Monday, October 27, 2014

Mydear Warehouse Sale, 22 Okt - 2 Nov 2014

Salam Maal Hijrah 1436H-
Kejap masa berlalu kan dah masuk ke tahun baru dah kita ~

Okay,
Seperti yg sedia tahu, My dear ni rajin kot buat warehouse sale. Dan...terhasut dek rakan-rakan dalam group KIHBM di FB maka aku pon pi terjah bersama partner pregnant ku, si BB.

Kali ini ada MISI. Itu yg penting- Takde misi serius blur.
Memandangkan pergi masa lunch hour Jumaat, nasib tak ramai sangat org berbanding pergi Sabtu/Ahad (ohhh memang tak lah..) itupun ramai cuma masih terkawal dan mampu lagi bertabah tgk barang.

Layan gambar (kali ni tak ambil banyak pic)

baju-baju banyak juga kali ni

our mission- basikal/push car

niat nak beli juga buggy stroller--tp tunggu lah dulu

murah2

tilam semurah rm30--ok lah kalau nak hantar ke BS



Barang macam biasa ajelah tapi yg menarik perhatian aku adalah keadaan di hujung khemah warehouse tu. Mula-mula mcm blur, apa benda yg dorg duk berkumpul tepi tu-- rupanya ini yg bebudak dalam grup FB cakap tu;

Yelah, pelik dorg dok post2 pic harga stroller/carseat below RM100-- tak terkejut pulak kan? dah 3/4 kali pergi warehouse ni mana pernah aku jumpa stroller harga macamtu. Musykil, finally terjawab..rupanya dorg tunggu barang2 dipunggah dari stor- masa tu keadaan mcm ribut sikit tapi since weekdays kan okayla takde la istilah bersesak-barat kat situ. Kwn aku sempat capai dua basikal yg baru kuar dari stor (forklift yg angkat) masa tu pekerja2 mydear akan angkat barang, siapa nak boleh ambil dan... masa tu lah kau nak bargain brg yg kau dapat tadi dekat Uncle (tokey). Ikut luck & mood uncle. Tp yg pasti memang murah.

Aku pon tak ketinggalan, bila pekerja tu bwk masuk carseat--aku pon angkat tangan. Dapatlah sebiji, tp masih ragu-ragu sebab ada yg beli carseat yg sama dengan harga RM180-RM200. Aku pegang dulu carseat dengan harapan boleh tunggu next batch, mana lah tahu ada carseat colour hitam+merah (alang2 nak sama dengan stroller NW). Tapi lama sangat, sebab barang-barang yg banyak masuk seperti stroller+basikal+motor bateri+playpen. Dekat sejema lebih menunggu (ala-ala happy hour), lastly aku nekad. Biru pon okay lah--

saat debar nak pergi tanya harga dekat Uncle.

Yes- time aku pergi uncle tengah gelak besar2. Elok2 time aku nak tanya, aku sorg2.

aku : Uncle, berapa eh carseat

Uncle : ini aaa (sambil angkat carseat yg berplastik tu kat atas meja..then dia pandang muka aku)..i kasi u seratus lah

aku : okay, tengkiu uncle (dengan wajah berseri2) 

Lelaju aku pergi dekat BB, ajak balik then usha harga push car- yay, RM50. Angkut sekali. BB pon terkejut tak sangka aku dapat harga carseat RM100. Berbaloi lah aku dok tepi tu tadi-- hehe.

Seriously, happy sangat-

p/s : dapat kenal kwn baru kat sana. seronok--dorg pon best2 sambil tunggu sambil borak, sporting even memasing baru ku tahu gred 44!

last not least.

hasil berada sejam lebih di My Dear Warehouse
woha tak sabar nak suprise kan NW (tah nak ke tak dia duduk dalam tu)
tada!

Happy, akhirnya dapat juga carseat--even target asal nak beli SweetCherry je. Takpelah--seratus oih, siapa taknak. Imma cheapskate mommy but who cares. LOL.

Dan pic pagi tadi..
my lil star happy duduk dalam carseat! yay-- Alhamdulillah..setelah 9 bulan tanpa carseat. Rasmikan carseat baru dia pagi tadi masa hantar ke BS. 

Sekian, ini ajelah kisah My dear tu-
Apa-apa just tinggalkan comment.
:-)


Rasa macam nak pergi lagi..tp takde benda nak dibeli. Heh.





No comments:

Post a Comment