Thursday, August 4, 2011

Tiga Tahun


Zainal Bin Shamsudin,

12 September 1945 - 4 Ogos 2008 (63),

Bersamaan 2 Syaaban 1429,

Jam 9.27 pagi,

Massive cranial bleeding.



Assalamualaikum.


4 Ogos 2008 yang lalu, ketika Allah S.W.T menjemput abah pergi, aku dapat rasakan sebahagian dari kekuatan diriku hilang, dunia seakan gelap tiba-tiba dan seluruh badan aku lumpuh. Dengan siapa lagi aku nak berborak, mengadu dan bermanja selepas abah meninggal? Mak?. Aku sayangkan mak lebih dari segala-galanya, aku hormatkan mak sebagai wanita yang tabah cuma kadang-kadang aku jadi lost nak berborak dengan dia tentang sesuatu perkara penting yang melibatkan life, pengakhirannya selalu berakhir dengan pergaduhan kecil atau mungkin dengan rajukan. Sama ada aku yang merajuk atau pun mak. Awal-awal dahulu masa ketiadaan abah, hubungan aku dengan mak boleh dikategorikan rumit dan sukar. Komunikasi antara kami berdua rapuh. Setiap kali aku suakan pertanyaan atau aku menjawab pertanyaan pasti mak akan menanggis. Silap aku agaknya mungkin mak masih sedih tetapi disebabkan aku dikategorikan kasar itu dah memang semula jadi aku dan tak langsung berniat nak melukakan dia. Mak plak masa ketika itu masih tak leh terima hakikat yang temannya dah pergi tinggalkan dia selama-lamanya. Aku tahu, mak sayangkan aku cuma kami kadang-kadang tak sekepala. Who knows right?


Mungkin aku di label sebagai 'ANAK ABAH' sejak kecil, aku lebeih selesa bercerita dengan abah tentang kegembiraan/kesedihan dan macam-macam lah. Mostly isu kerja, persahabatan, life, soal jawab agama yang mana-mana aku confused. Isu BF, awal-awal aku tolak tepi. Rasa pelik n tak sesuailah plak nak bercerita dgn abah. Tapi dulu abah ada gak tanya-tanya;


"ada bf x?".

"budak mana, belajar apa, siapa parents dia"

Abah sekadar ingin tahu, seawal 19/20 tahun selalunya perempuan-perempuan seumur aku da berBF, tapi aku je tak. TAK LAKU gamaknya. Cuma aku duk hebohkan tu lah...


Perempuan, KODOK.


Kat sekolah, aku jenis bawak kamera. Semua pic aku tunjuk kat Abah. Siapa yang aku suka. Siapa yang cun...siapa yang aku admire.


Maybe risau, tapi dia faham naluri anak dara dia yang sorg ni. Abah pon tahu yang aku tak punya ramai kawan lelaki dan sebab itu lah abah tak pernah risau tentang isu aku nak berBF cuma dia pelik keadaan aku yang menunjukkan minat lebih pada kawan-kawan perempuan. Apa nak buat, sekolah perempuan.


"Cari suami yang boleh menjadi pemimpin keluarga, bertanggungjawab, baik budi bahasanya pada orang tua, pada adik dan pada sesiapa saja. Cari yang elok ajaran agama dia, mak ayah dia. Yang paling penting, biarlah paras rupa dia biasa-biasa tapi mampu memberi kebahagiaan pada adik dan keluarga nanti. Insyaallah...."

Abah selalu sgt pesan mcmtu. Hakikatnya, aku masih tak punya bf.


Walaupun aku dikategorikan anak abah, aku tak terlepas merasa libasan tali pinggang askarnya, libasan getah paip, hanger, rotan dan juga kain tuala. Berbirat-birat badan, kaki, tangan aku akibat keBEGAan aku yang mengalahkan abang-abang aku. Dan aku akui di antara 5 adik-beradik aku, aku lah yg mempunyai perangai yg luar biasa degil selain suka memberontak yang bukan-bukan. Adakah disebabkan faktor anak bongsu? Wallahualam. Tapi abah memang tegas, setiap ape je kerja yang dibuat. Mesti kena kemas dan teratur. Jangan satu pon yang silap.

Dah masuk 21 umur aku, pertama kali memasuki alam pekerjaan. Abah paling gembira, sebab tak sangka anak degil dia mampu mencapai misi yang dirancang. Walau pun tak sempat nak sambung Ijazah. Abah yakin yang aku dah dewasa, dah matang dalam menyelesaikan masalah dgn teratur sebab dia tahu cara aku. Kadang-kadang tu adalah aku balik mengadu yang aku SUPERstress, tapi abah adalah pendengar yang paling baik. Lembut intonasi suara dia memberi sokongan tak pernah henti untuk aku terus kuat. Dan masa tulah, aku dah mula berani kongsi kisah BF kesayangan sentap-hati-mak-nak kat dia. Orang pertama yang aku bawak kenalkan pada Abah, dan org pertama juga lah yang menghancurkan hati aku. Over plak

-cut it OFF-


Hakikatnya aku tak sempat tunjuk surat aku disahkan jawatan. Itulah saat-saat paling sesal. Surat tu bertarikh 21 Julai 2008 dan aku sedari surat itu pada 16 Ogos 2008. Setelah aku masuk dari cuti panjang. Sebab aku pernah janji dengan dia, aku sah jawatan. Aku akan belanja Mak n Abah makan. Tak sempat.....mcmtulah Raffz, x sempat merasa abah bawak...



Dalam kesedihan ini lah, baru aku sedar yang Allah ambik abah untuk aku beringat bahawa setiap yang hidup pasti kan mati suatu hari nanti. Ajal maut tidak langsung mengira umur, jantina dan masa. Percayalah, jika abah masih ada mungkin aku tidak seperti apa yang aku ada seperti hari ini dan aku yakin, aku masih tak akan berubah dan buang perangai lama. Kadang-kadang aku sedih dan tertanya-tanya, “kenapa mesti ambil abah seawal ini? Apa dosa yang aku dah buat? Tak bolehkah tunggu aku kahwin, tunggu cucu dari anak bongsu dia ni?”... Ya, pertanyaan-pertanyaan itu yang sering menjadi punca aku down. Mungkin kah abah meninggal disebabkan aku? Tekanan dengan kehidupan aku suatu masa dahulu? Entahlah... terkilan rasa hati ni sebab terlalu banyak benda yang aku nak bualkan dengan abah. Terlalu banyak, tapi tak sempat. Baru 2 bulan sebelum tu kehidupan kelam kabut dilanda ribut, orang yang aku harap-harapkan pergi tinggalkan aku dengan keadaan terkapai-kapai aku cuba bangkit dengan hidup baru. Tup tup, giliran Abah pula dijemputNYA. Cukup aku rasa terseksa. Masa tu aku dah langsung tak fikir tentang kehidupan aku selepas ini, yang aku tahu...aku hanya menangis di pusara Abah dan meratapi pemergiannya tanpa sedikit pon aku teringatkan pada si Pencipta Yang Esa. Kesakitan itu lah yang kini memberikan kekuatan bahawa walaupun abah dah takde, tapi aku yakin yang abah sentiasa memerhatikan aku dari jauh. Setiap kata nasihat dan teguran abah sentiasa terpahat di hati aku.



Aku tahu,

Kau pergi dan tak mungkin kembali,
Hanya tinggalkan kisah dan segala kenangan

bersama titisan air mata yang berlinangan,


Angin bayu sayu seawal pagi,

Membawa aku kenangan lalu,

Di sini aku masih berdiri...

Masih merasa kehilangan yang tiada penganti,

TIGA TAHUN sudah berlalu dan aku masih merinduimu....Abah.

AL-FATIHAH 2 ABAH.



-REMEMBERING YOU IS EASY, I DO IT EVERYDAY.

MISSING YOU IS HEARTACHE THAT NEVER GOES AWAY-

5 comments:

  1. Sabar k Ros..

    mnangis aku bca entry nie...sbab aku pun prnah jmpa arwah dlu..yer..dia memang ayah yg terbek!klo aku jd ko pun aku akan brsyukur sesngat dpat ayah@abah sebaik@sporting cam dier...

    Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  2. al-fatihah utk ayah ko ros... amin..

    ReplyDelete
  3. ieqa- Amin. Thanks..yalah, cepat betul masa berputar..kejap je da 3 tahun..mcm x caya je.
    aku drive pagi tadi, cam sayu..terkilan pon ye gak..supposedly pagi tu aku ke spital, tapi aku terlelap pas subuh..aishh..sodihh den.

    yana- Amin. Thanks yana.

    ReplyDelete
  4. i'm so lonely broken angel
    i'm so lonely listen to my heart
    one n only broken angel
    come n save me b4 i fall apart

    sob sob.. sedih sgt :'(

    tabah ye kak

    ReplyDelete
  5. ye dik..
    lagu ni mang sesuai sgt ngn kita kan?

    kehilangan org tersayang~

    ReplyDelete