Thursday, December 12, 2013
12122013
Friday, September 27, 2013
Appointment 3D4D With Miss Jezzlyn- Poliklinik An Nisa' Sri Kembangan
Okay, tajuk entry pon dah buat aku excited nak menaip - syok sendiri.
Actually, aku dah booking online dari lastweek. Excited+nervous sampai termimpi-mimpi. Teruk sangat perangai aku ni.
Memandangkan hasil review+research, aku terjebak nak buat appointment 3D4D dengan Miss Jezz ni memandangkan dia agak popular dikalangan blogger2 M2B ni.
Serius tak sabar-
Menghitung hari-- detik demi detik-- hei, bayangkan gaji keluar 25 Sep 2013 aku tak pedulik ok...betapa hebatnya penangan nak tunggu 26 Sep 2013 punya pasal (date appoinment).
Tarikh ditunggu telah tiba. Aku pilih time lepas maghrib..dengan harapan baby aktif (oh..baby ku aktif tak kira masa sebenarnyaaaaa)
-- 7.20PM / 26 SEP 2013
masuk-masuk klinik, bagitau pasal aku da booking online tu. then daftar kejap.
tunggu dalam 10 minit, terus turn aku. Masa sampai tu, ade couple tgh tunggu nak dpt cd/gambar.
then couple yg ini keluar, aku masuk. So total, ade 3 couple termasuk aku masa tu. Siang-siang tu aku tak sure la berapa ramai.
Ada satu amoi panggil; dalam hati aku -- ni kot Miss Jezz.
Yup, alahai muda lagi. Comel plak tu..
Dah say Hi..dia suruh aku baring sambil-sambil dia tanya bila EDD aku.
OH dia suruh duduk kat kerusi belakang dia.
So dia suruh tengok skrin, ni 1st time OH tgk scan2 ni. Aku pon sama, 1st time..yg 2D kat KKIA tu pon bukan aku faham pon. Masa tu baby pon tak macam baby..skrin kenit je.
Terus2 muka baby mengadap skrin. Excited kitorang- serius weh tak tipu. Aku mcm; Ya Allah..anak aku ke? Alahai.. (jangan tak tau, otomatik mata ko berpasir ye..hoo..sorry baby, ibu touching kejap masa 1st tgk muka awk kat skrin tu)
Alhamdulillah, baby memang elok mengadap aje. Takde lindung2 tangan ke apa..tunjuk muka. Kemho sgt! (camwhore ikot perangai ibu eh???!!).
Miss Jezz puji baby sebab senang sangat nak scan dia, nak ukur-ukur. Cuma sepanjang scan tu, kerja baby menendang aje ye..
Miss Jezz : wahh good baby..cute sgt. hidung mancung, bibir kecil..ikot sapa ha?
Miss Jezz : baby, suka kick mama ye?
Miss Jezz : adik..adik..bangun kejap, nak ambil gambar kejap..sikit je..cepat-cepat bangun..mama dengan ayah nak tengok ni.. (haa dia tendang lagi)
Comel sangat-sangat Miss Jezz cakap-cakap dengan baby..yg cute nya dia panggil "adik".
hehehehe..haah, baby asik menendang aje..tp tidur. Kang kejap isap jari..
Miss Jezz dah ukur2 semua tu..dia kata baby ok. sama besar dengan usia dia..cuma kurang seminggu ajelah..baby aktif. Then Miss Jezz cakap nak tengok jantina plak;
Miss Jezz : okay, jom kita tengok jantina..belum tahu kan?
Aku : haah, itu yg nak tau sangat tu..heh hehe..
Baru aje letak scan tu kat perut, haaaamikkk terus tunjuk aje. Terus terkejut Miss Jezz..mata ktorg mengadap skrin tu..dia siap cakap;
Miss Jezz : wahh..baru cakap, baby sudah terus show eh? aaa tak malu la kamu..haa nampak tak? nampak tak?? okay..meh saya flashback balik ye..seeee -- dia tunjuk dekat skrin.
Miss Jezz : ini sudah confirm, takde tukar-tukar dah. Jelas ha dia tunjuk..mmg takde malu la ini budak comel.
OH n aku da tergelak-gelak dah, serius ye kelakar. Nakal sangat, dahla menunjuk mcmtu..lepastu asik "kick" aje.
Puas hati tengok baby dalam tu, tersentuh hati. Tengok plak muka OH, syahdu kejap..OH sangat-sangat la excited. Tak pernah aku rasa tengok suami sendiri teruja overload mcmtu.
Miss Jezz masih dengan tugas-tugas dia, amik gambar baby dengan senang hatinya. Dia bagi tau yg baby elok je melintang..dia cakap, ada baby kadang-kadang amik masa jugak nak pujuk tapi still taknak tunjuk muka. Kalau ada pon kejap sangat katanya..
Dah borak kejap, baby aku dok tidur. Dia kejutkan;
Miss Jezz : adik..adik (sambil cucuk2 perut aku kat area muka dia)..bangun kejap adik, nak ambil gambar..senyum la..senyumla baby..
woaaaaaa..dia bangun terus menguap+mengeliat lepastu buat muka cembeng..
Miss Jezz : alololo..dia sudah nangis pula..kacau sikit..sudah nangis..hahaha..so cute.
Dalam 10 minit, settle dah. Happy rasanya, Miss Jezz cakap kat aku..senang sebab baby bagi kerjasama yang baik sekali. Awwww..happy sgt dpt buat appointment dengan Miss Jezz ni, sampai rasa nak buat banyak-banyak kali je.
So dah siap-siap, say thanks dekat Miss Jezz. 5 minit kemudian, dapat CD & printout selai dengan detail scan tu. Total RM120 je.. Best2! Balik tu terus ke JJ Equine sbb nak makan claypot chicken rice. Macam biasalah, favourite.
OH menyengih ajelah semalam. Dan-dan je terus jadi lovely-gila-nak-pitam.
OH : anak buat ape tu..
kang kejap-kejap pegang perut..yelah, baby sentiasa gerak aje kan. kang tanya lagi..Iyolahh anak abah lah nampaknya tu kannnn.
Ok, panjang cerita..aku letak pic scan semalam.
:-)
| kaki & tangan dia yg suka bergerak2 tumbuk perut ibu ^_^ |
| haa ni muka cembeng..ngada2 eh? |
| hai! 1st pic masa scan..pic yg aku terharu sangat |
| yeay! sy suka tendang tendang tendang (masa miss jezz kejutkan dia) notty! ^_^ |
| ini saje wajah sy..nanti nak tengok sy yg real..tunggu sy keluar dr perut ibu ye? |
haaa sekian aje cerita pasal Scan3D4D ni, aku suggestkan m2b yg masih tercari2 tempat nak scan..sila lah booking di Scan 3D4D Malaysia tu ye.. especially dengan Miss Jezzlyn.
p/s : thank you so much Miss Jezz..kami sgt puas hati dengan kerja Miss. Muah!
sambungan kisah- suprise OH
before tu mari aku cite serba ringkas macam mana aku bgtau OH psl aku preggy ni;
lepas aku buat OPK + UPT tu BACA SINI.
Aku siap-siap pakai jeans semua, tunggu dia balik then aku pesan awal-awal yg aku nak pinjam kereta sat. Jam 8.30pm aku da tunggu siap-siap kat bawah sementara tunggu dia sampai. Less than 5 mins OH pon sampai, aku terus ke kereta then OH keluar nak naik rumah.
OH : nak gi mana tergopoh gapah ni?
aku : er..guardian.
OH : oh..pad da habis ye. Ha hati2 ye.
(btw, OH ni kalau dgr aku g guardian ke watsons ke..mesti bajet aku beli pad je kekdahnya..haha..faveret tempat ok kalau masuk mesti nak sejam dok bertafakur dlm tu..habis semua benda nk godek2 walaupun benda yg sama)
aku pon memandu ke arah P8, kat situ ade guardian. Dengan excited terus pergi ke tempat jual UPT..
erkk.. CB Digital takde..habis stok, tinggal UPT biasa2 je. Aku beli satu kat situ, jenama Dip & Tell hijau 1 box. Dalam hati tetap tak puas...nak gak CB Digital tu, nak betul2 confirm. Yelah aku guna UPT singgit je..manelah tau benda tu menipu aku ke kannn.. *konon*
sambil drive tu, da OTW balik dalam drive tu aku terus melencong ke Alamanda. Haih, dah jam 9.15pm dah. Aku tak masak lagi ni, drive ke sane. Parking je lelaju, terus ke guardian sana.. Alhamdulillah, banyak stok UPT..siap ada diskaun lagi.
Aku beli 1 CB dan satu lagi stok UPT disclosure. Waaahhhaha.. over kan? G kaunter, adik tu senyum simpul tengok muka aku teruja. Then terus balik, niat nak beli kotak+kad..kengkonon kalau dah confirm tu nak letak dalam kotak siap wording2 yg sweet la. Tapi bila fikir balik, aku loya sendiri..yelah kau dah kenapa tetiba nak sweet2 bagai???
Sampai rumah, masak kejap. Terus g toilet sambil sorok kan CB tu dalam towel. heh
-- berdebar-debar gak ni tgk skrin tu, almaklum. 1st time guna..dia berkelip2 je..
PREGNANT
2-3
Alhamdulillah, keluar cepat2..bawak benda tu and UPT dan OPK yg try sebelum tu..letak dalam beg org kawin..tah sape kawin tah..aku sauk sbb ade banyak..
![]() |
| Inilah OPK (hijau) + UPT (biru) aku (30 April 2013) |
![]() |
| CB yg beria aku dok beli kat Alamanda |
![]() |
| 1 Mei 2013 - confirmkan dekat klinik P14. Alhamdulillah. |
Thursday, February 9, 2012
2 in 1
Actually my fiance proposed me and he asked me this...

My Lauri tu aku set untuk OH. Since 1st declare, tak pernah letak nama lain. Sebab nanti aku blur terukk. Aku mcm....
mamat ni melawak ke? kan da bertunang.
Siap bgtau kawan aku lagi, dorg marah aku sebab;
"bodoh ek, gila habis romantik dah tu tau..balas je la..jgn cari pasal. cakap je YES i DO"
teka lah aku jawab ape.
.
.
.
.
.
.
.
YES I DO
.
.
.
haha, xde maknanya.
.
.
.
.
.
"Alhamdulillah, yeyeyeyeye nak taweeeennn"
p/s: mesti muntah darah kan kan kan?..kahkah..supergediks! igt selalu ke nak tunggu OH mcmni. Tak dapat der..setahun sekali dua je bsifat romantik.
Wednesday, December 21, 2011
MC dan Ubat
Friday, July 1, 2011
Fai's Wedding + Baby Dhia
My new niece- Baby Dhia Zahra anak Sis Aisyah~
masa fai wedding ri tu. Hikss.. nice! Food pon sedap...
ini tuan tanah kedaus...opss..kedaung! Pic hari ni...yeahh..fine, size aku tidak merubah ape2. Cabaran diambil lagi dan lagi dan lagi..
8 bulan untuk 10 kg?
boleh kah?
(baru aku tahu, kenapa mamat tu kutuk aku...im FAT. Alhamdulillah, tu makne nye OH pandai jaga aku dengan baik. Bagi makan pakai cukup, whatever la de tak romantik pon. Nama pon belom kawin, x kan sesuke hati nak pegang2 aku lak kan? Tak kisah pon de tak buat suprise2, bagi bunga/coklat bila merajuk and the best part is TAK PUJUK langsung. But im so happy with him. Happy yg real okay, bukan pura-pura.... hahaha. Loser nye jokes.)
aku kat opis lagi, agak penat la.
Ni tgh berfikir nak setting blog ni, tah ape2. Rimas+semak.
syok sendiri je aku ni. Lebih2 plak...Nak start edit blog la..
tata
Thursday, May 20, 2010
my anniversary
20-4-2010 [anniversary]
laju2 je pas balik kerja, amik aku kat opis ajak g Lunch.
tadaaaa- malam kuar lagi. Pas balik kerja..
lau da suka AYAM. APe2 pon AYAM kan. AKu layankan aje. Dah dinner sempena anniversary. Sumpah la sempoi
(aku mang x expect ape2 pon..cuz aku tahu perangai de x seromantik ex aku..auuww statement membunuh)
dah kenyang. Nyanyi plak kan?
(aku ade rakam video de nyanyi lagu GADISKU)
terharu *tibe2*
aku tau..mase ni de terjerit2 nyanyi lagu READ MY MIND
yeay...windmill~
repeat karaoke!
tgh pikir nk jalan2 ke mane lg~ ohhhh
*muakk ek entry ni*
Monday, March 29, 2010
weekend
"awk nanti, jgn bagi dia (wafi) lelap.. dah lelap je de, hah payah la nak kejutkan de. nak2 plak lau de mang tgh tak cukup tido.."
Thursday, February 25, 2010
khamis weh
Friday, January 29, 2010
rasa riang rasa hebat
aku n jina lunch same2 ri ni (yeaa..de da start keja..haha dekat ok,sbelah je)
menten je minah lost ni, mcm ank dara ok. Padahal?mak kepada fea tuh..so lepak mane lg. Cyber la, aku kan memang makmaut. Destinasi adalah OT-
pdhal kat alamanda ade je kan. Aku nk privacy, senang nk melakukan aktiviti terkutuk..hikhikhik.borak2+gelak2
adei, terus teringat kenangan mase belajar. Seronok!walaupun ko suke ngigau, aku tetap syg ko..Opsss...
mulanye mcm rase berong je minggu ni. Aku kan single, bf takdo.
tapi jam 3pm, dpt msg
"abg cuti sabtu & ahad..."
ohh..abg ke? maluuuuu ahhh kan. Yeayy terus aku rase riang gumbira-rasenye de gaji.
yeay! yeay! nak pau nak pau nak pau!
(gedik nk mmpus)
kena la happy, bukan sonang de nk cuti kan. Sekali sekala gedik tak pelah. Baek gedik cm aku dr gedik terlebih yg melampaui batas.
dan satu. Jangan hipokrit.
aku gedik. kesah ke?
(belaja pakai cekak..thehe *cover rambut yg semakin menipis)
5.30pm? ohhh..mau balik tunggu gemok...yeszaaaa~bubye. Selamat Berhujung Minggu
*isnin cuti hari wilayah*
Thursday, December 31, 2009
Alhamdulillah
Alhamdulillah lah..Sujud syukur, tak tahu nak kate ape.. Tapi mang suke+happy...rezeki tuk semua. Amin
Thursday, December 24, 2009
happy holiday sume
Tuesday, October 20, 2009
discussion+karok+mamam
ini adalah sekitar hari Ahad (18/10/2009)
lepak2 dgn gadis.
yg lost:
abear
suhaina
kim
ekin (always)
teraju utama:
nor
roses
dieja
fifie
mang nor suke amik gmbar ngn aku-selaku adik mase sekolah dulu
haha..xnampak.
again...bedepot sungguh aku!
dieja yg pending...nampk mato je..
Monday, September 14, 2009
Jumaat-Sabtu-Ahad
kasut comel+tshirt+bidai bunga2+mesin jahit
nak siap2 gerak dah (kakak aku cam bos2 je bdiri cmtu)
kad raya yg nak post :-)

















