Friday, November 8, 2013

Perginya salah seorang insan tersayang...

Al-Fatihah

 
Assalamualaikum & Salam Jumaat, 4 Muharram 1435.

Sedang seluruh umat islam menyambut tahun baru, aku sekeluarga menerima satu khabar sedih,
pemergian abg sepupu tersayang yg kami sekeluarga anggap sebagai abg kandung sendiri pada 1 Muharram 1435 jam 11.05malam.

Allahuakhbar!
Pemergian yg sangat mengejutkan dan sukar nak diterima... tapi Allah s.w.t. lebih menyayangi beliau. Bagi kami perginya amat senang dan terlalu cepat..

Abg teh nama timangan, dia pernah di jaga oleh arwah abah dan mak sewaktu kecil-bujang. Sifat dia yg penyayang dan kelakar buat kami semua senang bersama dia. Masa bujang dulu, arwah abah aku cerita depan-depan dia..kami semua adik beradik leka dengar peel dia..nakal. Kat kampung dulu terkenal dengan perangai lasak, nakal. Sape je tak kenal Heri, sampai lah org kampung kalau ada kejadian-kejadian buah-buah dorang kena petik ke, habis ke..haiwan ternakan terlepas dr kandang ke ikan kat kolam habis di tanguk ke mesti org kampung dok ingat dia padahal org lain yg duk buat kerja-kerja tak senonoh tu. Satu hari, ade org kampung nampak dia terus tuduh dia yg curi rambutan. Dia sabar je balik rumah.. tapi..malam tu ada akal dia. Dia bawak kapak, pi tebang pokok rambutan org tu.. dengan muka bangga, dia sendengkan pokok tu kat pagar rumah org tu balik. Tanda protes... tapi tulah, dalam nakal dia tu. Peti surat rumah penuh dengan surat2 anak dara kampung dok meluah rasa cinta. Everyday plak tu sampai ada cikgu-cikgu sekolah patah hati lah..yg baiknya, dia tak melayan pon..dia betul2 ada sorang perempuan je dalam hidup dia..iaitu gadis sarawak non muslim yg sekarang ni adalah isteri dia (semua pelik mcm mana dia bleh usha awek sarawak, tp kegilaan anak dara kampung..muka dia mmg dikategorikan hensem ala-ala pramlee gituu)..

Aku nak taip ni pon rasa sebak sgt2, dia mmg rapat dgn kitorang semua since keluarga kami ni kecil je. Terlalu banyak kenangan yg susah nak dilupakan.. Walaupun dia abg sepupu, tapi setiap kenduri atau majlis dia tak pernah miss untuk datang dan jadi org belakang tabir even dari majlis merisik-bertunang sampai lah kahwin, abg teh ada untuk jadi ketua jurucakap selain abg-abg aku sendiri. Betapa besarnya kepercayaan keluarga aku kat dia. Dia gak seorang suami dan abah yg baik, tak pernah lagi aku dgr dia menempik-nempik tau meninggi suara kat keluarga dia or adik beradik dia sendiri.

Aku nak cerita panjang pon sampai bila-bila tak habis, ayat aku pon dah bersepah-sepah sebab nak update blog cepat2..(sebab aku ada dua lg story nak kena up--next entry la nampaknya)
Yg pastinya, abg teh akan dirindui..tiada lagi senda gurau abg teh di hari raya..tiada lagi cerita merepek dia, tiada lagi senyuman manis dia...

#arwah pergi dengan mudah, ketika dia bersama rakan-rakan karib duduk di kedai minum, arwah dikatakan sesak nafas tiba-tiba dan dalam perjalanan ke hospital, arwah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan rakan-rakan dia#

:-(

Arwah dalam kenangan..
1 Januari 1961 - 5 November 2013
p/s : akan merindui masakan ikan talapia goreng balado fresh air tangan abg teh-- sendiri tangkap, sendiri siang, sendiri masak...

Al-Fatihah Ahmad Khairi b Mohamed. Damailah di sana, semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg dikasihi Allah serta bersama org2 yg beriman. Amin

(dapat lah arwah bertemu arwah abah di sana...sobs)

No comments:

Post a Comment