Monday, June 9, 2014

NW admitted. Suspect Denggi, Meningitis, Pneumonia & Kawasaki?

Salam & Selamat Bekerja. Happy Isnin uols.

Okay tajuk entry mcm gerun aje kan. Btw, 12 April 2014 yg lalu. My lil star dimasukkan ke wad sebab;

(this is superlong entry)

Start demam 9 April 2014 - pagi tu suhu dia dah 39.9c
kelam kabut tak jadi pergi kerja. Pelik sebab dia okay aje. Tak merengek ke apa. Mlm tu siap memain kot, aktif tetibe je pagi demam panas sesangat. Okaylah, 1st time parent haruslah gabra kan? lap2 dia ngn air sejuk, jaram kepala dia. Then jam 10am terus ke klinik pakar kanak-kanak Bee, Seremban. Fine, suhu dia masih 39.9c. Doktor suruh balik, then dia akan keep on calling utk pantau suhu.

Bagi makan ubat-setiap 4 jam. Suhu dia turun naik. Kejap kang 36.6c siap aktif. Pastu tinggi balik sampai risau.

10 April 2014 - we ol decide bawak ke HTJ - hospital tuanku jaafar seremban. Doktor cakap demam biasa. Normal. Suhu 38c. Okay, lega kejap. Kang panas balik.

11 April - Maghrib tu masih panas. tak boleh jd, pergi klinik pakar kanak-kanak dekat senawang. Doktor tu cakap, better refer ke hospital since panas dia tak turun2. Mintak refer HPJ - hospital putrajaya. Mlm tu terus kelam kabut packing brg Naqiu & terus ke wad kecemasan. Bermulalah kisah...

see..cecah 40c pon ada..pas kejadian, SIL bg thermometer yg digital canggih tu..thanks long

Tunggu punya tunggu, dari jam 9pm. Jam 10pm nama Naqiu kena panggil, doktor check2..then tunggu lagi. Around 11, masuk dalam wad kecemasan tu. Doktor drip dia sebab suhu tinggi. Kena tanggal baju n basahkan the whole body. Weiii sejuk gila kot situ, aku ni yg besar pon sejuk. Naqiu mengigil2 dah sebab dia dibasahkan dengan air sejuk. 2jam lebih kat situ, besapau atas katil. Then doktor dtg bincang2. Dia kata, Naqiu kena admitted gak sebab nak pantau..suspect DENGGI. Ya Allah, aku dah nervous. Baby 3 mo kena denggi.

masa kat wad, drip dlu..sian dia..masa ni mata+badan dia start merah2 mcm cikenpok..tetibe plakkkkk kan

Jam 1am settle warded. 12 April 2014.
Bermula lah episod aku duduk wad, dapat plak baby coat aje tuk Naqiu. Maka aku lepak di sofa, agak stress. Sebab keadaan mcm kelam kabut. Nak BF pon payah, dgn berwayar. Okay lah..igtkan tamat disitu..

Then bila dah masuk jam 8am, Naqiu tiba2 kena drip antibitiok..kiri kanan tgn dia berwayar. Naqiu dah mula taknak menyusu, aku rasa mungkin dia sakit. Aku nervous, naqiu lemah selemah-lemahnya sampai satu tahap dia TIDUR je. Boleh imagine tak, anak kau yg tetiba aktif jadi lembik. Masa ni takyah cakap lah dgn aku macam mana perasaan aku. Wei...aku nangis mcm hape tah. Emo sgt masa tu.


hati ibu mana tak sedih?

OH takde, dia hanya dibenarkan dtg waktu melawat sahaja. So, episod seterusnya bila doktor reramai dtg and check2 Naqiu. Oh for info, darah naqiu diambil every 4 hrs...sebab SUSPECT denggi kan. Doktor india muda yg check naqiu, aku igt itu lah doktor yg akan amik kes naqiu. Takpelah..mmg resah sebab doktor kehulu kehilir dekat katil naqiu. dorg borak pon serius gila..bla bla bla..until one part..satu team dtg dgn doktor pakar. Aku rasa pakar kot, sebab nampak berumur. Then dia tanya;

"ur baby?"

aku pon angguk.

doktor : bla bla bla...ur baby 3mo, bahaya nyawa and bla bla bla..denggi?baby?..bla bla bla..

tetiba..ayat dia yg buat nyawa aku sentap.

doktor : u know kan, denggi ni bahaya. Mommy kena sabar, ur baby is kritikal now..dah TENAT. pls call ur husband and all family members..u kena bersedia atas sebarang kemungkinan..u tau kan? dengan usia dia yg baru 3mo..memang sukar..but kami akan sedaya upaya..lepasni ur baby akan transfer ke ICU.

LURUH TAK HATI KAU? LURUH? TIPULAH TAK LURUH..lepas doktor blah, semua nurse & doktor pelatih tepuk2 bahu aku..picit2..cakap SABAR.

aku tarik tirai perlahan2, aku nangis..aku call OH. aku nangis..call family, nangis lagi. Entah sedih sgt hati ni. Aku pandang muka naqiu, aku cium muka dia..sedih n hiba. Aku ckp;

"syg strong please, ibu tahu syg kuat sgt2..anak ibu strong kan????"

ptg tu semua dtg lawat termasuk kwn2 opis. Semua aku rasa takdela yg tak bergenang air mata, lelaki ke perempuan ke..semua tersedu2..aku tak tau mcm mana nak describe suasana tu sampai tetamu katil sebelah pon kesat air mata.

Naqiu patient paling kecil masa tu..mmg kelam kabut la, nurse dtg amik darah. doktor dtg tgk heartbeat..amik darah, drip..tambah air..tambah antibiotik...perit aku rasa, bila Naqiu bangun..aku bg dia susu..minum sikit je..xnak botol, nak direct..sian, aku angkat dia ngn hati2..sebab wayar2 tu takut buat dia sakit..aku tidur kat sofa sambil peluk dia..bru lah dia lena tidur kat badan aku..yelah, saat2 ni..naqiu mmg nak kat badan aku je..taknak letak atas baby coat..sebenarnya yg buat kes ni jadi berat, mata naqiu merah menyala..pastu dia cirit birit..tu mcm teruk sgt..



nak berpangku

badan dia non stop aku basahkan, sebab sekurang2nya bila nurse dtg setiap sejam utk tgk suhu dia..atleast berkurangan..sad kan, suhu dia masih tinggi & tak turun2. Tukar katil lain...
Kehidupan makin hari makin serik, aku off course la stress. Baru je masuk kerja seminggu pas habis pantang, kena plak cuti lagi. Kali ni dugaan lagi besar.

doktor bgtau, sample darah+urine+poo sume takde virus menunjukkan denggi. Lega dgr. Tapi...

dorang kata, anak aku suspek MENINGITIS. So dorang nak mintak aku lepaskan dorg buat LP- LUMBAR PUNCTURE. Amik air tulang belakang Naqiu..dorg kata bahaya, kalau kuman sampai ke OTAK.

Aku terus tolak, memang taknak..dorg pujuk2 sampai satu tahap aku agak bengang;

"sian baby awk, kecik2 dah ade kuman kat otak"

HELLO, MANA YOU TAHU? TAK CONFIRMED KAN???

ok..geram, bertambah tegang hari2 yg aku lalui. dahla amik darah naqiu setiap masa. kdg2 reject..Tahu berlubang2 tgn si kenit ni.. tu tak masuk lagi da cucuk, tak jumpa urat..sampai satu tahap anak aku dah jadi robot..kaki tangan penuh drip..

antibiotik dorg bg 3 dos berlainan..tu tak masuk lg yg manual tekan terus..melalak la anak aku bila nurse picit lelaju ubat tu masuk..tak masuk lg yg bila masuk ubat, tgn anak aku terus kembong mcm nak meletop. Tak masuk lagi part aku tengking doktor..ehh memacam part la. Org mmg kata kena sabar, doktor tahu segalanya.tapi tahu punya tahu asik la nak air tulang belakang anak aku. Mcm kan takde lagi cara lain?

Akibat dah tak tahan, day 3 aku nekad nak keluar. Aku jd supermeroyan di luar. Mak n maksu aku dah risau. Aku mengamuk ckp nak bawak naqiu keluar n segala report aku nak..nak refer ke private. Bertekak2..sampai Pengarah masuk campur..huh. Aku letih sebenarnya, jd stress..bila lepas Meningitis, dorg cakap naqiu kena pneumonia..tp kalau boleh still nak on LP tu. Masa tu aku menggunakan kuasa boss lama aku..ok, aku marah tu seriusly diluar kawalan. I'm BAD.

My boss call tenang2kan aku kejap..aku cool, bertafakur kejap bila mak aku balik. Sian doktor tu, dia dtg jenguk aku..aku jeling2 aje..terus dia x berani tegur aku..Pakar yg standby mlm tu dtg dr Shah Alam utk tenangkan aku. Bla bla bla...

lemah

Day 4. Disebabkan hal tu, i is famous. Sebab aku da geram kan, hari2 doktor lain yg dtg tgk anak aku. lain doktor, lain cerita. Sudahnya suspek KAWASAKI..penyakit maut ok. Letih anak jd mcm bahan uji kaji..this time dorg nak bg antibiotik khas utk sakit ni. Panas naqiu tak kebah2, menjadi2 plak panas nya..Oh, dari day 1 ko akan kena isi borang setiap jam..tgk berapa berat pampers dia..berapa oz dia menyusu..Aku memang tekun+disiplin buat benda tu ok..kekekeke...oh ya, aku bertekak dengan pakar paeds plak. LOL. aku bantah balik, bila suhu naqiu turun..dah ok..kena cucuk+drip balik..terus suhu dia naik n demam semula..tu aku mengamuk mintak stop kejap amik darah then tgk..suhu dia ok ke tak..wahh doktor tu pon melawan kembali..but at the end, dia slow kan volume n pujuk aku. koohh kohhhkoh...yelah ade ke time2 pagi gajah..amik anak aku yg tgh la tidur cucuk2 dia..smpai meraung nampak org pakai baju putih (doktor). Emo okay, aku tempik..

"perut i yg berjahit ni pon tak kuat lagi, u ol da buat memacam dekat anak i..u tahu apa i rasa? u da kawen? ade anak? u ade rasa apa i rasa? kejap ckp sakit ini, kejap itu...i nak keputusan yg betul bukan main agak2 je"

Day 5 - bermulalah episod wayar berganda2 kat badan naqiu..entah aku xtau ape wayar tah yg aku tau, wayar oksigen tu dah bukak. Lega hati..masa day 3 bukak sebab tak perlu..baru la naqiu nak minum susu. Senang hati ibu nak oiiii...tp dia x senyum+tak main pon...pandang muka aku n ayah dia aje lah..kwn2 n sedara mara keep on melawat. Alhamdulillah, murah rezeki Naqiu..senang hati ibu ramai yg mendoakan naqiu..takpelah..aku harap yg antibiotik 10jam tu adalah yg terakhir. Masa antibiotik tu dimasukkan, nurse akan tgk suhu.. syukur sgt, makin lama makin menurun..dari 39.8c..slow2 dlm masa 10 jam tu ke 37.8c..setiap masa tu aku dok tanya nurse..nurse pon sporting2..oh disebabkan tu, naqiu diberi aspirin..mmg lalok je dia makan ubat tu..x sedap kot, asal nurse bg dia tutup mulut n luahkan balik..

"yeayy..suhu adik dah turun" -- nurse

sebab doktor kata, kalau antibiotik ni berjaya lawan..suhu dia akan turun..nampaknya ada perubahan besar..aku pon berdoa semoga suhu dia akan turun..

doktor dtg buat lawatan, kali ni doktor ni yg amik kes naqiu. Dia cakap, kalau ok lepas ubat ni off dalam masa 3 hari akan pantau suhu dia..kalau ok, boleh balik..masa doktor ckp boleh discharge..aku jerit kuat. Yahoo...like i care? so jumaat boleh discharge kata doktor..mean 18/4/2014.

Day 6 - Nampaknya perubaham yg baik..ada doktor2 pelatih buat lawatan..hukk..ape la asik la suh buat LP..kan suhu da turun..geram jek aku.. cuma bila nurse amik suhu dia tu aku mesti nervous..takut oi..alhamdulillah suhu dia dah bwah 37.6c..harap2nya maintain..tak sabar nak balik esok..hehehe..pagi2 tu aku bawak Naqiu pergi mandi, yesss..betul2 mandikan dia..bagi susu..Tu yg paling penting..sian dia, montot melecet..tu pon isu..sebab sehari dia buang air berkali2..bdn dia yg merah2 sume dah hilang..tu yg penting. Semua nurse n doktor pandang je aku bwk naqiu pi mandi, naqiu pon da menunjukkan reaksi aktif..dah minum 4oz.. (haa doktor mana yg ckp ank aku jangkitan otak tu bleh tgk, dia ade tanda2 ke tak..tak silap aku, kalau da kena jangkitan kat otak..baby tu x aktif, bila panggil pon xde reaksi and..etc..yelah aku kan bukan doktor..bak kata doktor "dunia medik ini luas")

igtkan esok boleh keluar..silap, doktor cakap..Ahad - 20 April 2014. Aku da buat muka toya. Pastu aku katalah, janji nak bg discaj esok (18/4/2014)..then doktor kata, ikut kiraan antibiotik. Kena genapkan sampai 7 hari. Alhamdulillah, hasil2 kiraan..Last antibiotik pada jam 6pm, 19 April 2014. Tapi dalam masa yang sama, naqiu still kena amik lg darah tu..sbb mula2 ri tu darah kuning ada banyak la..darah putih tinggi la..aku tak apikkan..(tak amik port, serabut sgt). Masa ni naqiu nak dengan ayah dia je..belum nak senyum2 sgt..tak bersuara pon..(oh masa dia masuk ri tu, suara dia hampir2 ilang..agknya mase kena cucuk amik darah sampai 3 bekas tu dia nangis agaknya..)

sehari before discharge
 Day 7 - Keadaan naqiu beransur ok, cuma suhu dia around 37.5c..memang doa je x naik lg, mandi2kan dia..Alhamdulillah, dia dah mula senyum2. Pic atas tu hari ke 7, nurse2 dtg pon dia da menegur. Senyum+sengih, amik darah pon da x nangis (kebal dah eh)..yg tak tahannya, masuk hospital berat naik plak..hehehe..so kes naqiu ni dorg kata sebagai KAWASAKI. oh, ada buat XRAY-ECHO scan juga. Takde ape2 yg pelik di jantung naqiu. Doktor pon cakap "miracle"..tak kisahla dik, yg penting ibu tahu adik sihat.

Finally, last amik darah..stop drip air (day 7)..tinggal manual antibiotik je..menghitung masa nak balik..letih sgt aku, tak tidur langsung ok..memang tak terurus..rambut gugur teruk sepanjang stay hospital. aku demam teruk.. (maybe sebab dok lama nau kat situ)..dapat new friends (dorg pon seminggu2 lepak hospital)..Boleh keluar..jam 7pm, kena amik aspirin..then dapat date next checkup- pastu ade appointment dgn IJN seminggu kemudian (next la ye).....

Day 8 - Dischage. Happy me. (ade 40 kesan jarum di kaki/tgn naqiu..)


p/s : banyak yg aku tinggal nak cerita, lupa sikit..nanti aku edit2 lg..tp setelah ape yg berlaku pd naqiu, aku jd lebih berhati2 & emo sgt2. Sebab bila aku teringat balik saat2 day 1- day 4 kat HPJ, aku mesti nangis. Tgk gambar2 dia sepanjang kat sana..memang meruntun jiwa betul..... sampai satu tahap aku punya sedih jadi REDHA...sampai redha terus kalau saat tu aku kehilangan dia..setiap masa aku bisikkan doa, kata2 semangat buat dia. Aku tak nangis bila dia sedar...aku tunjuk kuat. Syukur Alhamdulillah, instinct seorang ibu memang kuat..sebab aku tak buat lumbar punture sebab hati aku kuat mengatakan yg naqiu kena demam panas/viral fever...sbb anak2 buah aku & anak2 kwn aku pernah lalui..maybe not my luck kan? takpelahh..yg penting selamat. Ibu syg awk.


8 comments:

  1. kesin dgn baby kak ros..umi penah rasa bby umi kena cucuk ambik darah 2 kali dia pnya menangis tk ingt dunia umi nyer air mata melurut2...kesian...baby umi slalu demam sblan skali bl bdn dia pns mmg risau sgt...umi tk blh byg mcm mn klu umi kt tmpt kak ros...tp alhmduillah smua tu pngajaran kan..umi pon lps bby demam bwk g doctor smpi kena cucuk lpas tu tk bwk dah...klu demam ambik pndekatan sndri...tp bby kak rose comel..hehehe...doktor pn 1 tk blh bg 1 kptusan...mcm bby tu jd uji kaji...haishhh kesian btl ngn bby k.rose...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah baby naqiu dah sihat....mmm....sejak dah jadi mama ni baru la taw perassan ni mcm mana bila baby sakit walaupon bukan anak sendiri.semoga baby naqiu sentiasa sihat ya :)

    ReplyDelete
  3. @Umi_narD

    itulah tu..instinct ibu tu kuat sgt kan? baby mmg normal lau demam2 ni nak2 plak pertambahan usia dia..mudah2an perkara sebegini tak berlaku lg pada sesiapa..melainkan betul2 ade benda yg pelik/tak normal berlaku pd baby..cepat2 bwk pi hospital..sedih ada gak masa tu yg setuju prosedur amik air tulang belakang tu..

    ReplyDelete
  4. @EIKA

    alhamdulillah dah, itulah lepas jd ibu2 ni. otomatik ada perasaan lain mcm kan? takyah kata tgk anak sendiri..tgk anak org lain sakit pon jd sayu+hiba.. thank you awk atas doa

    :-)

    ReplyDelete
  5. uwaaaaa..... aku nangis bc entry ko ni ros... naqiu, sihat sentiasa sayang...

    ReplyDelete
  6. @kayyana

    haaaa ko dtg day 6 kot eh..pon dia lemah gitu lg..aku xleh tgk gambar dia tu..meleleh2 mata aku..btw, thanksss yana sbb dtg lawat itu hari..sokongan korg pon sgt2 membantu aku n naqiu utk kuat hari tu

    ReplyDelete
  7. ya Allah rs nak nangis bc entry ni. alhamdulillah naqiu dah sihat. aunty doakan naqiu sentiasa sihat. bila tgk muka naqiu senyum tu rs lega sgt. peluk cium naqiu utk sy ye. muahh!

    ReplyDelete
  8. @Norhazrina Abdul Hamid

    Alhamdulillah Rina, after follow-up tiga kali. Finally doktor akui naqiu takde masalah apa-apa..maybe hari tu dia demam panas. Thankkss Rina..haaa ptg kang balik kerja, kita tlg ciumkan naqiu..

    p/s : ciumkan helena utk kita!

    ReplyDelete