Tuesday, April 1, 2014

C-sect Story Part 1

Haii haii hai..

sementara ade masa+ade wifi+notebook ni, boleh la aku update sesikit kelahiran NW ni.
(sibuk gak nak buat kronologi bersalin..huahuahua)

ok, aku tak mampu nak menaip pepanjang. aku buat by point aje ye. next time aku elaborate - part nak elaborate tu tunggu aku masuk kerja April nanti. Mcm lama je cuti---

Due aku sepatutnya 31/12/2013 - ikot LMP

Last checkup dekat KKIA- 24 Disember 2013 (masa tu dah 39w), aku tanya nurse. Before tu pon aku tanya gak, since tak beranak2 ni kan. Nurse kata by that time aku tak beranak lagi, serah diri kat HPJ pada 30/12/2013 utk mintak induce.

INDUCE ok.

Aku kan rajin menselfgooglekan diri membaca kronologi bersalin normal-induce-cser..tgk video, tgk channel 733 dan segala kisah psl beranak ni aku dok membaca. 90% mengatakan induce adalah lagi sakit n horror dari bersalin normal..dan aku terus rasa GULP di situ (read: GULP ialah menelan air liur secara lelaju)

Okay, aku masih larat bekerja dan gagah seperti biasa di hujung2 ni. Ah lagipon keadaan aku yg tak sarat ni buat org igt aku lambat lagi nak bersalin. Perut alkecik je- org kata.

Makin rase nervous bila SIL dah selamat bersalin pada 25 Dec 2013..aku yg pregnant dulu dia plak bersalin dulu.
Makin gelisah bila BFF teman secheckup pon da selamat bersalin pada 26 Dec..padahal due dia 3 Jan 2014 siap beria2 dia kata aku bersalin dulu baru dia. Fine..baby xmo kuar lagi. Tapi kan...tapi kan, hati aku super kuat mengatakan yg aku akan bersalin 1 Jan 2014. Yelah, dah alang2 kan?

bla bla bla bla ----

30 Dec 2014 / 8 AM: serah diri kat HPJ, malam before baru terhegeh2 packing. Confident level is toooo high, bawak baju baby 3 pasang aje. Tapi kena tunggu HPJ call dulu sebab wad penuh. FINE

6.30 PM : dah lepak2 Alamanda bagai, otw balik ke rumah baru HPJ call- wah i is NERVOUS u. Sempat lepak mamak Cyberjaya pekena nasi goreng+air kelapa muda. Tapi tak habis....

Cincai2 kira, around 7.40PM aku masuk wad- 1st class with 2 bedded. Jiran sebelah bengali yg sedang menunggu turn utk bersalin- aku senyum tapi dia supermasam..terus rase down. hahah nasib tempat luas, aku solat pon kat tempat je. Tepi tingkap lagi...boleh la aku menikmati hari2 terakhir sebagai wanita berperut besar.

8.40PM - tangan dah kena drip. Nurse dah start pasang CTG-- rimas mode. Doktor pakar n doktor pelatih round2 n tanya2.

11PM - OH dtg hantar makanan+phone yg dah bercaj

seriusly tak boleh tidur, sayu hati. hahaha..nasib katil aku dipisahkan dengan tirai so bolehlah melayan perasaan. Esok pagi aku akan DI INDUCE (sebelum tu dah dengar prosedur2 nya)


SAMBUNG C-sect Story Part 2 eh (ehh aku drafkan, da masuk opis baru publish..ini pon da igt2 lupa)




No comments:

Post a Comment