Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

12122013

HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF

HAPPY 28!


ALHAMDULILLAH,
ALLAH MASIH BERI AKU KESEMPATAN UNTUK MERASA HIDUP DISAAT 28 TAHUN INI.
KINI KEBAHAGIAAN MILIK AKU.
INSHAALLAH.

TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS KURNIAANMU INI. AKU BERSYUKUR DIBERIKAN KELUARGA & SUAMI YG SENTIASA BERSAMA KETIKA JATUH BANGUNKU.

DAN...

ZURIAT YG BAKAL DILAHIRKAN.

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN BUATKU.

HAPPY 28 TO ME;
HAPPY 37WEEKS 4 DAYS.

AND I'M COUNTING DAYS <3 p="">

Thursday, December 5, 2013

sejenis apakah perasaan ini?

Haaa..
aku ada perasaan pelik. taktau la org lain mcm aku atau mmg aku je sorg2 feeling pelik.

aku takleh tgk haiwan.
tau haiwan? animal..atau bahasa pasar binatang. bukan bintang ye..binatang.

ke aku obses????
nanti mesti aku terlalu teruja overload atau kadang2 rasa mcm nak nangis.
baru tgk.

susah hati kan perasaan mcmni.

aku perasan part kalau tertengok gambar-gambar panda. mmg dari dulu aku suka sangat haiwan ni.

nanti mula lah..mengadap lama-lama.
haihhh bukan peel org pregnant tau..dari DULU aku mcmni.
tp depan OH aku kawal..matik kang kena sound.

dengan kura-kura pon aku obses.
kucing.

kang tertengok kucing tepi jalan, mula lah sedih hati..teringat2 sampai tidur.
nampak anjing tepi jalan kena hujan pon dah tangkap emo.

belum lg nampak tikus2 berlari..

tah, aku mental kot eh?
hahahha..

okay nak share keterujaan aku terhadap si comel ni..geram gila rasa mcm nk peluk2!!
kalau aku kaya, aku beli wei..bela!

gila comel!!!!

panda

Friday, November 8, 2013

Perginya salah seorang insan tersayang...

Al-Fatihah

 
Assalamualaikum & Salam Jumaat, 4 Muharram 1435.

Sedang seluruh umat islam menyambut tahun baru, aku sekeluarga menerima satu khabar sedih,
pemergian abg sepupu tersayang yg kami sekeluarga anggap sebagai abg kandung sendiri pada 1 Muharram 1435 jam 11.05malam.

Allahuakhbar!
Pemergian yg sangat mengejutkan dan sukar nak diterima... tapi Allah s.w.t. lebih menyayangi beliau. Bagi kami perginya amat senang dan terlalu cepat..

Abg teh nama timangan, dia pernah di jaga oleh arwah abah dan mak sewaktu kecil-bujang. Sifat dia yg penyayang dan kelakar buat kami semua senang bersama dia. Masa bujang dulu, arwah abah aku cerita depan-depan dia..kami semua adik beradik leka dengar peel dia..nakal. Kat kampung dulu terkenal dengan perangai lasak, nakal. Sape je tak kenal Heri, sampai lah org kampung kalau ada kejadian-kejadian buah-buah dorang kena petik ke, habis ke..haiwan ternakan terlepas dr kandang ke ikan kat kolam habis di tanguk ke mesti org kampung dok ingat dia padahal org lain yg duk buat kerja-kerja tak senonoh tu. Satu hari, ade org kampung nampak dia terus tuduh dia yg curi rambutan. Dia sabar je balik rumah.. tapi..malam tu ada akal dia. Dia bawak kapak, pi tebang pokok rambutan org tu.. dengan muka bangga, dia sendengkan pokok tu kat pagar rumah org tu balik. Tanda protes... tapi tulah, dalam nakal dia tu. Peti surat rumah penuh dengan surat2 anak dara kampung dok meluah rasa cinta. Everyday plak tu sampai ada cikgu-cikgu sekolah patah hati lah..yg baiknya, dia tak melayan pon..dia betul2 ada sorang perempuan je dalam hidup dia..iaitu gadis sarawak non muslim yg sekarang ni adalah isteri dia (semua pelik mcm mana dia bleh usha awek sarawak, tp kegilaan anak dara kampung..muka dia mmg dikategorikan hensem ala-ala pramlee gituu)..

Aku nak taip ni pon rasa sebak sgt2, dia mmg rapat dgn kitorang semua since keluarga kami ni kecil je. Terlalu banyak kenangan yg susah nak dilupakan.. Walaupun dia abg sepupu, tapi setiap kenduri atau majlis dia tak pernah miss untuk datang dan jadi org belakang tabir even dari majlis merisik-bertunang sampai lah kahwin, abg teh ada untuk jadi ketua jurucakap selain abg-abg aku sendiri. Betapa besarnya kepercayaan keluarga aku kat dia. Dia gak seorang suami dan abah yg baik, tak pernah lagi aku dgr dia menempik-nempik tau meninggi suara kat keluarga dia or adik beradik dia sendiri.

Aku nak cerita panjang pon sampai bila-bila tak habis, ayat aku pon dah bersepah-sepah sebab nak update blog cepat2..(sebab aku ada dua lg story nak kena up--next entry la nampaknya)
Yg pastinya, abg teh akan dirindui..tiada lagi senda gurau abg teh di hari raya..tiada lagi cerita merepek dia, tiada lagi senyuman manis dia...

#arwah pergi dengan mudah, ketika dia bersama rakan-rakan karib duduk di kedai minum, arwah dikatakan sesak nafas tiba-tiba dan dalam perjalanan ke hospital, arwah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan rakan-rakan dia#

:-(

Arwah dalam kenangan..
1 Januari 1961 - 5 November 2013
p/s : akan merindui masakan ikan talapia goreng balado fresh air tangan abg teh-- sendiri tangkap, sendiri siang, sendiri masak...

Al-Fatihah Ahmad Khairi b Mohamed. Damailah di sana, semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg dikasihi Allah serta bersama org2 yg beriman. Amin

(dapat lah arwah bertemu arwah abah di sana...sobs)

Friday, February 12, 2010

keresahan

No plat depan keta aku da tercicir tgh highway. Maybe laju kot~ da mang retak.
"its ok, nti g buat plat baru ea?"
walaawaiahhhh...sgt concern. Bagos. Calon terbaek utk jd bf terbaek.
best among the best. Apakah????
abaikan. Semalam sgt panas.. tiade kaitan dgn banyak dosa etc...
aku da selalu mandi tgh2 mlm, pastu time tido. Batuk2 cm nak mati.
so aku pasang earphone (sbb tu mase ade lawatan di NIOSH, dorg kate telinge aku problem akibat terlalu terdedah dgn bunyi yg kuat... encik tu kate SELALUNYA yg rajin pergi disko mengalami masalah pekak mcm aku nih)
helo..aku suke pakai earphone. Takde kaitan ngn club.
so aku dgr lagu bising2 b4 tido- akhirnye aku lelap..lena smpi ke pagi....
thanks to sis hana- yeaaayyy...jatuh cinta dgn dia!!! Brandon Flowers..jatuh cinta utk kali ke 900~
-30seconds2mars
-paramore
-thekillers
-withintemptation
hey hey- Happy Chinese New Year 2 all Chinese bloggers out there. Gong Xi Fat Chai~
cuti lame.
haha.. hati2 di jalan raya, aku tgk encik misai baju putih da banyak amik2 port tgh2 highway.
tghr td terkejar2 bersma sis hana n sis mas. Mcm biase, makan dlm keta. Perempuan hebat!