Friday, September 27, 2013

sambungan kisah- suprise OH

-----> SUPRISE OH

before tu mari aku cite serba ringkas macam mana aku bgtau OH psl aku preggy ni;

lepas aku buat OPK + UPT tu BACA SINI.
Aku siap-siap pakai jeans semua, tunggu dia balik then aku pesan awal-awal yg aku nak pinjam kereta sat. Jam 8.30pm aku da tunggu siap-siap kat bawah sementara tunggu dia sampai. Less than 5 mins OH pon sampai, aku terus ke kereta then OH keluar nak naik rumah.

OH : nak gi mana tergopoh gapah ni?

aku : er..guardian.

OH : oh..pad da habis ye. Ha hati2 ye.

(btw, OH ni kalau dgr aku g guardian ke watsons ke..mesti bajet aku beli pad je kekdahnya..haha..faveret tempat ok kalau masuk mesti nak sejam dok bertafakur dlm tu..habis semua benda nk godek2 walaupun benda yg sama)

aku pon memandu ke arah P8, kat situ ade guardian. Dengan excited terus pergi ke tempat jual UPT..
erkk.. CB Digital takde..habis stok, tinggal UPT biasa2 je. Aku beli satu kat situ, jenama Dip & Tell hijau 1 box. Dalam hati tetap tak puas...nak gak CB Digital tu, nak betul2 confirm. Yelah aku guna UPT singgit je..manelah tau benda tu menipu aku ke kannn.. *konon*

sambil drive tu, da OTW balik dalam drive tu aku terus melencong ke Alamanda. Haih, dah jam 9.15pm dah. Aku tak masak lagi ni, drive ke sane. Parking je lelaju, terus ke guardian sana.. Alhamdulillah, banyak stok UPT..siap ada diskaun lagi.
Aku beli 1 CB dan satu lagi stok UPT disclosure. Waaahhhaha.. over kan? G kaunter, adik tu senyum simpul tengok muka aku teruja. Then terus balik, niat nak beli kotak+kad..kengkonon kalau dah confirm tu nak letak dalam kotak siap wording2 yg sweet la. Tapi bila fikir balik, aku loya sendiri..yelah kau dah kenapa tetiba nak sweet2 bagai???

Sampai rumah, masak kejap. Terus g toilet sambil sorok kan CB tu dalam towel. heh

-- berdebar-debar gak ni tgk skrin tu, almaklum. 1st time guna..dia berkelip2 je..

PREGNANT
2-3

Alhamdulillah, keluar cepat2..bawak benda tu and UPT dan OPK yg try sebelum tu..letak dalam beg org kawin..tah sape kawin tah..aku sauk sbb ade banyak..
(mcm ni..thanks encik google)
 
letak CB tu dalam plastik dia yg aku bukak secermat habis..sumbatkan OPK+UPT tu td. Pastu ada coklat2 cadbury (stok yg aku beli x makan2) aku letak dalam plastik lain..letak dalam beg kain tu tadi.
 
aku keluar lepak ruang tamu, OH tgk main game.
pastu aku amik beg kain tu..aku bg kat dia;
 
OH : eh sapa bagi? ade org kawin ke kat opis?
 
aku : haah
 
OH pon bukak, ok ada coklat..dia suka la coklat..lepastu dia amik yg plastik CB td..(kaler biru)..
 
OH : eh tak pernah tgk coklat brand ni --sambil keluarkan isi dalam
 
OH : ehhhh ehh????? pregnancy test!!! pregnant 2-3?? syg pregnant ke? haaaa (dah berdiri dah sambil pegang benda tu..pastu cicir plak UPT+OPK sekali)
 
aku : haah. iye..suka tak?
 
OH : Alhamdulillah, YaAllah seronoknya..abg nak jd ayah dah ke? (masa ni dia dah melompat2..tak senang duduk da..ke hulu ke hilir..kejap pegang controller xbox..kang pegang UPT tu)
 
OH : dah ucap sujud syukur ke ros? cepat-cepat..cakap syukur dan alhamdulillah --sambil tolak2 aku. Dan lepastu dia ragu-ragu lagi sebenarnya, esoknya baru lah kami ke klinik..OH nak doktor confirmkan dulu.. Alhamdulillah, baru lah puas hati dia. Bila dgr doktor cakap "congratulation, confirm pregnant 5w".
 
itula kisahnya..konon nak pendek sgt cite..panjang sudahnya. Tapi yg kelakarnya, dia suruh diam2kan dulu..tunggu da 3 bulan ke atas baru bagitau. KONON lah kan, aku tgk phone dia. Awal-awal da bgtau mama (MIL)..aku tak bgtau sorg pon ahli keluarga aku..rupanya OH yg excited beria..cishhh.
 
Inilah OPK (hijau) + UPT (biru) aku (30 April 2013)

CB yg beria aku dok beli kat Alamanda

1 Mei 2013 - confirmkan dekat klinik P14. Alhamdulillah.
 

Friday, September 20, 2013

Salam Jumaat

Assalammualaikum.

Eh.eh, kejap masa berlalu. Baru aku perasan yang keterujaan nak update-blog hari tu hanya sekejapan je.
Hehe..

Lupa.

Raya pon da habis. Entry gambar raya pon tak "up" lagi. Kisah pregnancy and sepraiskan OH pon tak cite lagi. Mana satu aku nak dulu kan?

-- si anak sedang giat bersummersault didalam perut, ye. senak --

okaylah, marilah sy up sikit lah gambar masa raya.

Ma and anak bongsu & menantu lelaki bongsu
me & sister
darwisya kesayangggggan!
OH
Husband & Wife (mampuu..pakai baju nikah di pagi raya..saat perut ko da terbonjol..cish)
sesi bersalaman <3 br="">
  
 
kekanda2 ku- OH, Abg Long, niece & Abg Gabanku
Ok..maksu & niece
family kecilku <3 td="">
Ma dan cucu2nya..Oh ye, kurang 4 hero..sebab sorg lagi my sister tak sampai lagi. Hikhik..Inshaallah, nextyear tambah sorg lg. Amin.    

 So..itu sikit pic raya belah family aku. Hee.. 2nd raya, by tengahari dah bergerak pulang ke kampung OH plak..Nasib la tak jauh, around 45 min je. Lubok China--

Tu pon sampai-sampai, dorg semua terus ajak jalan raya. Since perut lapar (always)..berjalan la sampai ke petang..5 buah rumah atok2 belah OH..
Mcm biasalah, belah OH mmg ramai. Dah aunt. uncle semua sebaya abg2 n kakak2 aku..sepupu pon budak2 semuanya. Atok n nenek pon still ada..kebanyakkan sebaya mak aku..mana lah rasa tak pelik..

me n the cusie. Ni rumah Tok Ndak husband..cantik sangat rumahnya..tu yg masing2 tak melepaskan peluang nak bergambar.
me, ika (cousin), maksu, maklang & mak andak.. see? betapa muda nya auntie2 belah husband..hehehe..
last..haruslah pic kami berdua. pakai baju ni lah buat ramai yg tak tahu aku preggy..hikhik..

Ok..itu aje ye pic rayanya..raya ke3 aku pakai blouse..
paneh.. hikhik..then balik ke Putrajaya..weehoo..TIDOOO sepuas2nya..walaupun nextweek tu aku checkup.
(oh..masa tu risau berat naik..raya punya pasal..rupanya turun 2kg..HB drop.hiks)

sambung next entry kay--
bye LOVE.

Thursday, August 22, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Waaahh..

Kejap je masa berlalu, Alhamdulillah aku dapat berpuasa dalam keadaan yang baik cuma kalau tak sahur tu rasa perit sikit. So far, nak hujung2 tu dah okay la kalau tak bangun sahur pon.

Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

So 1st raya kali ni kat my side. Best?haruslah best..gila tak best?..puas hati lah makan rendang daging+nasi impit+kuah kacang berkali2..hikhikhik..eventho nextweek tu aku check up, nervous kan sebab dah mentedarah bagai nak gila. Result?

HB turun. standard la kena bebel. 1st check up - 13, 2nd check up 12, 3rd checkup jadi 11. No wonder la keja aku kalau pergi warta je pitam..alamanda pon pitam..selamba aku bersila depan kedai..like i care kan? dah kelam bpeluh2.. tapi pegi setia city mall, midvalley, ikea & curve tak pitam ok...motif?

berat pon makin turun..1st masa buat buku, berat naik 7kg..penangan anmum materna coklat kottt.. *sedapkan hati*
2nd check up, berat kurang sekilo.
3rd check up, berat kurang 2 kilo. wahhhh..another 4 kg, berat back to normal *please calculate*

aku harapkan berat aku biarlah minimum je naiknya, sebab risau..bukan risau apa..takut2 baby besar. Itu satu hal, kalau berat naik berlebihan? tak jerih plak aku nak balik kepada asal? Kalau berjaya turunkan lah..walaupun org kata depends pada baka keluarga sekalipon..aku tetap perlu risau!

selera makan da start kurang balik..since aku memasak setiap hari, aku tak boleh telan lauk yg aku masak..especially 'ayam'..kalau dapat makan nasi+telur semata atau ikan bilis goreng pon dah sedap tapi bukan aku yg masak. Mengada-ngada kan?

pergerakkan baby?
Alhamdulillah, seawal 16w ++ dah dapat rasa ombak2 dan sedu-sedu dia. Now? Terlalu aktif sampai rasa macam senak sangat dia berguling+bergusti dalam tu. Especially lepas makan..dan time tidur. Kuat sgt gerakkan dia sampai rasa nak shi-shi (kencing)..
bila aku gosok-gosok perut, dia gerak..hahahahahahah..aku asik kacau dia sampai OH bising sebab ganggu dia. Maybe dia geli kot kat dalam tu..rasa mcm ade ikan plak. Cuma yang aku perasan, dia kerap tersedu. Kesian dia.

Masa balik kg pon, sedara mara+cousin+anak buah semua tak tahu pon aku preggy. Siap ade yg terkejut bila dorg tanya bila nak berbaby. Aku jawab la jujur;

"Inshaallah, end of this year..or maybe early in january"

eh..baru nak planning pregnant ke?

"taklah..ni ade la lam perot ni"

SubhanaAllah, serious ke? wahh tahniah..

baby bump tak menonjol, haha..siap org tak percaya..igt gurau2. Alhamdulillah. Oh berkenaan dengan gender, masa checkup dia kepit2 gitu. Doktor puas dok scan2, tetap tak tunjuk..yg ketara dia tunjuk 5 jari/tapak tangan dia..apehal? nak give me five eh?..hahaha..nakal.

okaylah..next time aku sambung story dengan gambar raya. Panjang plak entry ni.