Wednesday, June 18, 2014

Kenduri Aqiqah & Tahlil (Doa Selamat)

Assalamualaikum.

Heh, 12 Jun 2014 - Khamis.

Pagi tu pergi bawak NW check-up. Berat naik sikit, err..seriusly. 100gram aje. Tapi panjang naik banyak. 6cm. (no wonder aku terkejut, dah kenapa seluar dia semua senteng..bila pangku pon menjela)

Balik rumah gigih2 rehat kejap (cuaca Putrajaya adalah panas) Kemas bag sebab nak balik Sg. Besar - Umah Pakteh OH.

Gerak jam 3lebih, around 6ptg baru sampai. Ok, lepak2 bagai. Maghrib siap2 then terus ke Surau untuk kenduri Aqiqah tu. Sekor lembu berjaya ditumbangkan bersama 100 ekor ayam. Alhamdulillah, murah rezeki anak ku. Hanya keluarga Pakteh, Pak Andak & MIL saja yang ada. Selebihnya org2 kampung & taman situ. Pakteh jemput 3 taman kat sane. Seronok sgt, walaupun majlis aqiqah NW tak dibuat mcm org sekarang buat. Tapi meriah, dengan ceramah agama lepastu tetamu didendangkan dengan team Qasidah. Sedap sgt suara dorg, OH ingat radio. Padahal live. Terharu tgk ramai yang datang, pelbagai peringkat usia dan yang paling penting, dalam surau 12 saf penuh (sebaris dalam 20 org) tambah 5 saf di luar (yg ni sebaris 4-5 org gitu). Tak silap dalam 200 lebih tetamu. Sebab khemah dipasang 4 buah, mcm kenduri kawin plak.. hidangan secara buffet, serius sedap! gulppp..(banyak sgt makan daging fresh, akhirnya aku selsema n sakit kepala semalaman).

Gambar? Disebabkan malam, memang takde gambar. Gigih caj KrakenII, tapi dah ramai sesak gitu tak daya plak nak menghongkeh kamera 2kg beratnya tu. Guna phone plak, malu nak ber-selfie kat situ. Hehe, ade la sikit pic itupon gegar. Segan oi, atok2 n nenek2 tu pandang je aku & OH. Org luar kan. Malu tauuuuu..



Makan pon sedap je, family kitorang jadi tetamu. Cuma pakteh ajelah yg pergi melayan. Org2 kampung da tentu la kenal ngn Pakteh kan.
Settle makan, around 9.30mlm kitorang decide nak balik je ke rumah. 4 hari kat sana memang heaven! seronok sgt layan plak World Cup eh..NW behave sangat2 plak kat sana. Bagus anak Ibu, biar kat rumah melasak..Tapi jangan tunjuk perangai gitu kat org. Kek kek kek.


sedap suara kan?

sebelum makan, selfie cepat2.

masa ni kaum lelaki tgh solat Isyak..

p/s : tak sempat nak merayap ke sawah, tak sempat ke laut..uwaaa..Inshaallah, bulan Puasa akan kembali ke sana.

p/s/s : OH suggest mintak tukar ke sana..ikut hati memang nak sgt! best woi dok kawasan mcmtu, tenang tapi..apakan daya kena SERENTAK

No comments:

Post a Comment