Hai, malas benar nak update nampak gayanya.
Idea ada, tapi malasnya berganda.
tau apa itu MGTT? -- google sendiri boleh? (seee how pemalassss nya saya)
Last check up dekat KKIA - 7 Nov 2013.
32weeks.
So far everything ok. Berat pon naik 500gram.
Total sepanjang preggy dah : 4.7kg
HB : 11.6
Then scan, baby breech.
Doktor kata, takpe..biasalah dia masih boleh berpusing2 lagi.
Start kira pergerakkan baby : OK
Berat baby : 1748g which is mean - 1.748kg (err..week before 1458g)
Tiba-tiba doktor insist utk aku buat MGTT walaupun da kategori "lewat". Oh, aku bajet aku terlepas since family takde keturunan kencing manis. Its ok, aku kena puasa malam tu sebab MGTT akan dibuat pada 8 Nov 2013. Best kan? Dahla hari tu aku kena ATT, kiri kanan tangan aku lebam. Mcm biasa, kes aku ni asal amik darah aje mesti nurse tak jumpe urat.
Keesokan harinya, aku pergi buat MGTT- so dah settle amik darah pertama & minum air gula.
(err..biasa aje rasanya..ape yg org kata teruk sgt? but for me, still aku bleh teguk lagi..lagipon perisa oren then dibuat suam)
tunggu around 2hours, amik darah kedua plak then aku balik. Nurse cakap, apa-apa dia akan call. Ok.
Nak di jadikan cerita, Isnin 11 Nov 2013..ada number call. Tapi bukan number pejabat, number handphone..dah petang gak la. Nurse KKIA yg call suruh datang 12 Nov 2013 (Selasa) sebab aku kantoi gula.
Cishhhhh...8.14 katanya, before 4.2. Alahai, kena la buat BSP plak.
BSP - google sendiri eh
takpelah, aku pon relakan aje la. Apedehallll weii, cucuk ujung jari kaaaaan? -- psiko diri.
Alhamdulillah, seharian tu aku pantau sendiri gula dalam badan.
resultnya adalah seperti berikut:
8.25 am - 4.2 (nurse buat)
12.15 pm - 5.8 (setelah aku makan tosei sekeping bersama air nescafe)
3.25 pm - 5.2 (bedal nasi mamak - nasi putih+ayam goreng+telur ikan+kuah kari dan air barli ais)
9pm - 4.7 (makan pisang goreng aje)
13 Nov 2013, pepagi aku dah pulangkan mesin tu dengan result. Nurse kata Alhamdulillah okay result aku tu. So tunggu ajelah next check-up 21 Nov 2013 ni. Harapnya takde la BSP lagi, leceh wei.
Isunya, padanlah muka diri sendiri. Mmg jenis tak sedar diri kalau dapat makan benda manis..lagipon seminggu before kantoi MGTT tu, aku stop nescafe tapi aku bantai Milo Ais Kaw kat mamak..even kat office pon aku bantai milo ais pekat manis gitu. Heh heh heh..
Oklah, nanti aku sambung lagi. Pasal kes aku kena gi hospital 1 Nov 2013 tu. Daaaa
BSP : result aku last 4.7, then aku pi cucuk jari OH plak..5.5 gula dia..okay la kan? |
atas tu, sehari sebelum. bawah tu mase MGTT-- nampak tak lebam. sampai hari ni okay tangan aku lebam. serius. |
No comments:
Post a Comment