Thursday, March 31, 2011
Khamis
Wednesday, March 30, 2011
faham tak aku stress
*mood swing*
Tuesday, March 29, 2011
Selasa
Wednesday, March 23, 2011
nak puisi2 lah;
RABU
for the 1st day job ni diambil oleh ema. Hiks, tak bermakna aku takde kerja. Kerja baru yg aku hadap. Sobsss...
susah bila rombak2 tugas ni.
:-)
*hope semuanya terbaik
Tuesday, March 22, 2011
mimpi
Pengidam yang overr
aku mang getis lately ni. Harap ampun...ni muka mengidam Durian namenyeee.....
so semalam other half jemput aku, heboh psl nak upgrade basikal. jadah kau, basikal baru 3 hari..kau nak upgrade2..lempang tahu la..
"nanti abg kayuh basikal sampai putrajaya...rosz pikap abg ekk..pehtu antar abg balik semban balik"
aku jeling je...hahaha..beli basikal ea..sampai kat 1k ea...haihhhhhhhhhhh! ni nak kawen ke nak ape ni? x reti simpan duet kot?....
so aku biakan de dgn angan2 murni de. Alaaa..xpe la de maen basikal dr de main menatang lain?betul?...menyihatkan badan...kahkahkah~
Balik terus g pasar malam.
"ehh mane kau tau kat situ ade pasar malam?????" - harap maklum, tunang aku sewel sikit. Kejap aku, kejap abg...
"aku tahu laaa..muaaaahahahah"
"okok, beli durian ye..nak beli bape? 2kg cukupla ea..?"
"aku nak sikit je, bukan banyak..dapat sebiji pon ok"
sampai la kami..walaupun hujan. Ehh..pelik, mase aku kat lori durian tu. Takde plak org, aku nak beli je..tibe2 bduyun plak..terus tak sempat pilih2..abg tu yg pilihkan...3 biji n kupikkan...
Toinkkkkkkk... 5kg dik.. RM49~
Other half byr dgn riang ria..tapi aku terkebil2.. rm49??????
pastu de bebel2..
"ahh kau takyah nk kedekut ahhh dgn makanan..makan je la..."
"series ek..tak sedap, keras..aku campak balik kat abg tu" - standard la, emosi org piyed..
.
.
.
.
.
.
.
.
3 biji - 5kg = RM49
fuuuuuuuhhhhhh...terbaeekkkk lah...lembut gileee n sedapppp
settle x sampai 8 minit. Hahaha
then g Giant, beli2 barang...ok, lepak ERA sambil melantak eskrem..tgh2 sejuk tu..gile.
balik.
citenye, pad yg aku beli tu..dalam plastik tu...nape kau angkut sekali??????!!!!! eeeeeee buat kemarahan aku betul tahu x!
malam tadi baru aku pasan plastik yg aku beli pad tu takde!
urghhhhh....sengal tul de tuh!..nak marah, memang marah...tapi tu la deh~
Monday, March 21, 2011
Subhallah
akhirnya
nyummyyyy...gile sedap..rase duriannn sesungguhnya.
ni adalah makan semalam..sian aku tinggal sorg, maka aku memasak di JJ semban. Fuhhh bapak punye bosan. Tatau mau makan ape. Buringggg..semua full. Yg ade..kodai joni jekkk..
Karangan saya hari ini
Haha..poyo abis,
Aku tgh bosan ni...tibe2 dtg idea nak update blog psl manusia yg hobby de buat kuih TALAM.
Bukan bermakna aku baik, but aku sendiri sedang mencuba untuk jadi baik. So sharing is caring la ni.
Sambil-sambil belajar balik buat karangan. Hahaha..masa sekolah dulu karangan aku mesti terbaik. Series, aku tak tipu. Tapi itulah hakikatnya. Bagi la tajuk karangan BANJIR, SESAT DI HUTAN, CERITA SERAM... cerita kan pengalaman anda sewaktu detik2 itu;
xoxo. Over ok..dah2 tuka balik topik asal.
As we know manusia ni kdg2 bermacam ragam. Ade yg lurus, ade yang bengkok. Ade yang boleh dipercayai n ade yg langsung tak boleh dipercayai.
Ade yg SUKA SANGAT tikam belakang dan ade plak yg tak suka tikam. Yg tak suka tikam belakang tu, Alhamdulillah lah.
Tahu tikam?
alaaaa..yg bermuka-muka tu la.
Bagi aku lah kan, manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya.
Kenapa bahaya? Sebab manusia mcmnilah yang boleh buat satu-satu hubungan berpecah belah. Yelah, mau tak nya? Bermuka-muka bukan satu malah boleh jadi beribu2 muka. Hiksss...
Yang ni cite lain, yang sane cite lain. Yang sinun cite lain. Jadi???
Talam ni kan depan kita de baik sangat-sangat, but dlm masa sama de boleh jadi manusia yg lain...
(Haah..da satu keja plak an nak kenalpasti org2 yg berperangai cmni)
Tak dinafikan, aku pon pernah talam. Tapi niat aku nak cover, takkan disebabkan yg A ckp B cmni. Aku g sampaikan kat A & B.. kan da bleh buat org bergaduh lau gitu?
Betul tak?
Maka talam aku adalah dgn mendiamkan diri, angguk kan ape je A ckp kat B, and senyum je ape B ckp kat A..
Ok, sambung balik..Manusia talam dua muka ini bukan boleh dipercayai sbb depan kita bukan main baiiiiiiiik lagi..fuuuuuuhhh fuhh fuh. Tapi belakang kita, habisss dia fitnahkan kita.. jaja cite tu la, cite ni lah. Macam cite lah, siap korek-korek lagi plak tu. Kira sepesis kepoh-chi gak ni an...pastu kecoh2 kat org lain siap tokok tambah cerita lagi.. Bravo lah akak, abang..adik..
*mekasihhh lah, terus ai rase glemer bila ade org sudi nak heboh2 kan cite ttg ai... T_T
Talam dua same maknanye dengan hipokrit, suke berbohong untuk menutup pekung di dada.. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai MUNAFIK.
Tahu ape MUNAFIK?
nanti kat bawah tajuk ni ade penjelasan nya...
Berkenaan ngan kuih talam muka ni plak, memang manis mulut dia beri pujian sane sini but at the same time de boleh menjadi musuh bila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya satu je, nak beli jiwa/hati orang diatasnya tu supaya leh jadi kawan baru de. Kawan lame? hahaha..haruslah de lupakan. Perlu ke ado orang2 cam kau ni? tak kelassss noks (pandai je aku buat skrip sendiri)
-aku pernah terkena..selalu terkena...hahaha.-
1. Munafik iktiqad iaiatu pegangan terhadap pokok persoalan iman bersikap dan bersifat nifaq atau penipuan maka golongan ini kekal dalam neraka, sekiranya mati tanpa bertaubat kepada Allah dan memperbetulkan semula iktiqadnya.
2. Munafiq amali iaitu amalan-amalan dalam ibadatnya bersifat nifaq atau penipuan seperti beramal kerana seseorang atau sesuatu selain Allah. Golongan ini melakukan dosa yang memerlukan agar bertaubat kepada Allah. Mereka akan dimasukkan ke syurga sesudah diazabkan dalam neraka.
Semalam tgk Unknown. Sabtu tgk Rango.
(lau kumpulkan balik tiket2 wayang tu, sah da boleh kawinnnnnnnnnnnnnnnnn)
Ahaha. Tak kelakar~
skang ni citenya, aku bekpes mkn sandwich yg aku beli kat R&R semban td MASAMMMM..terus aku konpius, aku makan sandwich ke atau aku makan ASAM ni?
huhhh!!!!!!!!sah lh da x elok.
Saturday, March 19, 2011
gigih gagah gajah
Friday, March 18, 2011
world invasion : battle los angeles
Gila punye tak sabar-sabar. Akibat tak puas sangat tgk wyg lastweek..
semalam layan cite BLA.
best!
mcmni baru aku n other half puas hati!
Tuesday, March 15, 2011
padan muka
Friday, March 11, 2011
badmood!
makteh
Thursday, March 10, 2011
Sekadar Renungan Bersama
12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT:-
Barisan pertama:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki.
Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt : "mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu
hidup mereka, mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat
kehinaan di dunia maupun di akhirat". Firman Allah "aku akan memalingkan hati orang yg sombong
serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku (yg
menunjukkan kekuasaan ku), itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"
Barisan ke-2:
Diiringi dari kubur dlm bentuk babi hutan.
Datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yg
memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka
waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk". Rasulullah
saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan
semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud,
berjatuhanlah dosa2 itu
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking.
"Mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu
mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka
adalah neraka"
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta
amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal".
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai
Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman
mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh
manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah
neraka.
Barisan ke-6 :
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan
Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut
Mereka-mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala ke bawah & kaki ke atas
Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah
"tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga
antara mereka"
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh
dengan api gemuruh
Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta
Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan bibir
terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg
menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama, mereka melalui titian
siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg
beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat
lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.. Inilah balasan mereka & tempat
kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt."
BACALAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu :
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran
itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada
setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan
meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin
sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia
meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa
bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam
Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan
setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan
amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya
tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.
Untuk renungan semua,
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia
mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan
dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk
melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal
kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah
mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan
menyampaikan pula pada org lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia
ok, aku mang gelabahhh
Wednesday, March 9, 2011
Paper + Minit
yeahaaaw..
minit?
buat esok.
boleh?...tapi hope esok lek awal sikit..cuz Jumaat stay lagi, Sabtu kerja lagi.
Ujung bulan?
kuar bmw5series.
ok.
aku tipu.
dah lah, nak balik. Other half tgh membebel2 pasal bola kat aku. Payah ni lau dah gila bola. Dgn aku pon kdg2 nak emo.
Gila, cite bola tanpe henti. Tak berdarah telinga kau????
*kes MU kalah dgn Liverpool lah kan*
ghaaaaaa...
I Love u King Kenny~
Rabu
Sedang kenyang, nyesal plak makan. Walhal smyang dulu baru makan, ni kan da tsengkak perut.
sobs.
Takda ape yg menarik utk di kongsi, cume sedikit STRESS.
Standardlah, lau tak STRESS bukan aku lah kan?
so aku akan busy bermula hari ini.
aku akan tumpukan pada kerja aku je.
hahaha.
eh eh.
boring lah... tatau kenape rasa boring.
ok lah, aku nak g mgadap yg ESA.
kang angkatan H balik kang, tak sempat plak aku.
daa
Tuesday, March 8, 2011
Update!
Thursday, March 3, 2011
Pelupa
cthnya,
tadi korg heboh nak cari barang.
dah beria2 cr ni.
sekali ko bleh berhenti sambil;
"ehhh aku nak buat ape sebenarnya??????"
bapak puas ingat, last2 korg nak pitam.
Pening.
ok.
aku sejak 2-3 hari ni, da terlalu teruk.
Aku cepat lupa.
Aku lupa nak cakap.
Aku lupa mana brg2 aku.
now, aku darah tinggi.
Sebab aku paksa otak aku untuk igt balik..............
Tuesday, March 1, 2011
Fai Dear
our team- suhaina je baru masuk geng ni mase form6
she's the One & Only- my Fai. Dari dulu aku ade cite psl de ni.
dan...menten SELIMMM!
congrats dear, for ur engagement! Lawa sgt!