Monday, October 27, 2014

Mydear Warehouse Sale, 22 Okt - 2 Nov 2014

Salam Maal Hijrah 1436H-
Kejap masa berlalu kan dah masuk ke tahun baru dah kita ~

Okay,
Seperti yg sedia tahu, My dear ni rajin kot buat warehouse sale. Dan...terhasut dek rakan-rakan dalam group KIHBM di FB maka aku pon pi terjah bersama partner pregnant ku, si BB.

Kali ini ada MISI. Itu yg penting- Takde misi serius blur.
Memandangkan pergi masa lunch hour Jumaat, nasib tak ramai sangat org berbanding pergi Sabtu/Ahad (ohhh memang tak lah..) itupun ramai cuma masih terkawal dan mampu lagi bertabah tgk barang.

Layan gambar (kali ni tak ambil banyak pic)

baju-baju banyak juga kali ni

our mission- basikal/push car

niat nak beli juga buggy stroller--tp tunggu lah dulu

murah2

tilam semurah rm30--ok lah kalau nak hantar ke BS

Tuesday, October 21, 2014

short gateway!

Hai!
Banyak betul entry nak dibuat tp asik hold-- malas.
dan sebab malas itulah lemak-lemak dibadan berjaya diternak dengan sempurnanya.Yay!

Actually lastweekend itu hari, Biras (Abg ipar OH) ajak lepak Melaka (A Famosa Resort) nak bawak MIL jalan-jalan. Since dia pon nak pulang ke Arab dah nanti. Memang last minute plan, dia pesan takyah bwk apa cuma bwk diri segalanya dia support. Oh-okay. kekekekek

Walaupun pergi Sabtu, balik Ahad tp puas hati sebab... yelah kali ni pergi keluarga kecil MIL je. Before2 ni kalau berjalan mesti satu keluarga besar MIL join. Malam tu buat barbeque (yg dewasa 6 org je) tapi punya la banyak sampai buang2 aje ayam-udang-sotong-ikanpari-siakap. Pastu jenis bukan bangsa suka makan berulang-ulang. Yg MIL plak masak nasi goreng 6 pot okay..seperiuk godang. Aishhhh..rugi- pasni kena manage bebetul.

Actually, ini perjanjian SIL n husband dia nak penuhkan aktiviti MIL yg dok sorg2--tu yg dorg kata nak bawak MIL berjalan dengan keluarga sendiri tak payah nak join adik beradik MIL bagai. (MIL anak sulung dan satu2nya perempuan, yg lain adik2 lelaki). Nak harap aku & OH bwk MIL cuti2 holiday ni belum ada rezeki, mak aku pon aku lom sempat nak bawak dia holiday (harap pi shopping mall ajelah..nasib mak aku faham keadaan aku)--yg ini next entry.

Okaylah, layan pic sikit.
NW suka sangat mandi kolam--

see-- betapa riangnya anakanda ku. Opss..sorry OH seksi.
settle mandi-mandi kat waterpark
ini lah keluarga kecil OH-- sebab tu SIL kata nak beranak ramai. MIL pon kata suruh aku beranak ramai sebab dia dah rasa sunyinya anak 3 org--gulp di situ.

Oh, sejujurnya ramai- RAMAI ok yg tegur psl berat badan aku. Adik beradik & anak2 buah tegur betapa SIHATnya adik n makshu dorg ni. Haih..ape nak buat, aku ni pattern susah hati makin gemok. Bukan makin kurus.

Sampai Abg Long tegur "adik pregnant ke?"
semua pandang tepat ke muka aku..

TAKLAH. tp dalam hati berderau sambil kira-kira LMP. Eh? hahaha

then kak ipar (wife abg long) cakap : "eh, takpelah kalau pregnant balik. boleh dah tu..NW dah 9 bulan..umur dah nak 3 series..awal2 ni la beranak cecepat"

Mak aku pandang aku dalam-dalam.

Risau aku dengan pandangan mak aku tu, aku tak tahu lah dia tak setuju kalau aku mengandung secepat itu (almaklumlah, NW adalah FAVERET mak aku!! seriusly memang fokus kat NW je padahal ade je cucu2 lain--mak aku kata, ni yg paling kocik..)

settle masak2 n makan..lepak dekat ruang tamu. Mak aku dtg sambil bagi NW susu kat pangkuan dia (NW pon boleh tahan, kalau dengan Uwan dia elok aje dok ontok2 kat pangku..cuba aku? mau dia berguling2 nak bangun..xnak berbaring)

Tetiba mata mak berkaca bila dia usap2 rambut NW.

Ah sudah---apehal mak aku ni, dia risau psl aku pregnant tu ke.

sekali mak aku bersuara;

"ontahlah, ghisau mak memikirkan pasal kau ni ha.."

aku jwb : laaa dah kenapa mak ni?

"kok kau mengandong cemano? omak ni takdo yg laen di pikir an..kok kau kono bolah powut tu laie..osah eh..cemano? buleh beranak sampai 3 kali yo..tgk akak lin kau tu ha..joki dio lah tu, mengandong 3 kali tapi anak eh ompek (yg bongsu kembar)"


cishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..itu yg mak aku pikirkan. adoihai. relaks mak, adik belum pregnant lagi. tak puas tgk muka NW mak, si manja sorg ni.

Berbalik pasal berat badan aku yg naik melonjak ni, aku rasa punca dia pasal ketidakstabilan hormon, mana taknya..tingtong plak since raya.

Lama ok, sampai risau+cuak overload. hoho. (next entry cerita kes hormon ni eh)

Oklah, aku nak diet entah bebila..
berat sekarang adalah berat seperti mengandung 5 bulan.

Betul lah, kalau kita BF anak kita bebetul Inshaallah berat boleh turun. Aku nya kes, lepas 6 bulan beranak..mcmnilah naik. Hari tu mcm syok sebab turun 12kg pas beranak-- hadaplah pakai blouse besar2 je. Seluar jeans? babai-

Bukak almari hari2 tenung je jeans2 tu.
Nak letgo levi's tu tapi rasa mcm yakin dapat sarungkan semula.
Ada yg size 28-
Ada yg 29-
Ada yg 30-
Ada yg 32 (yes itu aku pakai)

tp semua cutting lain-lain, paling sedih yg size 28 tu hanya muat di BETIS sahaja.

ok lah.
nak balik.

Selamat Hari Deepavali :-)

tepek muka sebulan pas bersalin- woho. 








Thursday, October 9, 2014

pencarian nama anak

Salam

Duk sebuk-sebuk cari nama anak, aha bunyi sesuatu sgt.
Padahal dok PMS-

kekeke..
saja cuci mata sebab;

tak pernah terfikir kalau ada anak perempuan nak diberikan nama apa.
semuanya list nama baby boy.
gedik sgt kan?

Yay- dapat. Cuma bilanya- entah?

Kita hanya merancang, Allah s.w.t. menentukan tul tak? Buat masa ni, masih belum puas lagi bermanja dengan si Q nan satu.

day 12

my sonshine-9m5d

haih.
rindu








cepatlah jam 5

p/s : dah jadi emak-emak ni memang mcmnilah kot perasaan kan? rindu hoi.

Wednesday, October 1, 2014

Happy 9 Mo sayang!

pic semalam :-)

Ahhh kejap masa berlalu,
Padahal teringat-ingat masa nak serah diri kat HPJ dengan lengang mak minah gitu.

Lol.

Rindu masa pregnant kan NW.








haha. misteri sgt kata-kata ku itu