Wednesday, December 3, 2014

Denggi?

Salam.
Lama tak update, lama tak round..bukan apa. Sibuk sikit.
Haha.

Baru berjinak dalam meniaga kecil-kecilan. Meniaga apa? Alaaa klik ajelah link ni.

LoveMeMunchkin

Nak dapat harga murah, mention je ya.

Btw baru sihat dari DENGGI, yes. Ingatkan demam biasa je, sadly day-5 baru diagnose denggi.
Biasalah dok tangguh2 dari check darah. Sekali rashes habis satu badan baru nervous tak pasal-pasal.
Demam mengejut dari 24/11/2014 itu hari. Tetiba pulak tu masa kat office, takpelah.
Balik amik anak terus rasa mcm FLAT--
Anak pon demam. Bawak gi klinik, 38.8c. Balik dari klinik aku dah start mengigil satu badan.
Kaki badan semua lenguh & sakit.

Selasa tu MC sebab--40c suhu. Balik tu baring & tidur. Doktor suspect denggi, so lagi DUA hari tak okay. Check darah.
Rabu - Khamis pergi kerja mcm biasa walaupun rasa mcm sakit gila tapi hidup masih kena teruskan. Ahaha..Jumaat pon pergi kerja cuma rasa mcm tak sedap hati bila bintik-bintik merah kelihatan. Penuh berlimpap kata org nismilan.

OH paksa pegi klinik. Sah denggi bila platelet darah turun & sel darah putih semakin rendah. Maka, 5 hari direct mengadap klinik kesihatan presint 9.

Rimas--cucuk2 macam masa preggy dulu bezanya payah gila darah nak keluarkan. sampai 5x cucuk. sobs

Alhamdulillah, semalam doktor cakap takyah amik darah dah. Yayy! Hari ni baru gigih ke ofis walaupun kepala masih weng. Baru aku tahu keadaan kena DENGGI. Badan lemah- tapi syukur sgt sebab diberikan kegagahan men'handle si kecil yg makin BUAS.

Okaylah--itu aje latest story.


2 comments:

  1. Rosz, syukur kamu sudah sembuh dr Denggi, dan diberi peluang utk menjaga si kecil Alhamdulillah... so, jaga diri sendiri byk2 okey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, thanks akak..due bila ni? hehe

      Delete