Tuesday, December 17, 2013

happy 38weeks

Yes,

Dah 38 minggu 2 hari.
Aku?

Alhamdulillah, masih tiada tanda-tanda nak bersalin.
Masih diberi kesihatan yang baik.
Masih larat bekerja.
Masih boleh berjalan dengan laju-laju.
Masih boleh makan dengan berseleranya.

Weaaahuuuu..total berat naik sepanjang pregnancy : 6kg (WELLDONE)

hahahaha..muka wanita mengandung 9 bulan!!
abaikan kegedikan pic tu.



Thursday, December 12, 2013

12122013

HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF

HAPPY 28!


ALHAMDULILLAH,
ALLAH MASIH BERI AKU KESEMPATAN UNTUK MERASA HIDUP DISAAT 28 TAHUN INI.
KINI KEBAHAGIAAN MILIK AKU.
INSHAALLAH.

TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS KURNIAANMU INI. AKU BERSYUKUR DIBERIKAN KELUARGA & SUAMI YG SENTIASA BERSAMA KETIKA JATUH BANGUNKU.

DAN...

ZURIAT YG BAKAL DILAHIRKAN.

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN BUATKU.

HAPPY 28 TO ME;
HAPPY 37WEEKS 4 DAYS.

AND I'M COUNTING DAYS <3 p="">

Alkisah 1 November 2013

Assalamualaikum.

Haaa..baru terhegeh2 nak update kan?
Aku baru elok sihat dari demam dengan infection-- haih biasalah, tiba2 plak demam. Paru-paru aku ni sensitif gara kucing kot.

Okay, ini adalah entry SUPERPANJANG dgn tulisan.

Ni aku cite psl aku mengalami spotting pada 30minggu++
aku sangkakan mungkin akibat aku melasak. Sebab masa tu aku balik ke rumah mak kat Seremban, mata ni cepat semak tgk keadaan bilik aku berselerak. Maka datang hantu rajin aku mengangkat perabot2 seperti katil+menolak almari mekap aku. Hihihihi..

Esoknya aku perasan ada spotting, hati berdebar. Tapi...aku biarkan.
Bagitahu OH, dia lebih2 risau. Aku biasalah, relaks semedangggg.

Sampai lah dekat 2 minggu kemudian. Spotting tu ON-OFF je la tu yg aku tak amik port walaupun aku cite dekat kawan2 opis. Dorang bising2 suh aku g hospital--until la 1 November 2013, OH call cemas-cemas dr office nak bawak aku pergi klinik O&G. Kepohhh sgt, dia kata kwn2 office dia bising dekat dia suruh bawak aku g hospital utk check.

Lelaki ok..lelaki lagi concern. Hahahah..

Terus ke Klinik Hanita di Desa Pinggiran, dan bestnya masuk2 bagitau doktor. Doktor cuma cakap;

"better you pergi hospital, kalau dah spotting/bleeding ni..boleh jadi macam-macam punca contohnya baby nak keluar awal..ataupon takut you dah ada bukaan..so sila pergi sekarang, dan siap2kan bag ye incase kena warded"

GULP!!

telan air liur, HOSPITAL? sumpah FOBIA. Hahaha, teringat aku kena masuk air masa kes dulu--

so aku balik rumah, makan-makan kejap. mandi-mandi & packing. muka sedih gila babiss ok. aku bukan takut psl terberanak awal atau apa..aku takut ape2 jadi kat baby. (baru terfikir baby laaaa kan?)

sampai kat emergency, budak kaunter suruh terus naik ke Dewan Bersalin. Lagi aku blur-

ok, ade kaunter kat situ. Bagitau apa masalah aku, serah buku merah. Tunggu around 30 min- jantung laju je. Tgk bapak-bapak & family yg menunggu isteri/anak masing2 bersalin. Dah nama pon dewan bersalin. Kang kejap2 dengar suara baby..kang nampak baby kena tolak keluar, nampak wanita-wanita baru bersalin nk ditolak ke wad. Omaigod..nervous babe.

Nama aku kena panggil, ok masuk bilik saringan. Macam wad gak, tapi ade beberapa katil. Aku usha la dalam tu. Kebanyakkan nya masing2 tunggu turn nak bersalin..ada yg kena pantau CTG, ada yang kes gugur..ada yang mcm aku..

dah timbang2 berat+amik tekanan darah. Nurse suruh baring di salah satu katil kosong-

Muka blur, aku baring sambil berdoa..harap2 xde kejadian buruk berlaku.
Sekali masuk seorang doktor lelaki. Pasangkan CTG (google sendiri la eh menda alah tu)..doktor tanya2 sikit psl aku. Tanya bape lama spotting tu then---

part SCARY.

tirai kena tarik, dan aku melihat peralatan diatas tray yg ditolak-
menjerit dalam hati sambil mencarut.

aku : eh eh..doktor nak buat ape ni??? jangan kata nk rodok saya dengan bendalah tu..(separa menjerit)

doktor & nurse senyum.. doktor siap gelak2

doktor : alaaa..pakai muncung itik ni je..sy nak check, nak tau punca spotting -- sambil angkat menda alah tu tinggi2

aku : eh, tak serius sebenarnya..tak payah la kot

doktor & nurse gelak-- woih aku serius, tak melawak

aku : perghhh menyesal sy serah diri

doktor : tak sakit la puannn..

dah, aku xnak cerita selebihnya.. faham-faham la ape yg terjadi. lucky me, aku si pensaiko gila babas..almaklum selama ni aku dgr cite kwn2 je psl D&C la, ERPOC la, PAP SMEAR la..btw prosedur sama. Tgk alat tu pon rasa mcm takleh imagine..doktor & nurse berusaha mengodek apa permasalahan aku tu.

Sakit? Tipulah tak sakit..tp aku punya menyesal supertinggi, maka tak rasa sakit..aku nyanyi2 lagu rasmus dalam hati sambil tgn pegang besi katil- damn.

settle. keluarkan besi2 bagai tu..

dgr doktor cakap dengan nurse.

POLYPS.

aku mcm..polip?? apebendaaaaaa..

aku : nurse, ape polip tu? x bahaya kan?

nurse : entah, taktau..ok puan bangun ye..pergi scan.

feuwwwwwhhhh...rasa lega. Yg penting selamat sudah dr prosedur pelik2 tu.

Now di katil lain. Kena scan, lama gila kot kena godek..
sekali silap, doktor lain datang. Bawak tray baru-- nurse lain.

aku : what??? AGAIN? -- ternganga kejap mulut aku, tau je la. aku rasa muka aku mcm da keronyok habis. DOWN kejap.

Doktor chinese : hehe..yalah puan, we all kena check balik because we saw something inside your rahim.

aku : perlu ke?

Doktor A : puan, kena buang benda tu..

Doktor chinese : ye, bertenang ye

Perghhhhh...this time lagi SAKIT-- kena cungkil, aku tak pasti apebenda..yg aku tau aku mcm kena JACK kereta.hahaha..

aku nampak besi mcm gunting panjang nak amik arang waktu BBQ.
kapas-kapas.. dan aku hanya berdoa jek cepatla proses ni berakhir.

sekali dah keluar, doktor A tunjuk kat aku;

Doktor A : puan..puan, tengok ni..dah dikeluarkan 

aku : eeuw..dah2, sy sakit ni. cepatlah.. (hangin mode)

Doktor Chinese : puan jangan risau ye, selepas prosedur ni..puan akan bleeding seperti period. Dont worry, akan ambil masa sehari dua untuk pulih luka.

boleh, dorang main2 benda tu letak dalam botol..suruh aku tengok and amik gambar. Tak KUASA, aku dah cedera dalaman ni. Otak aku xde nak amik2 gambar bagai..ko simpan la mendalah tu..
Besar suku jari kelingking aku kot ketulan daging tu..

Bangun2 je, perlahan je aku jalan. Tunggu doktor buat report.. sambil2 tu aku ditegur pesakit2 yg baru sampai & pesakit yg baru kena "seluk"..ada yang betul2 dah nak bersalin..relaks je berborak dgn aku.. muka masing2 serius redha especially yg baru kena D&C.. dan bakal di D&C.

haha..alkisah pengalaman aku yg x mungkin aku lupakan..walaupun sebenarnya panjang, tp aku ringkaskan.
teringat doktor A cakap;

"puan nak bersalin, kena dalam keadaan seperti ni tau..tapi katil dia lagi BESAR..heheehhe"

ngekkkkk..

17 Disember 2013- aku ada appointment dengan dorang lagi.

"puan, jgn lupa ye.checkup..tp kalau puan dah bersalin masa tu, xpelah..ni kalau belum lagi bersalin sebab masa tu puan da 38weeks"

FINE!

aku keluar, sian tgk OH..lama gila dia tunggu kat luar. Org lain tunggu luar dengan ada baby--dia tunggu aku dengan muka aku mcm nak meroyan. hahahah..

sambil cepat2 pegang lengan dia - tak pernah2 aku nk mengedik mcmtu okey..jalan sopansantun lagi. mendapatttt ko kan?

"abggggggggggggggggggggg...syg kena sodokkkkkk"

OH muka terkejut.

OH : serius?kenapa? cite kat abg meh?..jalan slow2 ye...

aku : tah ade ketumbuhan kecik dalam rahim syg

OH : alaa..xpelah ye, syg kan kuat dari dulu hingga kini dan selamanya

aku : wuuuuuuuuu..patutla muka yg kuar dari bilik saringan tu semua toya, dorg semua baru pas kena sodokkk gak

OH : haah kan? patut muka masing2 toya td. xpe..nnti elok la tu.. mesti doktor hensem tu yg rawat syg td

aku : omaigodddddd... i dont care la dia hensem ke tidak..tp seriously benci!!

btw, doktor2 tu semua ok & baik..dah nama pon kerja dia kan..aku ni je merentan x psl2. sbab segan la..aku td sempat lg sakit2 tu tanya soalan kat doktor

"eh..xde pekerjaan lain ke? jd la doktor haiwan"

senyum aje doktor hensem tu.

"suka eh kerja mcmni" -- emo x aku?

haha, maafkan sy ye doktor..nervous mmg mcmtu..

okay bawah ni ade aku amik dari babycenter.

Apakah punca-punca lain yang boleh menyebabkan pendarahan faraj semasa hamil?

Mungkin ada perkara-perkara lain yang sedang berlaku dalam badan anda yang menyebabkan pendarahan ini:
  • Pintu masuk ke uterus anda iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks.
  • Anda mungkin mempunyai fibroid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
  • Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks anda. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
  • Anda mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
  • Anda mungkin menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.


http://www.babycenter.com.my/a1031215/pendarahan-ringan-atau-pendarahan-faraj#ixzz2nFLdkjdP


okay, aku nye kes adalah polip serviks.
peralatan yg digunakan--



okay..hahaha ngeri.

Thursday, December 5, 2013

sejenis apakah perasaan ini?

Haaa..
aku ada perasaan pelik. taktau la org lain mcm aku atau mmg aku je sorg2 feeling pelik.

aku takleh tgk haiwan.
tau haiwan? animal..atau bahasa pasar binatang. bukan bintang ye..binatang.

ke aku obses????
nanti mesti aku terlalu teruja overload atau kadang2 rasa mcm nak nangis.
baru tgk.

susah hati kan perasaan mcmni.

aku perasan part kalau tertengok gambar-gambar panda. mmg dari dulu aku suka sangat haiwan ni.

nanti mula lah..mengadap lama-lama.
haihhh bukan peel org pregnant tau..dari DULU aku mcmni.
tp depan OH aku kawal..matik kang kena sound.

dengan kura-kura pon aku obses.
kucing.

kang tertengok kucing tepi jalan, mula lah sedih hati..teringat2 sampai tidur.
nampak anjing tepi jalan kena hujan pon dah tangkap emo.

belum lg nampak tikus2 berlari..

tah, aku mental kot eh?
hahahha..

okay nak share keterujaan aku terhadap si comel ni..geram gila rasa mcm nk peluk2!!
kalau aku kaya, aku beli wei..bela!

gila comel!!!!

panda

Tuesday, December 3, 2013

pregnancy survey

Eh nampak sangat takde benda nak dibuat, bosan actually. Buat kerja sambil baca pasal pregnancylah-hypnobirthing lah-pengalaman bersalin lah. Amik sikit-sikit pengetahuan atleast tak la nervous..KONON.

mehlah layan survey ni. cedok dekat google.


1. Was your pregnancy planned ?  
   yup, i'm ttcian


2. What was your reaction ? 
   alhamdulillah+suprised+happy+blessed


3. Who did you tell first ?
    my bff- shila


4. Are you having a boy/girl ? 
   mihmihmih..supriseeeee


5. Did you have morning sickness? 
   No, lucky me

6.Did you have any cravings ? 
  Yes, chocolate+coco crunch+ice cream & pisang goreng


7. Did you have any mood swings ? 
   err..sometimes, but i dont show it. eheh


8. How many kilos did you gain during the pregnancy? 
   nice one, mihmihmih..so far 5kg.


9. What pregnancy discomfort have you experienced?
   bloated


10. When is your EDD? 
    end of december 2013, 29 maybe.


11. Who do you think it will look like? 
    OH?hahah..


12. Have you bought anything for the baby yet?  
    yes.


13. Have you picked out names ? 
    not yet.



14. Do you have stretch marks ? 
    so far, no


15. Belly button in or out ? 
    innie

Crossfade - Cold