Haaaaa konon2 nak rajin menaip di blog 2015, sudahnya berhabuk juga. Nothing special jadi tahun ni, aku macam biasa lah.
Anak? makin lasak ye, super lasak. Kalau tak buat ibu dia menjerit, memang tak sah. Nak-nak pulak dah dapat bercakap. Alahai, asik bercakap aje..
"ibu..ibu.. ibuuuuuuuuuuuuuuuuuu..tu bas. bas cantik"
selagi tak menyahut, selagi tu lah "ibuuuuu"
aku? ye, mungkin ada yang tahu dan mungkin ada diantara kawan-kawan yang tak tahu aku sebenarnya sedang...
BERDIET
haha. kelakar eh?
aku study pasal Atkins. So aku terus nekad, alhamdulillah hari ni genap 32 hari beratkins.
tapi day 5 reinduction pasal berat statik pulak.
so far, paling lama aku tak menjamah nasi.
sejujurnya..aku sendiri ngeri tgk badan aku selepas beranak.
kembang ok.
sebelum ni selalu acah2 diet dan penyudahnya GIVE UP. Kali ni aku dah berjaya kurangkan 6kg (before statik).
masih belum kurus pon, sama je nampaknya cuma aku dah boleh la pakai jeans size 30. Sebelum ni 33/32 tau.. baju kurung pon semua size L, boleh dah lah sarung baju kurung lama.
berat lambat turun? orang lain 2minggu turun 6-10kg.
ohh aku bersenam malas di rumah. sempat buat 30 minit je.
#90dayschallenge
ini yang simple |
so aku ada lagi lebih kurang 2bulan untuk kurangkan lagi 9kilo. Berat ideal-
doakan aku berjaya dan bertabah okay?
okaylah, aku belanja gambar sebelum & latest ya.
inilah, haruslah tak nampak beza. sikit je kurangnya. part muka tu sangatlah payah nak kecilkan |
hehe selfie dgn anak bujang nan satu. |
okay till then,
wassalam