Monday, July 10, 2017

Salam Aidilfitri 1438HRay

Ya Ampun..berhabuk dah blog.

What to do, semua dah ke arah IG kan. Blog dah kesepian.

1 Syawal, di Seri Menanti

Anyway, harapnya aku rajin la update. Banyak je benda nak berceloteh tapi manjang sibuk setiap masa. Kawan2 pon macam ramai dah tak aktif berblog.

Lastly, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kosong-Kosong tau <3 p="">

Monday, March 6, 2017

hello, happy 3 mo

Assalamualaikum.

Pantas masa berlalu, rajin je masuk blog tapi nak update. Seriously malas sgt. Maybe blogging ni dah tak mcm dulu. Sekarang org dok main IG la, FB lah kan.

Actually..


hasil menyepi di blog- anak dua dah oi


haha. Dah anak dua gaisssss..

#momoftwoboys

Monday, July 18, 2016

Salam Lebaran 1437H

HI! ASSALAMUALAIKUM.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Eh..hehe Alhamdulillah dah masuk Syawal ke-13 baru ada masa nak update. Syukur masih diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang untuk meraikan Syawal pada tahun ini. Yes, iols dapat berpuasa penuh tau. Bukan senang nak puasa penuh bila umur2 mcmni.

*duitrayaplease*

Tahun ni dan seperti biasa, Raya disambut sederhana. Persiapan pon macam biasa-biasa, beli baju last minute. Kuih raya pon tak beli sangat..kerepek je semata and sedikit bekalan untuk rumah BS.
Iols beraya rumah mertua this year *sigh*. Ikut turn lah kan, tapi iols okay je. Rumah mak & mertua pon..7-8km je ikot PLUS. hahaha. Cuma my family beraya di Seri Menanti tahun ni..sebelum ni beraya di Gemas (bktjalor).

gambar tak banyak, biasalah..tak sempat kot. Iols fokus makan nak naikkan berat.hihihi

family in law- kecil je keluarga in law. hehe just biras lelaki nun jauh di Saudi
Our small family [tangga wajib bergambar]
Syawal ke-3 with mak & anak2 buah. 

susah nau nak bergambar dengan anak sendiri. haihhh.. 

Actually Syawal kedua berada di Muar, tapi takde gambar. Hehehehe..seriously! check2 phone, mmg tak ambil gambar apa2 pon. Lupa! Ini pon iols tak beraya lagi dengan kakak kesayangan, tak sempat jumpa. Abg sulung baru je iols jumpa semalam- itupon kesian juga tu. Syawal pertama, elok2 abg long and family nak balik side my family (dia turn rumah mertua), sil iols dimasukkan ke hospital. Kena operate pulak..sudahnya beraya lah mereka di hospital. Tu semalam baru dapat jumpa dia.

Okay lah. Later on sambung update lagi.


Tuesday, April 5, 2016

Sambutan Hari Jadi Kedua Tahun, NW

Assalamualaikum .. hai.
Haha dah APRIL 2016.

Baru lah nak update sambutan birthday anak yg ke-dua tahun.
Kali ini, mak aku request (sorry la guna aku je kay) celebrate birthday cucu kat rumah dia.

takpe, layankan. Sebab dia beria. Ikutkan aku and OH nak celebrate bertiga je kat kedai makan. hihihi.

entry ni panjang dan penuh dengan gambar. berterabur sikit, nak cepat siapkan entry kekdahnya.

simple deco. nak juga deco kan.. DIY je

Untuk deco, gigih aku ke Ikea Cheras nak beli benda alah tu.. kanopi tu. since tema biru, merah. Okay, beli.

kek? yes, aku buat sendiri Red Velvet. Hauk kan..ahahahah..aku failed lg bab2 nak topping ni. Tapi asal sedap and jadi bentuk kek. fine. nak tunjuk yg diri ini gigih. kelam kabut, buat kek jam 2ptg. 

Nampak? semangat semua nak buat sendiri padahal...hati berdebar2. Demi anak sorang ni lah, aku buat juga. Nak cut cost konon.. semua kek buat sendiri ye. 3 biji.

tu dia..dua kek. satu tu alang2 celebrate birthday januari.
topper pon aku DIY, print sendiri je. Hotwheels konon.

Okay, since adik beradik semua berkumpul, celebrate sekali la birthday bulan Januari.

Anak aku : 1/1
Abg long : 5/1
Luqman (anak buah) : 9/1
Fina (anak buah) : 19/1




Menu semua dari mak aku ye. Dia mmg chef yg terbaik. Kekakak aku yg lain bantu-bantu sikit. Sebab dia bersilat laju..cepat ok.

Nasi minyak
Ayam masak merah
Jelatah
Pulut kuning
Rendang daging
Sambal tumis
Mee goreng

siap buat 80 ketul donat wei..
buah tembikai susu & mata kucing


Okay nah gambar sekitar celebration. Jangan berpinar mata sudah ye.

gigih abg aku panjat2. Tq bang.
ni kakak aku yg sibuk nak buat meja utk -- ape nama dia. lupa. haa kira kudap-kudapan. ade goodies.
ohhhh candy booth kononnya. junk food ha.
anak-anak buah dan anak-anak jiran
birthday boy macam biasa, kalut takleh ramai org
tgkla anak bujang tu
yayy dah nyanyi, potong kek. sorry ibu excited nak
with my MIL and mak. Kakak-kakak tersayang

Oh, sambutan keluarga je ni. Jemput lah anak2 jiran..saja bagi bebudak seronok kan. Laku keras tau kek yg aku buat. hahahaha.. nak juga poyo.

family kecil. Yg laki aku pehal entah. tak reti amik gambo elok2 betul :-P 
hehehe..wefie.

Alhamdulillah, settle sambutan tu. Demi mak ku tersayang, aku turutkan. Memang berterima kasih kat semua adik beradik aku yg bertungkus lumus nak buat gak majlis makan2 ni. Malam tu kami adik beradik buat tahlil arwah untuk abah. Alang-alang berkumpul semua ni kan.

Ucapan buat anakandaku :

Happy birthday sayang ibu. Ibu ayah sayang awak sampai bebila. Awak satu-satu permata hati ibu ayah. Awaklah yg paling baik, yang nakal, yang kuat nangis, yang suka makan, yang pandai ambil hati..awaklah racun dan awaklah juga penawarnya. Selamat Hari Jadi yang keDUA tahun, NW. Semoga awak membesar dengan sihat dan baik, jadi anak yang mendengar kata, yang soleh dan cemerlang. Ibu ayah doakan yg terbaik buat awak.

lawa kan? ye, ini hasil kerja BFF aku. Tq Fai @peachowdesign
Sebenarnya topper, tapi yg tu cantik sangat tak sampai hati jadikan topper. Aku upgrade jadi fridge magnet. Aku buat untuk adik beradik dan kawan-kawan.

goodies bag buat sendiri, no..brown paper tu beli kat kedai. rm4.50 (100 pcs)
Sebenarnya salah beli, nak beli brown paper bertapak. Sekali brown paper pisang goreng, ahh takpe bedal ajelah. Aku pon konon nak buat gak print2 tu. Give up tak berjaya, sampai satu tahap.. aku nak gunting nama and tampal. Tapi..ye, usaha tangga kejayaan. Berjaya aku print nama tu atas brown paper setelah mengodek2 and mengadjust2 printer. Rugi 10 keping brown paper demi nak dapatkan hasil. Yg klip2 tu beli kat Mr.DIY, murah je..rm1.90 kot.

Untuk anak-anak dekat rumah BS
Esoknya, aku siapakn 22 pcs muffin untuk rumah pengasuh dan 20 pack goodies bag untuk budak-budak kat sana (kawan-kawan NW) dan anak kawan-kawan office. Alhamdulillah, happy sebab berjaya juga buat semua-semua ni. Penat dua hari..

Last not least, gambar bawah ni masa celebrate birthday aku ke 30. Wahh 3 series kauuu.. kakak2 sibuk nak belanja makan2. So, girls day out gitu.. lagipon masa tu, salah sorg anak buah nak bersunat. Hehehehe..

my family.
Haaaa..sekali update, berjela entry ko roses. Takpe, kenangan ni.




p/s : NW dah dua tahun, boleh dah bagi adik tu.. scar cser pon dah okay tu -- ayat cepu emas bila anak masuk dua tahun. he heh eheheheh

Friday, November 20, 2015

Update

Salam.

Haaaaa konon2 nak rajin menaip di blog 2015, sudahnya berhabuk juga. Nothing special jadi tahun ni, aku macam biasa lah.

Anak? makin lasak ye, super lasak. Kalau tak buat ibu dia menjerit, memang tak sah. Nak-nak pulak dah dapat bercakap. Alahai, asik bercakap aje..

"ibu..ibu.. ibuuuuuuuuuuuuuuuuuu..tu bas. bas cantik"

selagi tak menyahut, selagi tu lah "ibuuuuu"

aku? ye, mungkin ada yang tahu dan mungkin ada diantara kawan-kawan yang tak tahu aku sebenarnya sedang...


BERDIET

haha. kelakar eh?

aku study pasal Atkins. So aku terus nekad, alhamdulillah hari ni genap 32 hari beratkins.
tapi day 5 reinduction pasal berat statik pulak.

so far, paling lama aku tak menjamah nasi.
sejujurnya..aku sendiri ngeri tgk badan aku selepas beranak.
kembang ok.


sebelum ni selalu acah2 diet dan penyudahnya GIVE UP. Kali ni aku dah berjaya kurangkan 6kg (before statik).
masih belum kurus pon, sama je nampaknya cuma aku dah boleh la pakai jeans size 30. Sebelum ni 33/32 tau.. baju kurung pon semua size L, boleh dah lah sarung baju kurung lama.

berat lambat turun? orang lain 2minggu turun 6-10kg.
ohh aku bersenam malas di rumah. sempat buat 30 minit je.

#90dayschallenge

ini yang simple

so aku ada lagi lebih kurang 2bulan untuk kurangkan lagi 9kilo. Berat ideal-
doakan aku berjaya dan bertabah okay?

okaylah, aku belanja gambar sebelum & latest ya.

inilah, haruslah tak nampak beza. sikit je kurangnya. part muka tu sangatlah payah nak kecilkan

hehe selfie dgn anak bujang nan satu.


okay till then,
wassalam

Tuesday, November 3, 2015

Collaboration With ZALORA MALAYSIA

Hi semua,

Lama dah tak berblog-semua update dekat IG je kan?
Actually aku nak cakap thanks dekat ZALORA sebab...



yay, barang dah sampai.




Free pulak tu. Macam mana boleh free? kisah nya aku dapat komen ini:

komen dr Norain Zalora



Aku ingatkan scam ke apa kan? Hasil google-google kat blog2, baru lah tau. Tak sangka blog mcm aku ni pon di offer untuk Collaboration dengan ZALORA. Aku pon reply jelah emel Norain tu.
So kena buat tugasan iaitu SINI. Hehehe..

Dah siap tugasan, dorang bagi voucher RM100. Maka, aku pon guna voucher tu untuk beli jam. Sedang elok jam pon dah rosak. Rezeki namanya kan? Benda pula free, harus berganda suka.

Apa-apa pon thanks again ZALORA MALAYSIA for inviting me. 
Happy sangat. I Love ZALORA.



p/s : actually lama dah dapat voucher tu, lastweek baru redeem. Eh pantas okay penghantarannya.



Thursday, October 15, 2015

Stroller Aldo Compatto 2015 Di Love Me Munchkin

Hai semua, salam sayang.

Ewah, bukan main. Takde aku just nak inform, ramai dok tanya kenapa tak jual stroller yg murah sikit.

Ada, bukan takde. Meh sini Love Me Munchkin ada stock baru masuk.
Apa dia?

Ni dia;

aldo compatto stroller

Light weight - less than 6kg.
Folds into a small (Cabin bag size) 
4-wheel suspension with anti wobble system
Fast fold/ unfold 
Adjustable backrest. 
Advanced suspension system allows for one-handed maneuverability
Comes with stroller carry strap & stroller cover.

since ramai yg suka babyzen yoyo tapi mcm mahal sikit, aku pon atas dasar rasa sygkan customer.
aku bawa masuk stock stroller Aldo Compatto ni. Okay kan?
Harga pon murah.

Harga Pasaran : RM699

Tapi korg beli dengan aku, dapat diskaun.

Sila PM dekat Page aku tau : Love Me Munchkin


p/s : number whatsapp tak boleh guna, nanti aku cari number baru. Tq <3 p="">

Monday, September 14, 2015

Stroller Murah di Love Me Munchkin

Hi korang!
Hari ni nak post iklan kejap.

Sale Babyzen Yoyo sampai ESOK (15/9/2015) and READYSTOCK (white frame only).

stroller Recaro Easylife- preorder.
Mohon whatsapp untuk feedback cepat, heheh kalau nak tunggu reply PM tu..kdg2 admin lambat sikit.

Love Me Munchkin


babyzen yoyo
recaro easylife

Kalau nak stroller mampu milik dari brand SWEET CHERRY pon ada. Tengah open order untuk stroller SCR6 design baru. Serius smart dan murah, betul!

SCR6 -sweetcherry

Jangan lupa, gi dekat Facebook : Love Me Munchkin

Friday, September 11, 2015

Last Day - BenFlyfm

Nooo.. aku tetap nak post entry.

11/9/2015.
Friday.

Today is Ben last day in FlyFm, why?!
This is not good
:-(

Aku dgr FlyFm sebab dia menceriakan pagi aku nak ke ofis!
Still takleh terima nextweek aku dah tak dapat dgr Ben merepek2 dalam krappi call (setiap pagi weekdays ok aku dgr tanpa tinggal) and also mrs boopathy.

this is totally sad!
Seminggu aku emo, drive sambil linangan air mata. Perasaan dia mcm, lagi sakit dan sedih dari breakup dgn boyfriend. (masa aku breakup dgn ex pon x sesedih ini).

ben&hafiz


i will miss you Ben, seriously.

#krappicall
#Mrsboopathy

All the best in ur career <3 p="">

Monday, September 7, 2015

Pregnancy & gadget

Ewah tajuk bukan main lagi kan?

Actually, saya ada readystock Fetal Doppler tau.
Nak beli roger je (whatsapp)

kegunaan FD ni;


➻ Menghilangkan kerisauan apabila tidak merasa pergerakan bayi.
➻ Menggunakan alat ini anda mudah mengira denyutan bayi utk dicatatkan ke dalam BUKU MERAH kesihatan anda.
➻ Saiz kecil mudah di bawa ke mana-mana.➻ Mudah memantau bayi anda tanpa mengira masa.➻ Degupan Bayi anda juga boleh DIRAKAM dan DISIMPAN sebagai kenang-kenangan.
=======================================► Bersaiz Mini: 118 x 58 x 143mm► Boleh mendengar denyutan bayi seawal 12 minggu.► Menggunakan teknologi ultrasound yang memenuhi spesifikasi EU Safety Standard and Regulations.► Angel Sounds Doppler ini dihasilkan dari bahan berkualiti tinggi.► Disahkan selamat oleh para Doktor.

1st time jadi ibu mesti excited kan? ahh jadi ibu kali ke 3-4-5 pon tetap excited.


Love Me Munchkin - Facebook

mehla beli dgn saya :AngleSound, Fetal Doppler.

Friday, August 7, 2015

Koleksi Pakaian Tradisional Terkini Online


Assalamualaikum & Hai korang!!

Hari ni dah masuk Syawal ke-22, banyak ke dapat jemputan open house? Ok, since kita masih dalam mood beraya (raya kan sebulan), meh aku nak cerita pasal pakaian tradisional yang selalu kita tengok dan pakai. Biasanya bila tiba je musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri, mesti kita dah dok sibuk terfikir-fikir, tercari-cari tema, design serta color untuk baju raya kan? Rasanya seawal tahun lagi dah mula nak buat persiapan baju raya. Bagi yang dah berkeluarga semestinya teruja nak sedondon di pagi raya. Lebih-lebih lagi pertama kali beraya bersama suami ataupun anak.  


Pakaian tradisional yang menjadi kegemaran dan pilihan aku dah tentunya baju kurung. Tahu sebab apa? Aku gi pejabat memang berbaju kurung, yes! Hari-hari okay aku pakai pakaian tradisional- kena bangga tu. Lagi pon baju kurung ni bukan saja orang kita je yang pakai, malah ada juga kaum-kaum lain seperti cina dan india gemar memakai baju kurung. Tampak lebih sopan, manis dan lebih ayu. ha ha ha..eh serious tak tipu.


Kalau ikutkan, baju kurung ni kategori baju yang senang nak match dengan mana-mana acara. Ke majlis perkahwinan ke, majlis formal di pejabat ke malah ada juga yang bersantai bersama teman-teman dengan berbaju kurung. Ha, ada sorang kawan aku mcmtulah..memang gemar berbaju kurung.

Bila kita sudah melangkah jauh mengikut arus kemodenan. Ramai pereka fesyen di Malaysia yang semakin kreatif dalam menghasilkan pakaian tradisional. Rekaan-rekaan terkini yang nampak lebih fresh serta classy olahan pereka fesyen yang sesuai digayakan bagi wanita muslim. Bagi hijabista-hijabista di luar sana, gaya imej muslimah yang dahulunya hanya Jubah. Kini tidak lagi, pelbagai jenis design, corak serta jenis kain dari potongan dress, blouse malah boleh dipadankan dengan tudung atau shawl yang cantik dan menepati syariah.


Segalanya kini menjadi mudah dengan hanya di hujung jari je, apakah hujung jari? Come on, online la… takkan korang tak pernah beli online kan? Tak payah bersusah payah nak cari parking, nak bersesak-sesak di shopping-shopping mall. Cakap je nak ape? Dari Jubah untuk nenek sampailah ke cicit pon ade dengan rekaan-rekaan yg telah diberi nafas baru. Laaaa... perempuan je ke yang ade? Tak, dah semestinya untuk lelaki pon ada. Now kan dah ada banyak juga butik fesyen online di luar sana yang menawarkan pelbagai koleksi pakaian tradisional terkini online untuk para wanita dan lelaki yang gemar bergaya. Ha, korang dah boleh shopping baju baju kegemaran terus dari rumah atau di mana-mana sekalipon. Even tengah tunggu bas nak balik rumah dari tempat kuliah pon boleh dah. Seronok kan, betul tak?


Thursday, July 23, 2015

Salam Aidilfitri 1436H

Alhamdulillah, masih bersyukur diberi peluang olehNYA utk bernafas di bumi bertuah ini.
Eh Selamat Hari Raya korg!

Raya mcm biasa, kami bersederhana. Yang penting nak meraikan hari kemenangan tu, oh raya memang aku tak sempat update apa-apa even bisness semua tolak ketepi. Fokus utk spendtime dengan family & makan-makan.

Tema? last minute, baju raya pon tak beli..yg ada baju kerja yg siap masa nak bulan puasa hari tu. Ah okaylah buat sebagai baju raya. Just tambah-tambah batu, done!
Beli tudung sampai 5 helai, konon baju melayu suami & anak ikut salah satu kaler tudung. Rupanya, tak juga. Kelam kabut beli tudung yg sama mcm kaler baju melayu, malam raya pulak tu. GIGIH.
Dahla susah, nampak senang kaler BIRU. Tapi yg samanya payah! Hampir 15 kedai kat dataran senawang tu aku masuk semata-mata nak cari tudung nan selai. Last2 ade, itupon SEHELAI ok, takde fikir panjang. Beli-RM15 #cheapskate.

Haha drama sgt tau bila pagi raya, kat kampung tgh-tgh bersiap tu jadi blur. Cemana pulak nak PAKAI.

grrrr..padahnya da biasa berbawal-beli pulak instant shawl, the best part tak reti pakai. Bedal ajelah asal bersarung tudung dekat kepala.heh heh heh.
Nah sikit gambar, mostly dr handphone anak buah.


candid- anak-anak buah bersalaman raya dengan maksu dia.

my cranky lilstar- dpt duit raya siap kiss pipi paklong. bukan main lagi

drama gila time salam dgn abg & kakak sendiri. 

masih bertiga- Alhamdulillah

betapa simple tapi kemeriahan beraya di desa tu memang tak dinafikan. Seronok. Kenyang sepanjang hari. Abaikan ye gambar suami & anak tidak bersamping, panas katanya. Confident level tinggi amik gambar walaupun tudung hauk. Fizikal aku kelihatan makcik-makcik sangat, apa nak buat da nak jejak angka 3.

Dah settle berjalan raya seharian, pulang ke rumah MIL di Seremban. Almaklum kawin dengan org sepelaung saje. So tiada masalah untuk balik mana atau mana sebab dekat sangat. Cuma raya tahun ni, tak jumpa Abg & kakak aku yg sorg lagi tu..yelah turn dorg kat umah mertua.

Raya-raya juga, jangan lupakan pada yg telah tiada. Al-Fatihah.

Thursday, May 28, 2015

Chicken Pox

Assalamualaikum.

Fuhh, berhabuk. Busy dengan daily routine. Kadang-kadang lebih ke forum. Opsss.
Actually baru masuk kerja semula after almost 2 weeks on MC. Penangan cikenpox, padahnya dah tua baru nak kena.

Seriously agak stress, badan tak demam. Memang takde warning apa tetiba muka terus naik bintat.
Mula kecil tapi dia punya "pantas" naik tu memang lah tak sampai dua hari. Muka lah paling azab sekali sampai gelinya nak tengok apatah lagi nak pegang.

Dia buat kita rimas sebenarnya, badan so far tak sampai 10 biji pon. Kaki pon gitu, tak banyak tapi MUKA tu. Ulang alik klinik pon org jijik--nasib ada mask. Itulah yang aku hadap selama seminggu (sebab kena hantar anak ke BS).

Tapi kan, itulah dia. Parut tu tak hilang-hilang okay. hahaha muka dahla tak berapa nak bersih/kepam ditambah parut ini. Redha ajelah.

tengah cikenpox

ngeri & geram je nak garu okay. hahaha bertabahlah. cuci muka pon slow2 je..takut terpecah kan nanah tu.

masa aku kena tu aku selamba je memasak mcm biasa, rupanya ada pantang larang.
tapi benda gatal memang tak makan la...then org kata kicap pon tak boleh. nasib bukan pemakan kicap.

muka bila cikenpox da meninggalkan parut.. tu bawah pic hari ini. no edit ya. 

haih yg besar kat dahi tu paling jelas dan dalammmm parutnya. puas google nak ilangkan parut, kebanyakkan shaklee. takmau yg makan2 ni, nak krim. Any suggestion? so far sekarang ni just pakai krim yg klinik bagi-- baneocin namanya. bedal ajelah.

Wednesday, April 15, 2015

Fetal Doppler Murah

Assalamualaikum.
Adoi, lama tak update. Busy amat mengalahkan PM.

okay. Since takde apa yg menarik nak share.
(perkembangan ank-later iols story kay)

aku nak bagitahu yang aku jual FETAL DOPPLER!

iskk..kenapalah masa pregnant dulu tak jual kan kan kan..

so sesiapa yg sedang gigih mencari Doppler ni, rajin2 la roger iols kat FB : LoveMeMunchkin
Murah sudah pasti.


blog dah jadi medium meniaga. uhuks, saja post. kot2 ada yg mencari.

till then!

assalamualaikum.

muahciked -- haha gediks

nampak? dapat gel sekali tau!

Tuesday, February 10, 2015

NW turns ONE

Salam!!

okay quick update-


birthday boy and ayah
mestilah dengan ibu
candid
simple deco
happy birthday sayang!
simple birthday cake 
love this!

Actually pada 1 January 2015 yang lalu, genap SETAHUN usia my sonshine ni. 
Kami celebrate bertiga je, lagipon besar dia ni apa yang dia faham. Haha.
Eh satu dunia raikan juga tau-- new year. Ok la tu kan?

Budak umur gini, nak terjah kek tu adalah.
InshaAllah panjang umur, murah rezeki. Next year kita celebrate dengan family ya sayang?

"So here it to you my baby boy! Happy 1st birthday my sonshine, my little star. Ibu cant wait to see how much you will change this next year. Ibu will always cherish our cuddle time & those sweet things that we always do. Ibu & ayah love you forever and always~
Just simple celebration for you. Just 3 of us. Because ibu knows people in the world are celebrating with you too. Happy New Year & Happy birthday NW"

Sorry, ini throwback story je.

Sekarang dah 13 bulan 10 hari;

NW's milestone:

dah berjalan sebelum umur setahun
gigi baru dua+dua (baru kuar)
dah pandai panggil ayah
dah sibuk bercakap
pandai tunjuk itu ini sambil bebel apa tah
pandai cakap LIF (bila naik lif)
suka cakap "ouchhhh" 
tiru cakap org la apa lagi.
jangan buat kelaku pelik2 sebab dia pon mengikut sama
cheeky
manja melampau
sibuk melompat
sibuk memanjat
pandai bukak peti ais

aaaaa..apa lgi eh?
tak ingat banyak nau dah aku skip- hehe.

ni video latest


Haha..sian dia, ibu terguna flash pulak masa rakam.