Monday, June 30, 2014

Review MyDear and OKBB

Salam Jumaat.

Ok hari ni saya nak review sedikit pasal kedua2 Warehouse.
carseat murah! playard.
okay..biasalah, deretan stroller+carseat yang harga memang murah+berbaloi
baby carrier yang aku rasa okayla.mungkin bukan "tujuan" ke mari. so far, still murah and cantik especially tobby.co tu
walker yang menarik hati- tapi i cut cost gitu.. kedekut
ok, kasut comel. banyak pilihan kali ni berbanding  pergi last year
woohh..x sabar tunggu NW besar! btw walker tu comel sgt..tp, memang bukan budget saya nak beli walker up rm120..*ohh kedekut sgt ibu niiii..

So far dekat My Dear, puas hati cuma saya rasa mcm barang dia tak banyak kot. tp saya terbeli sleepsuit kat sini. Haha so tercapai  lah hajat walaupun hakikatnya saya nak beli "pool"... Banyak lagi barang2 yang sy tak ambil gambar nya. Korang2 boleh pergi tengok sendiri ye. Best, benda murah..mestilah best kan? Tipu la org Malaysia tak suka barang murah. Safety gate murah, comforter, playpen, baby coat, playgym, rocker, bantal, tilam, buaian..eh memang seronok la kalau mommy2be menjengah ke sini. Nak2 plak 1st time mommy kan.

Lepastu, niat nak balik. Saya terpandang banner OKBB- eh, saya dan kawan terus on GPS..yeay, rasa mcm 9 minit perjalanan dari My Dear tu tadi. Wah sampai kat sana, RAMAI org ok..seriously.

Even 1st day, orangnya sangat ramai. Kecewa bila tengok baby yg masih merah mak/ayah dukung siap nangis2. Sedih hati. Saya sendiri pon tak gamak nak bawak NW. Biarlah duk rumah je nak, besar sikit ibu bawak itupon kalau ayah bagi. Haha.
Actually kan bahaya, sesak2 bawak anak kecik..i mean yg masih dalam pantang. Sakan maknya, pdhal anak dalam carrier kecik je melekap berpeluh2 kepala. Kak, sabarlah kak. Nak shopping pon berpada2..
eh macam taknak beli baju, tapi terrr plak sebab comel. rm5 selai.
Kat sini saya beli wet tissue-80pcs (RM2).. Ala utk letak kat pejabat je. Beli toother (RM5), brush untuk bottle (RM5), baby solid food chewer (RM10), baju. Yg longgok2 tu murah, yg baju lubang2/basahan. Tapi sy tak sempat nak cari. Alahai ruginya..sedih sebab NW nak start hantar pengasuh. Takde baju nak bagi..rasa mcm tak sesuai nak bagi rompers kat pengasuh kan? Murah baju tu, selai RM1-kalau sepasang RM3-jumpsuit/rompers-RM5. Takde rezeki lagi pon terkejar2 nak pulang ke pejabat.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Finally, saya dan rakan terbeli juga. Niat nak beli yg walker atas tu. Sekali round2-- eh, RM30 (no music). Dan yang ini RM40! rambang mata terus. Murah! Oklah, basic walker. Beli meriah-meriah kalau anak taknak duduk pon dah satu pembaziran buat saya. Berapa lama sangatlah NW nak lepak dalam tu. Niat saya, asal merasa. Anak sulung kan?

sian anak ibu, naik2 terus semua benda nak masuk mulut! Anggap ini presie sempena awk nak setengah tahun ye..

Thursday, June 26, 2014

Warehouse My Dear & OKBB

Walaupun dah bersalin. Sapa kata tak boleh ke baby expo/warehouse lagi?
Wah masa anak nak membesar ni, macam2 pula kat kepala ni nak beli.
Murah+Jimat.

Ok, bagi sikit dulu lah ye. Esok baru saya review

Btw, sila lah terjah kedua-dua expo yang sedang berlangsung di Puchong.


p/s : org pertama datang. ekeke. senang tak ramai org senang nak tgk2.

best tapi part baju korang kena gigih cari lah ye, saya give up tadi. member dapat 6 pasang baju basahan. not bad, cantik2. Okay sgt untuk buat baju rumah/hantar pengasuh. Total hangus untuk baju - RM30 je

kat sini agak rambang mata, which is..aku gian tengok walker dia dengan kereta/jentolak besar2 yang boleh naik tu. alahai. target untuk pool takde plak. sebelum ni ada, harga serendah rm30 okay kolam tu. Takde rezeki NW nampaknya.

ok, esok saya review

Tuesday, June 24, 2014

Tag

Wah, lagi beberapa hari menyambut Ramadhan kan?

Oklah, memandangkan hari ni superBOSAN. Nak layan Tag la.


1.Do you have a middle name? No.
2. What was your favourite subject in school? My favourite subject in school was science3. What’s your favourite drink? nescafe4. Favourite song at the moment? all of me by john legend. mihmih5. What would you name your children? So far, Naqiu..actually, i'd prefer to put "UDDIN" at the back. haha.. Oh ya, if a girl..dont have any idea yet.6. Do you participate in any sports? in school-handball.7. Favourite Book? pilot cafe8. Favourite Colour? black9. Favourite Animal? ahhh panda, cat..aaaa i'm pets lover10. Favourite perfume? Forever tommy hilfiger. tommy ten/tommy girl..12. Have you graduated High School? Yep, I left school in 200213. Have you been out of the Country? No, hope one day. Inshaallah14. Do you speak any other Languages? No, haha if i can speak other languages. I would like to speak in Finnish.15. Do you have any siblings? I have two brothers n two sisters16. What’s your favourite store? H&M, Watsons, AEON-Speedmart, Parkson, Cotton On..bla bla.. ahahah.17. Favourite Restaurant? Sushi King, Burger King...lots more18. Did you like school? Of course. haha19. Favourite YouTubers? errkk..nope20. Favourite Movie? The Expandable! Faster..and lots more (I love jason statham & the rock..seriously)- nampak tak? taste kau 21. Favourite Tv show? Ahhh there are too many to choose..so far bones, sons of anarchy, ray donovan..22. Pc or Mac? PC - tak mampu nak ade Mac23. What phone do you have? Note & BB24. How tall are you? 5'5 / 167cm

Sapa bosan, sila lah tag diri sendir. For fun okay.

Wednesday, June 18, 2014

Kenduri Aqiqah & Tahlil (Doa Selamat)

Assalamualaikum.

Heh, 12 Jun 2014 - Khamis.

Pagi tu pergi bawak NW check-up. Berat naik sikit, err..seriusly. 100gram aje. Tapi panjang naik banyak. 6cm. (no wonder aku terkejut, dah kenapa seluar dia semua senteng..bila pangku pon menjela)

Balik rumah gigih2 rehat kejap (cuaca Putrajaya adalah panas) Kemas bag sebab nak balik Sg. Besar - Umah Pakteh OH.

Gerak jam 3lebih, around 6ptg baru sampai. Ok, lepak2 bagai. Maghrib siap2 then terus ke Surau untuk kenduri Aqiqah tu. Sekor lembu berjaya ditumbangkan bersama 100 ekor ayam. Alhamdulillah, murah rezeki anak ku. Hanya keluarga Pakteh, Pak Andak & MIL saja yang ada. Selebihnya org2 kampung & taman situ. Pakteh jemput 3 taman kat sane. Seronok sgt, walaupun majlis aqiqah NW tak dibuat mcm org sekarang buat. Tapi meriah, dengan ceramah agama lepastu tetamu didendangkan dengan team Qasidah. Sedap sgt suara dorg, OH ingat radio. Padahal live. Terharu tgk ramai yang datang, pelbagai peringkat usia dan yang paling penting, dalam surau 12 saf penuh (sebaris dalam 20 org) tambah 5 saf di luar (yg ni sebaris 4-5 org gitu). Tak silap dalam 200 lebih tetamu. Sebab khemah dipasang 4 buah, mcm kenduri kawin plak.. hidangan secara buffet, serius sedap! gulppp..(banyak sgt makan daging fresh, akhirnya aku selsema n sakit kepala semalaman).

Gambar? Disebabkan malam, memang takde gambar. Gigih caj KrakenII, tapi dah ramai sesak gitu tak daya plak nak menghongkeh kamera 2kg beratnya tu. Guna phone plak, malu nak ber-selfie kat situ. Hehe, ade la sikit pic itupon gegar. Segan oi, atok2 n nenek2 tu pandang je aku & OH. Org luar kan. Malu tauuuuu..

Tuesday, June 17, 2014

Follow Up Dengan IJN

25/4/2014 - Jumaat.

Lepas keluar wad, dapat appointment dengan IJN berkenaan Kawasaki Disease. So kena refer sini pulak. Alhamdulillah, tunggu turn. Besapau. Jam 2pm settle walaupun by appointment jangan ingat org tak ramai? Ramai ok. Mcm kat KK pon ye.

Alhamdulillah, hasil ECHO SCAN dr pakar sendiri dia sahkan tiada sebarang ketidaknormalan pada jantung NW. Lega hati walaupun masa doktor tengok surat dari HPJ, berkerut2 dahi dia pelik tgk keadaan NW masa tu. Macam2 lah dia tanya sampai geleng kepala. kejap kang pegang dagu, kejap dia pandangan NW. Confused, surat punya lebar cerita mcm NW sakit teruk.

Monday, June 16, 2014

Happy Father's Day

my superHERO
my big bro on my big day

Assalammualaikum.
Hai, actually nak wish Happy Father's Day dekat superHERO saya- Arwah Abah, OH & Abg2 ku.

Abah,
Apa2 pon Abah, adik always sayang Abah. Rindu Abah, lelaki terhebat, paling cool dan paling hemsem dalam hidup adik. Banyak yang adik nak cakapkan, tapi taktahu nak mula dari mana. Terima kasih selama 23 tahun membesarkan adik dengan bersusah payah. Bila adik minta sesuatu, abah tak pernah menghampakan walaupun selalunya tunggu gaji atau duit meniaga. Walaupun semua cakap Abah garang, tapi garang abah bersebab. Well, terselamat sikit sebab lahir betul2 lepas abah bersara dari tentera. Kihkihkih..tapi sapa cakap anak bongsu tak pernah kena hukum? tell meeeee..

Abah, walaupun adik nakal "sikit", abah tak pernah kisah. Sebab dia tahu, dia kenal anak dia sendiri. Abah, terima kasih sebab sayangkan adik. terima kasih didik adik dengan baik... Abah, adik takkan pernah lupa..adik sentiasa ingat abah sampai bebila. You are too perfect for me. Walaupun kdg2 adik banyak sgt buat hal, cerewet tak pasal2. Abah nasihat dgn baik sekali.. Abah terima kasih sebab percayakan adik..u'll never be forgotten. Nanti Waldan besar, adik akan cerita pasal atok dia..yes, you are the best daddy in my heart. Al-Fatihah, Abah.

Monday, June 9, 2014

NW admitted. Suspect Denggi, Meningitis, Pneumonia & Kawasaki?

Salam & Selamat Bekerja. Happy Isnin uols.

Okay tajuk entry mcm gerun aje kan. Btw, 12 April 2014 yg lalu. My lil star dimasukkan ke wad sebab;

(this is superlong entry)

Start demam 9 April 2014 - pagi tu suhu dia dah 39.9c
kelam kabut tak jadi pergi kerja. Pelik sebab dia okay aje. Tak merengek ke apa. Mlm tu siap memain kot, aktif tetibe je pagi demam panas sesangat. Okaylah, 1st time parent haruslah gabra kan? lap2 dia ngn air sejuk, jaram kepala dia. Then jam 10am terus ke klinik pakar kanak-kanak Bee, Seremban. Fine, suhu dia masih 39.9c. Doktor suruh balik, then dia akan keep on calling utk pantau suhu.

Bagi makan ubat-setiap 4 jam. Suhu dia turun naik. Kejap kang 36.6c siap aktif. Pastu tinggi balik sampai risau.

10 April 2014 - we ol decide bawak ke HTJ - hospital tuanku jaafar seremban. Doktor cakap demam biasa. Normal. Suhu 38c. Okay, lega kejap. Kang panas balik.

11 April - Maghrib tu masih panas. tak boleh jd, pergi klinik pakar kanak-kanak dekat senawang. Doktor tu cakap, better refer ke hospital since panas dia tak turun2. Mintak refer HPJ - hospital putrajaya. Mlm tu terus kelam kabut packing brg Naqiu & terus ke wad kecemasan. Bermulalah kisah...

see..cecah 40c pon ada..pas kejadian, SIL bg thermometer yg digital canggih tu..thanks long

Tunggu punya tunggu, dari jam 9pm. Jam 10pm nama Naqiu kena panggil, doktor check2..then tunggu lagi. Around 11, masuk dalam wad kecemasan tu. Doktor drip dia sebab suhu tinggi. Kena tanggal baju n basahkan the whole body. Weiii sejuk gila kot situ, aku ni yg besar pon sejuk. Naqiu mengigil2 dah sebab dia dibasahkan dengan air sejuk. 2jam lebih kat situ, besapau atas katil. Then doktor dtg bincang2. Dia kata, Naqiu kena admitted gak sebab nak pantau..suspect DENGGI. Ya Allah, aku dah nervous. Baby 3 mo kena denggi.

masa kat wad, drip dlu..sian dia..masa ni mata+badan dia start merah2 mcm cikenpok..tetibe plakkkkk kan

Jam 1am settle warded. 12 April 2014.
Bermula lah episod aku duduk wad, dapat plak baby coat aje tuk Naqiu. Maka aku lepak di sofa, agak stress. Sebab keadaan mcm kelam kabut. Nak BF pon payah, dgn berwayar. Okay lah..igtkan tamat disitu..

Then bila dah masuk jam 8am, Naqiu tiba2 kena drip antibitiok..kiri kanan tgn dia berwayar. Naqiu dah mula taknak menyusu, aku rasa mungkin dia sakit. Aku nervous, naqiu lemah selemah-lemahnya sampai satu tahap dia TIDUR je. Boleh imagine tak, anak kau yg tetiba aktif jadi lembik. Masa ni takyah cakap lah dgn aku macam mana perasaan aku. Wei...aku nangis mcm hape tah. Emo sgt masa tu.


hati ibu mana tak sedih?

Wednesday, June 4, 2014

happy 5 mo NW dan perkembangan terkini

Haiii..okeh update lelaju.

1 Jun 2014, genaplah 5 bulan umur anakanda ku Naqiu.
Alhamdulillah, semoga sihat2 je ye syg.

okeh aku belanja gambar dia dari lahir till 5mo.

ni dari umur dia 7 hari sampai 30 hari

Umur sebulan- habis pantang terus BOTAKkan dia


Umur 3 bulan..masa ni dia seminggu lebih admit - next entry. gambar bawah tu semua selepas discharge.
4 bulan
Alahai kenit je dia masa baru lahir. serius, dahla 2.68kg je panjang 45cm. Pegang pon relaks g checkup sebelah tangan je. Sekarang nak dukung sebelah tangan? terjulur kot..dengan lasaknya lagi.

Nextweek checkup- last hari tu berat dia 6.5kg (4mo), panjang 58cm. Harap2 naiklah berat dia sebab rasa mcm tak naik je (tapi still lenguh bila dukung)

so far dia tak meniarap lagi, risau sampai google2. So far, lain anak lain perkembangannya kan? Cuma dia mengengsot, mengiring sampai mcm nak terpeleot...tengkuk keras. suka kita angkat berdiri sebab dia nak melompat (melonjak2). suka bercakap, pandai pegang botol (4mo)..suka capai barang (3mo)..senyum (dalam hari) sengih (1mo) gelak (1mo) sekarang takyah la asik nak terkekeh2 gelak. minum susu 6oz. still BF.. harap sampai 8mo-1yr (hopefully, inshaallah).