Assalamualaikum &
Hai korang!!
Hari ni dah masuk
Syawal ke-22, banyak ke dapat jemputan open house? Ok, since kita
masih dalam mood beraya (raya kan sebulan), meh aku nak cerita pasal pakaian
tradisional yang selalu kita tengok dan pakai. Biasanya bila tiba je musim
perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri, mesti kita dah dok sibuk
terfikir-fikir, tercari-cari tema, design serta color untuk baju raya kan?
Rasanya seawal tahun lagi dah mula nak buat persiapan baju raya. Bagi yang dah
berkeluarga semestinya teruja nak sedondon di pagi raya. Lebih-lebih lagi
pertama kali beraya bersama suami ataupun anak.
Pakaian tradisional yang menjadi kegemaran dan
pilihan aku dah tentunya baju kurung. Tahu sebab apa? Aku gi pejabat memang
berbaju kurung, yes! Hari-hari okay aku pakai pakaian tradisional- kena bangga
tu. Lagi pon baju kurung ni bukan saja orang kita je yang pakai, malah ada juga
kaum-kaum lain seperti cina dan india gemar memakai baju kurung. Tampak lebih
sopan, manis dan lebih ayu. ha ha ha..eh serious tak tipu.
Kalau ikutkan, baju
kurung ni kategori baju yang senang nak match dengan mana-mana
acara. Ke majlis perkahwinan ke, majlis formal di pejabat ke malah ada juga
yang bersantai bersama teman-teman dengan berbaju kurung. Ha, ada sorang kawan
aku mcmtulah..memang gemar berbaju kurung.
Bila kita sudah
melangkah jauh mengikut arus kemodenan. Ramai pereka fesyen di Malaysia yang
semakin kreatif dalam menghasilkan pakaian tradisional. Rekaan-rekaan terkini
yang nampak lebih fresh serta classy olahan pereka
fesyen yang sesuai digayakan bagi wanita muslim. Bagi hijabista-hijabista di
luar sana, gaya imej muslimah yang dahulunya hanya Jubah. Kini tidak lagi,
pelbagai jenis design, corak serta jenis kain dari potongan dress, blouse malah
boleh dipadankan dengan tudung atau shawl yang cantik dan menepati syariah.
Segalanya kini menjadi mudah dengan hanya di hujung
jari je, apakah hujung jari? Come on, online la… takkan korang tak pernah
beli online kan? Tak payah bersusah payah nak cari parking, nak
bersesak-sesak di shopping-shopping mall. Cakap je nak ape? Dari
Jubah untuk nenek sampailah ke cicit pon ade dengan rekaan-rekaan yg telah
diberi nafas baru. Laaaa... perempuan je ke yang ade? Tak, dah semestinya untuk
lelaki pon ada. Now kan dah ada banyak
juga butik fesyen online di luar sana yang menawarkan pelbagai koleksi
pakaian tradisional terkini online untuk
para wanita dan lelaki yang gemar bergaya. Ha, korang dah boleh shopping baju
baju kegemaran terus dari rumah atau di mana-mana sekalipon. Even tengah tunggu
bas nak balik rumah dari tempat kuliah pon boleh dah. Seronok kan, betul tak?
No comments:
Post a Comment