Friday, April 4, 2014

C-sect Story Part 2

Sambungan...

Okay, pada 31 Disember 2013. Ubat Induce akan dimasukkan pada jam 7am. Maka aku dari malamnya tido2 ayam aje dengan kekejap nurse dtg amik tekanan darah+ctg.

Bangun jam 6am, aku mandi2 pastu solat. Kunyah2 apa yang patut, tunggu punya tunggu. Doktor yang pasang drip kat tangan aku malam tu dtg;

7.30am

Doktor : Puan, masuk bilik sana ye. Nak masuk ubat.

ok-- blur, dah kenapa lelaki??
hahaha.

Jalan dengan kerisauan, berderau ok. Dahla tak breakfast, lapar.
Tgk bilik tu, doktor chinese. Ok, perempuan. Baring, tarik nafas kejap.
Tgn doktor tu amik ape ntah-

Gulp, ini rupanya masuk ubat. Ala-ala V.E

perit sikit. cish, maybe non muslim. dia tak bace "bismillah"-- anggapan aku je. LOL

Pastu doktor suruh baring & berehat dekat bilik. Jangan gerak2, nak bagi ubat tu tak keluar balik - hukum graviti. Dalam keadaan lapar, aku baring aje dalam sejam gitu. Sudahnya aku breakfast around 11am.

Sesambil tu main sms/fb guna BB. Almaklum, phone satu lagi bateri problem. Then OH datang jenguk aku.
Kawan-kawan sms tak putus2, igt dah beranak. Hehehe, padahal baru masuk ubat. Ada yang post dekat FB. Hehe thanks atas doa kalian.

Yg aku perasan, aku takde rasa sakit lg. Baby pon gerak mcm biasa-- mungkin contraction tu dah rasa sejak ubat induce tu masuk. Tapi ala-ala sengugut mild. Pinggang pon mcm sesengal. Takpe- psiko otak. Sesambil tu borak2 dengan baby & berzikir.

Tahu aku borak apa dengan baby?

"adik..bila adik nak keluar ni? Ibu n ayah tak sabar sgt2.. adik keluar elok2 ye, jangan biarkan ibu sakit lama-lama tau nanti dalam labour room tu. Kesian kat ibu tau?...tapi kan adik, hari ni baru 31 Disember 2013. Adik alang-alang nak keluar tu, keluar esok tau?! ingat tau adik, esok.. sebab esok 1 Januari 2014..tahun baru. Dengar tak adik?" -- sambil usap perut perlahan-lahan, pastu dia tendang. Fine, dia dengar la tu :-)

OH pon tak habis2 suruh pujuk baby tu, cakap elok2. Keluar baik2..hihihi

Before lunch tu, nurse datang2 amik darah plak. I mean, cucuk jari - BSP. Yelah dekat rekod tu aku kan GDM.

Dah settle2 makan, aku sekadar jalan mundar mandir & eksesais kat bilik aje. Nak bagi proses tu berjalan lancar. Jalan, pastu squat..ewahhhh.

Dah nak petang, perut da rasa lain.. sakit juga tapi nak anggarkan kesakitan tu dari skala 1 - 10, dalam skala 3 (ni nurse yg nama dia Ku, baik sgt..selalu dtg borak. Eh bukan dia je, semua nurse baik2 la layan aku.. terharu gila, takde pon rase kesunyian..caring sesangat..)
Bila Ku tu tanya sakit aku skala berapa. Aku gelak2 and cakap - 7 kot..konfiden, terus Ku tersenyum2..rupanya Ku explain kat aku mcmni;

Ku : ape? 7..tipu la.

aku : abis tu?

Ku : awk nak tahu tak, kalau 7 tu dah kategori apa? 7 tu stok yang dah berguling atas katil, nangis2..muka masam. Moody, bila tegur pon dah marah-marah. Berangin2..awk ni kategori boleh gelak2..senyum2, borak2..main henfon..dia dikira mcmni. Skala 1 - 3 (biasa), skala 4 - 6 (sakit), skala 7 - 10 (sakit kuat). Sakit kuat yang memang sampai dah merintih2, meraung, menangis2..menjerit2..haa gitu.

aku : serius ke? maknanya sakit betul tu kan

Ku : ala takde la..biasala nak bersalin..so mcm mana?skala awk berapa?

aku : oklah, kalau dah tahap mcmtu.. saya 3 lah. hahaha.

Begini lah keadaan aku berlarutan hari ke hari, sampai nurse2 dah kenal aku. Ku selalu tanya tahap kesakitan aku. Paling tinggi aku rasa, skala 4. Yelah-- org lain masuk siang, petang dah bersalin. Kira org kuar masuk, aku tak settle2 lagi. Tapi ptg tu, jiran katil aku (yg aku ckp masam tu) dah bersalin. Dia kena cser- wahh aku mcm nervous dgr sebab baby dia besar, induce tak jalan and pada masa sama ada missunderstanding. Bygkan, dia tgh2 relaks..doktor dtg bagitau yg dia kena cser juga hari tu. Terus dia kena puasa, padahal dia baru je nak makan. Kejap jugak, dia kena tolak jam 3pm..jam 5 dah settle. Itupon sebab tgh2 aku melepak berborak ngn OH..ade auntie bengali dtg bgtau anak dia dah bersalin. Now tunggu nak tolak masuk bilik balik. Nurse-nurse tolak keluar katil dia- aku bgtau OH.

aku : eh, dia da bersalin la bang..ni bwk2 keluar katil bagai. Mak dia pon kemas2 tempat..agaknya nak tukar ke wad perseorangan kot

OH : ye kot. sebab dari hari tu dgr dia nak wad perseorangan

hahah silap, nurse2 tu tolak katil dia keluar sebab nak pergi amik dia kat bilik pemulihan. Yelah sesudah je pembedahan..kena rest kejap kat bilik tu. Tu sebab dorg tolak katil, takkan nak pakai wheelchair plak kan?


OKAY-- PANJANG LEBAR SUDAH. SAMBUNG PART 3

No comments:

Post a Comment