Monday, June 30, 2014

Review MyDear and OKBB

Salam Jumaat.

Ok hari ni saya nak review sedikit pasal kedua2 Warehouse.
carseat murah! playard.
okay..biasalah, deretan stroller+carseat yang harga memang murah+berbaloi
baby carrier yang aku rasa okayla.mungkin bukan "tujuan" ke mari. so far, still murah and cantik especially tobby.co tu
walker yang menarik hati- tapi i cut cost gitu.. kedekut
ok, kasut comel. banyak pilihan kali ni berbanding  pergi last year
woohh..x sabar tunggu NW besar! btw walker tu comel sgt..tp, memang bukan budget saya nak beli walker up rm120..*ohh kedekut sgt ibu niiii..

So far dekat My Dear, puas hati cuma saya rasa mcm barang dia tak banyak kot. tp saya terbeli sleepsuit kat sini. Haha so tercapai  lah hajat walaupun hakikatnya saya nak beli "pool"... Banyak lagi barang2 yang sy tak ambil gambar nya. Korang2 boleh pergi tengok sendiri ye. Best, benda murah..mestilah best kan? Tipu la org Malaysia tak suka barang murah. Safety gate murah, comforter, playpen, baby coat, playgym, rocker, bantal, tilam, buaian..eh memang seronok la kalau mommy2be menjengah ke sini. Nak2 plak 1st time mommy kan.

Lepastu, niat nak balik. Saya terpandang banner OKBB- eh, saya dan kawan terus on GPS..yeay, rasa mcm 9 minit perjalanan dari My Dear tu tadi. Wah sampai kat sana, RAMAI org ok..seriously.

Even 1st day, orangnya sangat ramai. Kecewa bila tengok baby yg masih merah mak/ayah dukung siap nangis2. Sedih hati. Saya sendiri pon tak gamak nak bawak NW. Biarlah duk rumah je nak, besar sikit ibu bawak itupon kalau ayah bagi. Haha.
Actually kan bahaya, sesak2 bawak anak kecik..i mean yg masih dalam pantang. Sakan maknya, pdhal anak dalam carrier kecik je melekap berpeluh2 kepala. Kak, sabarlah kak. Nak shopping pon berpada2..
eh macam taknak beli baju, tapi terrr plak sebab comel. rm5 selai.
Kat sini saya beli wet tissue-80pcs (RM2).. Ala utk letak kat pejabat je. Beli toother (RM5), brush untuk bottle (RM5), baby solid food chewer (RM10), baju. Yg longgok2 tu murah, yg baju lubang2/basahan. Tapi sy tak sempat nak cari. Alahai ruginya..sedih sebab NW nak start hantar pengasuh. Takde baju nak bagi..rasa mcm tak sesuai nak bagi rompers kat pengasuh kan? Murah baju tu, selai RM1-kalau sepasang RM3-jumpsuit/rompers-RM5. Takde rezeki lagi pon terkejar2 nak pulang ke pejabat.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Finally, saya dan rakan terbeli juga. Niat nak beli yg walker atas tu. Sekali round2-- eh, RM30 (no music). Dan yang ini RM40! rambang mata terus. Murah! Oklah, basic walker. Beli meriah-meriah kalau anak taknak duduk pon dah satu pembaziran buat saya. Berapa lama sangatlah NW nak lepak dalam tu. Niat saya, asal merasa. Anak sulung kan?

sian anak ibu, naik2 terus semua benda nak masuk mulut! Anggap ini presie sempena awk nak setengah tahun ye..

No comments:

Post a Comment