundukkan nafsu kita.

Sumber - Tazkirah Ramadhan - CPNI - 24.08.2009




Maka, cerita hari ni adalah tentang NAFSU.



JIHAD PALING BESAR MELAWAN HAWA NAFSU



Semua maklum bahawa hukum berjihad adalah wajib, tetapi bagaimana kedudukannya dalam Islam? Di dalam Islam kedudukan jihad jatuh nombor tiga setelah rukun Iman dan rukun Islam.
Mengapa jihad itu dianggap besar? Setelah Rukun Iman dan Rukun Islam, jihad adalah yang paling utama, dia menjadi nombor satu, dia jadi besar. Mengapa?


Kita cuba ambil satu ayat Quran, Allah berfirman, "Innallahastara minal mukminina anfusahum waamwalahum liannahumul jannah. "
Maksudnya, "Sesungguhnya Allah akan membeli pada diri orang-orang beriman itu dirinya dan harta-hartanya dengan balasan syurga ".


Itu tawaran Allah, karena jihad itu besar maka disuruh beli. Jihad itu ada yang lahir ada yang batin. Dari segi lahirnya jihad menentukan hidup mati Islam. Kalau ada jihad hiduplah, kalau tidak ada jihad matilah. Dari segi batin, jihad menentukan seseorang itu terbangun insaniahnya atau sebaliknya. Tidak ada jihad punahlah insaniahnya.


Jihad secara lahiriah semua sudah tahu iaitu membangun ekonomi Islam, membangun sistem hidup Islam, membangun pendidikan Islam, membangun kebudayaan Islam, membangun kesihatan Islam, berperang jika terpaksa dan lain-lain. Tetapi Rasulullah SAW sangat menekankan tentang adanya jihad yang batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ?"


Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)


Rasulullah mengajak kita untuk meninggalkan satu peperangan, satu perjuangan atau satu jihad yang kecil untuk dilatih melakukan satu perjuangan atau jihad yang besar iaitu jihad melawan nafsu. Orang yang berperang melawan nafsu ini nampak seperti duduk-duduk saja, tidaklah sesibuk orang lain, tapi sebenarnya sedang membuat kerja yang besar iaitu berjihad melawan nafsu.


Melawan hawa nafsu atau mujahadatun nafsi sangat susah. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan bisa kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Karena itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalat sekehendaknya.


Nafsu jahat dapat dikenal melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah. Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sum'ah, riya', ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak bicara, banyak makan, hasad, dengki, ego, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, pemarah, tamak, serakah, bakhil, sombong dan lain-lain. Sifat-sifat itu melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita malas menggosok sifat itu akan semakin kuat dan menebal pada hati kita. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka hati akan bersih dan jiwa akan suci.


Nafsu itulah yang lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat mempengaruhi seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah 'highway' atau jalan bebas hambatan untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan, akan membesar, maka semakin luaslah 'highway' syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH sangat jahat.


" Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan "
(Yusuf: 53)


Dan ini dikuatkan lagi oleh sabda Rasulullah; "Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu ".


Nafsu inilah yang menjadi penghalang utama dan pertama, kemudian barulah syaitan dan golongan-golongan yang lain. Memerangi hawa nafsu lebih hebat daripada memerangi Yahudi dan Nasrani atau orang kafir. Sebab berperang dengan orang kafir cuma sekali-sekali.


Nafsulah penghalang yang paling jahat. Mengapa? Kalaulah musuh dalam selimut, itu mudah dan dapat kita hadapi. Tetapi nafsu adalah sebahagian dari badan kita. Tidak sempurna diri kita jika tidak ada nafsu. Ini yang disebut musuh dalam diri. Sebahagian diri kita, memusuhi kita. Ia adalah jizmullatif - tubuh yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala, hanya dapat dirasa oleh mata otak (akal) atau mata hati. Oleh itu tidak dapat kita buang. Sekiranya dibuang kita pasti mati.


Nafsu adalah penghalang yang besar. Kalau hendak solat bukan mudah untuk mujahadah. Akhirnya terlambat solat subuh. Siapa yang membisikkan kepada kita? Itulah nafsu. Bukan mudah hendak berjuang dan berkorban. Bukan mudah hendak sabar apabila berhadapan dengan ujian. Bukan mudah untuk sabar, tidak berdendam dan membalas kejahatan musuh dengan doa dan kebaikan. Bukan mudah sebab nafsu tidak mahu. Begitu juga tidak mudah untuk menahan marah dan hendak memberi maaf orang yang berbuat salah dengan kita? Kita rasa terhina hendak memaafkan orang yang bersalah dengan kita. Lebih-lebih lagi kita yang bersalah, hendak minta maaf lebih sukar lagi. Terasa tergugat ego kita. Lebih-lebih bila ada jabatan dan pengaruh. Bukan mudah untuk ikut syariat, jika nafsu mengatakan jangan. Sebab itu barang siapa yang berjaya melawan hawa nafsu ia dianggap wira, hero atau pahlawan. Dianggap orang berani dan luar biasa. Sebab itu ada Hadis yang mengatakan;


"Tidak dianggap seseorang itu berani bila ia dapat mengalahkan musuhnya, tetapi dianggap berani, jika seseorang itu dapat melawan hawa nafsunya."


" Bukannya seperti yang terjadi hari ini, gelar "Tokoh" atau "wira" yang dikurniakan kepada seseorang, bila kita tinjau kehidupan mereka, kebanyakan mereka yang sudah dikalahkan oleh hawa nafsu. Itulah wira yang palsu. Wira yang sebenarnya wira ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya. Inilah yang dikatakan pejuang yang hakiki. Selama hawa nafsu tidak dapat diperangi selama itulah seseorang tidak akan tertuju kepada ALLAH. Tidak akan dapat benar-benar berkhidmat kepada ALLAH. Tidak akan jatuh cinta dengan ALLAH. Tidak akan memberi ketaatan yang sesungguhnya kepada ALLAH. Kalau nafsu tidak diperangi, tidak akan dapat hidup dalam kebenaran. Hidup dalam pimpinan ALLAH. Firman Allah dalam Al Qur'an maksudnya :


"Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu karena hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan Kami. Sesungguhnya ALLAH itu beserta dengan orang yang buat baik".


Ini jaminan dari Allah. Siapa sanggup melawan hawa nafsu, Allah akan tunjukkan satu jalan hingga diberi kemenangan, diberi bantuan dan tertuju ke jalan yang benar. Inilah rahsia untuk mendapat pembelaan dari Allah.


Ertinya mereka mendapat pembelaan dari Allah sejak di dunia. Jadi siapa saja yang sanggup melawan hawa nafsu, dia adalah rijalullah (orang Allah, keluarga Allah, kepunyaan Allah, tentera Allah) Siapa yang menjadi kepunyaan Allah atau tentera Allah, dia akan dibantu oleh Allah. Tapi selama belum menjadi tentara Allah, sebaliknya menjadi tentera manusia atau tentera syaitan, Allah akan biarkan. Kalau diberi kemenangan, atas dasar kuat, bukan atas dasar bantuan. Manakala yang lemah akan diberi kekalahan.


Jadi seseorang itu mesti sanggup melawan hawa nafsu. Kalau tidak, banyak ajaran Islam yang terabaikan, banyak perintah ALLAH yang dilalaikan. Bila tidak dapat melawan hawa nafsu, banyak larangan ALLAH yang akan terbuat. Jadi hanya dengan melakukan mujahadatunnafsi, barulah ajaran Islam itu dapat kita amalkan sungguh-sungguh dan barulah maksiat lahir dan batin dapat kita tinggalkan, karena nafsu yang sangat menghalang itu sudah tidak ada lagi. Nafsu itu sudah kita didik, sudah kita kalahkan, dan sudah menjadi tawanan kita.


Sumber : www.astech.com.my



Dan aku tak nafikan, aku selalu kalah melawan NAFSU. Standard lah perempuan, NAFSU membeli dan membazir. Nafsu nak makan itu lah, makan ini lah. Nak beli tu la...yg ini lah. Pantang nampak.


So, ini je yang aku nak share utk hari ini.




Monday, September 5, 2011

7 Syawal

Salam n Happy Monday.




Dah mula bekerja walaupun malas. Oh.

Today OH pon da start kerja.

Sonok cuz for the 1st time g kerja sesama n satu laluan. Alhamdulillah.

Aku xde benda menarik nk share.




Raya mcm biasa. Tiada yg spesel melainkan demam selama 6 hari til now.

Kena makan dek nyamuk.



Pokai.


Bosan tu terutamanya lah kan.


Maka pic raya pon xde.




Useless me~

Okay la, ade pic cebisan-cebisan thru my fon.




hero-hero ku~ ramai anak buah aku. Ni 2-3 kerat je



Raya. Mula bertudung, lepastu tudung terbang. OH sampai masa aku duk salam-salam raya. Then tanye soalan cepuk-emas.


"apesal kau bukak tudung?!"

"panas-"

"Neraka lagi panas........"

Fine.


Malam nak raya. tgh malam anak buah n akak aku duk buat lagi kuih n kek. Rajin. Aku? Da name pon demam. Cantik x corak kat tangan aku???? Mekasih encik nyamuk!



makanan lastlast puasa.



ha, ini je entry aku. Boring kan? Like me.


Bye~