Monday, March 21, 2011

Karangan saya hari ini

Haha..poyo abis,

Aku tgh bosan ni...tibe2 dtg idea nak update blog psl manusia yg hobby de buat kuih TALAM.

Bukan bermakna aku baik, but aku sendiri sedang mencuba untuk jadi baik. So sharing is caring la ni.

Sambil-sambil belajar balik buat karangan. Hahaha..masa sekolah dulu karangan aku mesti terbaik. Series, aku tak tipu. Tapi itulah hakikatnya. Bagi la tajuk karangan BANJIR, SESAT DI HUTAN, CERITA SERAM... cerita kan pengalaman anda sewaktu detik2 itu;

xoxo. Over ok..dah2 tuka balik topik asal.

As we know manusia ni kdg2 bermacam ragam. Ade yg lurus, ade yang bengkok. Ade yang boleh dipercayai n ade yg langsung tak boleh dipercayai.

Ade yg SUKA SANGAT tikam belakang dan ade plak yg tak suka tikam. Yg tak suka tikam belakang tu, Alhamdulillah lah.

Tahu tikam?

alaaaa..yg bermuka-muka tu la.

Bagi aku lah kan, manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya.

Kenapa bahaya? Sebab manusia mcmnilah yang boleh buat satu-satu hubungan berpecah belah. Yelah, mau tak nya? Bermuka-muka bukan satu malah boleh jadi beribu2 muka. Hiksss...

Yang ni cite lain, yang sane cite lain. Yang sinun cite lain. Jadi???

Talam ni kan depan kita de baik sangat-sangat, but dlm masa sama de boleh jadi manusia yg lain...


Bukan tu je, de akan memfitnah kita seburuk mungkin. Memang jenis mcmni agak ramai cuma kita je yg tak pasan..

(Haah..da satu keja plak an nak kenalpasti org2 yg berperangai cmni)

Tak dinafikan, aku pon pernah talam. Tapi niat aku nak cover, takkan disebabkan yg A ckp B cmni. Aku g sampaikan kat A & B.. kan da bleh buat org bergaduh lau gitu?

Betul tak?

Maka talam aku adalah dgn mendiamkan diri, angguk kan ape je A ckp kat B, and senyum je ape B ckp kat A..


Ok, sambung balik..Manusia talam dua muka ini bukan boleh dipercayai sbb depan kita bukan main baiiiiiiiik lagi..fuuuuuuhhh fuhh fuh. Tapi belakang kita, habisss dia fitnahkan kita.. jaja cite tu la, cite ni lah. Macam cite lah, siap korek-korek lagi plak tu. Kira sepesis kepoh-chi gak ni an...pastu kecoh2 kat org lain siap tokok tambah cerita lagi.. Bravo lah akak, abang..adik..

*mekasihhh lah, terus ai rase glemer bila ade org sudi nak heboh2 kan cite ttg ai... T_T

Talam dua same maknanye dengan hipokrit, suke berbohong untuk menutup pekung di dada.. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai MUNAFIK.

Tahu ape MUNAFIK?

nanti kat bawah tajuk ni ade penjelasan nya...

Berkenaan ngan kuih talam muka ni plak, memang manis mulut dia beri pujian sane sini but at the same time de boleh menjadi musuh bila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya satu je, nak beli jiwa/hati orang diatasnya tu supaya leh jadi kawan baru de. Kawan lame? hahaha..haruslah de lupakan. Perlu ke ado orang2 cam kau ni? tak kelassss noks (pandai je aku buat skrip sendiri)

-aku pernah terkena..selalu terkena...hahaha.-

Senang cite, takpayah sangat la nak jadi talam. Watpe? Best sangat ke?...ade dapat ramai kwn ke ramai musuh?

Aku rasa, ramai org benci adalah...tapi korg je rase syok sendiri mcm seolah2 ramai kwn an? Walhal? Takde maknenyaaa..sudah2 lah tu. Ok?....

relaks sudah k? Aku relaks je walaupun aku tahu mcm2 kat telinga aku ni...cite la..xde luak nye pon.

Okay. Ni hasil gogel an aku.

Berkenaan org2 Munafik:

Munafik ialah orang-orang yang berpura-pura keimanannya di mana pada zahirnya nampak beriman dengan lidahnya mengakui keesaan Allah dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w sedangkan pada hakikat batinnya yang sebenar penuh dengan kekufuran dan kesesatan. Mereka menentang kebenaran dengan kebatilan, menjual petunjuk membeli kesatan, memilih kufur menolak iman, memperjuangkan bid'ah ganti daripada sunnah dan memilih azab daripada nikmat. Munafik terbahagi kepada 2 iaitu :

1. Munafik iktiqad iaiatu pegangan terhadap pokok persoalan iman bersikap dan bersifat nifaq atau penipuan maka golongan ini kekal dalam neraka, sekiranya mati tanpa bertaubat kepada Allah dan memperbetulkan semula iktiqadnya.

2. Munafiq amali iaitu amalan-amalan dalam ibadatnya bersifat nifaq atau penipuan seperti beramal kerana seseorang atau sesuatu selain Allah. Golongan ini melakukan dosa yang memerlukan agar bertaubat kepada Allah. Mereka akan dimasukkan ke syurga sesudah diazabkan dalam neraka.

- sekian saje karangan saya..berkenaan dengan Talam.. lepasni jangan la jadi talam, lau buat kuih talam takpelah.. -

panggggggg..sedas. hiks

sharing is caring...

No comments:

Post a Comment