Monday, September 7, 2015

Pregnancy & gadget

Ewah tajuk bukan main lagi kan?

Actually, saya ada readystock Fetal Doppler tau.
Nak beli roger je (whatsapp)

kegunaan FD ni;


➻ Menghilangkan kerisauan apabila tidak merasa pergerakan bayi.
➻ Menggunakan alat ini anda mudah mengira denyutan bayi utk dicatatkan ke dalam BUKU MERAH kesihatan anda.
➻ Saiz kecil mudah di bawa ke mana-mana.➻ Mudah memantau bayi anda tanpa mengira masa.➻ Degupan Bayi anda juga boleh DIRAKAM dan DISIMPAN sebagai kenang-kenangan.
=======================================► Bersaiz Mini: 118 x 58 x 143mm► Boleh mendengar denyutan bayi seawal 12 minggu.► Menggunakan teknologi ultrasound yang memenuhi spesifikasi EU Safety Standard and Regulations.► Angel Sounds Doppler ini dihasilkan dari bahan berkualiti tinggi.► Disahkan selamat oleh para Doktor.

1st time jadi ibu mesti excited kan? ahh jadi ibu kali ke 3-4-5 pon tetap excited.


Love Me Munchkin - Facebook

mehla beli dgn saya :AngleSound, Fetal Doppler.

Friday, August 7, 2015

Koleksi Pakaian Tradisional Terkini Online


Assalamualaikum & Hai korang!!

Hari ni dah masuk Syawal ke-22, banyak ke dapat jemputan open house? Ok, since kita masih dalam mood beraya (raya kan sebulan), meh aku nak cerita pasal pakaian tradisional yang selalu kita tengok dan pakai. Biasanya bila tiba je musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri, mesti kita dah dok sibuk terfikir-fikir, tercari-cari tema, design serta color untuk baju raya kan? Rasanya seawal tahun lagi dah mula nak buat persiapan baju raya. Bagi yang dah berkeluarga semestinya teruja nak sedondon di pagi raya. Lebih-lebih lagi pertama kali beraya bersama suami ataupun anak.  


Pakaian tradisional yang menjadi kegemaran dan pilihan aku dah tentunya baju kurung. Tahu sebab apa? Aku gi pejabat memang berbaju kurung, yes! Hari-hari okay aku pakai pakaian tradisional- kena bangga tu. Lagi pon baju kurung ni bukan saja orang kita je yang pakai, malah ada juga kaum-kaum lain seperti cina dan india gemar memakai baju kurung. Tampak lebih sopan, manis dan lebih ayu. ha ha ha..eh serious tak tipu.


Kalau ikutkan, baju kurung ni kategori baju yang senang nak match dengan mana-mana acara. Ke majlis perkahwinan ke, majlis formal di pejabat ke malah ada juga yang bersantai bersama teman-teman dengan berbaju kurung. Ha, ada sorang kawan aku mcmtulah..memang gemar berbaju kurung.

Bila kita sudah melangkah jauh mengikut arus kemodenan. Ramai pereka fesyen di Malaysia yang semakin kreatif dalam menghasilkan pakaian tradisional. Rekaan-rekaan terkini yang nampak lebih fresh serta classy olahan pereka fesyen yang sesuai digayakan bagi wanita muslim. Bagi hijabista-hijabista di luar sana, gaya imej muslimah yang dahulunya hanya Jubah. Kini tidak lagi, pelbagai jenis design, corak serta jenis kain dari potongan dress, blouse malah boleh dipadankan dengan tudung atau shawl yang cantik dan menepati syariah.


Segalanya kini menjadi mudah dengan hanya di hujung jari je, apakah hujung jari? Come on, online la… takkan korang tak pernah beli online kan? Tak payah bersusah payah nak cari parking, nak bersesak-sesak di shopping-shopping mall. Cakap je nak ape? Dari Jubah untuk nenek sampailah ke cicit pon ade dengan rekaan-rekaan yg telah diberi nafas baru. Laaaa... perempuan je ke yang ade? Tak, dah semestinya untuk lelaki pon ada. Now kan dah ada banyak juga butik fesyen online di luar sana yang menawarkan pelbagai koleksi pakaian tradisional terkini online untuk para wanita dan lelaki yang gemar bergaya. Ha, korang dah boleh shopping baju baju kegemaran terus dari rumah atau di mana-mana sekalipon. Even tengah tunggu bas nak balik rumah dari tempat kuliah pon boleh dah. Seronok kan, betul tak?


Thursday, July 23, 2015

Salam Aidilfitri 1436H

Alhamdulillah, masih bersyukur diberi peluang olehNYA utk bernafas di bumi bertuah ini.
Eh Selamat Hari Raya korg!

Raya mcm biasa, kami bersederhana. Yang penting nak meraikan hari kemenangan tu, oh raya memang aku tak sempat update apa-apa even bisness semua tolak ketepi. Fokus utk spendtime dengan family & makan-makan.

Tema? last minute, baju raya pon tak beli..yg ada baju kerja yg siap masa nak bulan puasa hari tu. Ah okaylah buat sebagai baju raya. Just tambah-tambah batu, done!
Beli tudung sampai 5 helai, konon baju melayu suami & anak ikut salah satu kaler tudung. Rupanya, tak juga. Kelam kabut beli tudung yg sama mcm kaler baju melayu, malam raya pulak tu. GIGIH.
Dahla susah, nampak senang kaler BIRU. Tapi yg samanya payah! Hampir 15 kedai kat dataran senawang tu aku masuk semata-mata nak cari tudung nan selai. Last2 ade, itupon SEHELAI ok, takde fikir panjang. Beli-RM15 #cheapskate.

Haha drama sgt tau bila pagi raya, kat kampung tgh-tgh bersiap tu jadi blur. Cemana pulak nak PAKAI.

grrrr..padahnya da biasa berbawal-beli pulak instant shawl, the best part tak reti pakai. Bedal ajelah asal bersarung tudung dekat kepala.heh heh heh.
Nah sikit gambar, mostly dr handphone anak buah.


candid- anak-anak buah bersalaman raya dengan maksu dia.

my cranky lilstar- dpt duit raya siap kiss pipi paklong. bukan main lagi

drama gila time salam dgn abg & kakak sendiri. 

masih bertiga- Alhamdulillah

betapa simple tapi kemeriahan beraya di desa tu memang tak dinafikan. Seronok. Kenyang sepanjang hari. Abaikan ye gambar suami & anak tidak bersamping, panas katanya. Confident level tinggi amik gambar walaupun tudung hauk. Fizikal aku kelihatan makcik-makcik sangat, apa nak buat da nak jejak angka 3.

Dah settle berjalan raya seharian, pulang ke rumah MIL di Seremban. Almaklum kawin dengan org sepelaung saje. So tiada masalah untuk balik mana atau mana sebab dekat sangat. Cuma raya tahun ni, tak jumpa Abg & kakak aku yg sorg lagi tu..yelah turn dorg kat umah mertua.

Raya-raya juga, jangan lupakan pada yg telah tiada. Al-Fatihah.