Wednesday, April 30, 2014

C-sect Story Part 3

haaa kau, bukan main lagi ber-part2.

Okay sambungan..

Jiran aku yang aku sangkakan tukar wad tadi pulang semula ke bilik. Eh eh, dia sedar (walaupun aku tak nampak disebalik tirai pink..tapi aku dgr suara dia keletihan). Then baby dia pon ditolak sama, wahhhh..supercute! Btw nama jiran aku tu Jasmine, hihi..

Mak dia yg peramah tu bawak tunjuk dekat aku. Fuhhh comel, serious. Pipi dia gembol, bibir merah, hidung mancung..berat 3.9kg kot. Semangat..girl, khayra nama dia.

Fine.

aku still tak sakit, cuma itulah sesengal. Aku banyak habiskan masa mundar mandir kat tempat, baca doa, main FB/wassap. Sambil2 usap perut..OH dah balik, aku mula lah sunyi. Rindu husband tetiba... pelik ok, padahal takde lah ape pon. Tapi rasa rindu aje, mwahaha.. gedik!

around petang nak ke maghrib. OH datang balik bawak makanan-phone yg dah bercaj (phone aku always habis bateri). Masa tu dia dtg bawak bungaaaaa kau! Terkejut. Romantik kengkonon.

Friday, April 4, 2014

C-sect Story Part 2

Sambungan...

Okay, pada 31 Disember 2013. Ubat Induce akan dimasukkan pada jam 7am. Maka aku dari malamnya tido2 ayam aje dengan kekejap nurse dtg amik tekanan darah+ctg.

Bangun jam 6am, aku mandi2 pastu solat. Kunyah2 apa yang patut, tunggu punya tunggu. Doktor yang pasang drip kat tangan aku malam tu dtg;

7.30am

Doktor : Puan, masuk bilik sana ye. Nak masuk ubat.

ok-- blur, dah kenapa lelaki??
hahaha.

Jalan dengan kerisauan, berderau ok. Dahla tak breakfast, lapar.
Tgk bilik tu, doktor chinese. Ok, perempuan. Baring, tarik nafas kejap.
Tgn doktor tu amik ape ntah-

Gulp, ini rupanya masuk ubat. Ala-ala V.E

perit sikit. cish, maybe non muslim. dia tak bace "bismillah"-- anggapan aku je. LOL

Pastu doktor suruh baring & berehat dekat bilik. Jangan gerak2, nak bagi ubat tu tak keluar balik - hukum graviti. Dalam keadaan lapar, aku baring aje dalam sejam gitu. Sudahnya aku breakfast around 11am.

Sesambil tu main sms/fb guna BB. Almaklum, phone satu lagi bateri problem. Then OH datang jenguk aku.
Kawan-kawan sms tak putus2, igt dah beranak. Hehehe, padahal baru masuk ubat. Ada yang post dekat FB. Hehe thanks atas doa kalian.

Yg aku perasan, aku takde rasa sakit lg. Baby pon gerak mcm biasa-- mungkin contraction tu dah rasa sejak ubat induce tu masuk. Tapi ala-ala sengugut mild. Pinggang pon mcm sesengal. Takpe- psiko otak. Sesambil tu borak2 dengan baby & berzikir.

Tahu aku borak apa dengan baby?

"adik..bila adik nak keluar ni? Ibu n ayah tak sabar sgt2.. adik keluar elok2 ye, jangan biarkan ibu sakit lama-lama tau nanti dalam labour room tu. Kesian kat ibu tau?...tapi kan adik, hari ni baru 31 Disember 2013. Adik alang-alang nak keluar tu, keluar esok tau?! ingat tau adik, esok.. sebab esok 1 Januari 2014..tahun baru. Dengar tak adik?" -- sambil usap perut perlahan-lahan, pastu dia tendang. Fine, dia dengar la tu :-)

OH pon tak habis2 suruh pujuk baby tu, cakap elok2. Keluar baik2..hihihi

Before lunch tu, nurse datang2 amik darah plak. I mean, cucuk jari - BSP. Yelah dekat rekod tu aku kan GDM.

Dah settle2 makan, aku sekadar jalan mundar mandir & eksesais kat bilik aje. Nak bagi proses tu berjalan lancar. Jalan, pastu squat..ewahhhh.

Dah nak petang, perut da rasa lain.. sakit juga tapi nak anggarkan kesakitan tu dari skala 1 - 10, dalam skala 3 (ni nurse yg nama dia Ku, baik sgt..selalu dtg borak. Eh bukan dia je, semua nurse baik2 la layan aku.. terharu gila, takde pon rase kesunyian..caring sesangat..)
Bila Ku tu tanya sakit aku skala berapa. Aku gelak2 and cakap - 7 kot..konfiden, terus Ku tersenyum2..rupanya Ku explain kat aku mcmni;

Ku : ape? 7..tipu la.

aku : abis tu?

Ku : awk nak tahu tak, kalau 7 tu dah kategori apa? 7 tu stok yang dah berguling atas katil, nangis2..muka masam. Moody, bila tegur pon dah marah-marah. Berangin2..awk ni kategori boleh gelak2..senyum2, borak2..main henfon..dia dikira mcmni. Skala 1 - 3 (biasa), skala 4 - 6 (sakit), skala 7 - 10 (sakit kuat). Sakit kuat yang memang sampai dah merintih2, meraung, menangis2..menjerit2..haa gitu.

aku : serius ke? maknanya sakit betul tu kan

Ku : ala takde la..biasala nak bersalin..so mcm mana?skala awk berapa?

aku : oklah, kalau dah tahap mcmtu.. saya 3 lah. hahaha.

Begini lah keadaan aku berlarutan hari ke hari, sampai nurse2 dah kenal aku. Ku selalu tanya tahap kesakitan aku. Paling tinggi aku rasa, skala 4. Yelah-- org lain masuk siang, petang dah bersalin. Kira org kuar masuk, aku tak settle2 lagi. Tapi ptg tu, jiran katil aku (yg aku ckp masam tu) dah bersalin. Dia kena cser- wahh aku mcm nervous dgr sebab baby dia besar, induce tak jalan and pada masa sama ada missunderstanding. Bygkan, dia tgh2 relaks..doktor dtg bagitau yg dia kena cser juga hari tu. Terus dia kena puasa, padahal dia baru je nak makan. Kejap jugak, dia kena tolak jam 3pm..jam 5 dah settle. Itupon sebab tgh2 aku melepak berborak ngn OH..ade auntie bengali dtg bgtau anak dia dah bersalin. Now tunggu nak tolak masuk bilik balik. Nurse-nurse tolak keluar katil dia- aku bgtau OH.

aku : eh, dia da bersalin la bang..ni bwk2 keluar katil bagai. Mak dia pon kemas2 tempat..agaknya nak tukar ke wad perseorangan kot

OH : ye kot. sebab dari hari tu dgr dia nak wad perseorangan

hahah silap, nurse2 tu tolak katil dia keluar sebab nak pergi amik dia kat bilik pemulihan. Yelah sesudah je pembedahan..kena rest kejap kat bilik tu. Tu sebab dorg tolak katil, takkan nak pakai wheelchair plak kan?


OKAY-- PANJANG LEBAR SUDAH. SAMBUNG PART 3

Tuesday, April 1, 2014

C-sect Story Part 1

Haii haii hai..

sementara ade masa+ade wifi+notebook ni, boleh la aku update sesikit kelahiran NW ni.
(sibuk gak nak buat kronologi bersalin..huahuahua)

ok, aku tak mampu nak menaip pepanjang. aku buat by point aje ye. next time aku elaborate - part nak elaborate tu tunggu aku masuk kerja April nanti. Mcm lama je cuti---

Due aku sepatutnya 31/12/2013 - ikot LMP

Last checkup dekat KKIA- 24 Disember 2013 (masa tu dah 39w), aku tanya nurse. Before tu pon aku tanya gak, since tak beranak2 ni kan. Nurse kata by that time aku tak beranak lagi, serah diri kat HPJ pada 30/12/2013 utk mintak induce.

INDUCE ok.

Aku kan rajin menselfgooglekan diri membaca kronologi bersalin normal-induce-cser..tgk video, tgk channel 733 dan segala kisah psl beranak ni aku dok membaca. 90% mengatakan induce adalah lagi sakit n horror dari bersalin normal..dan aku terus rasa GULP di situ (read: GULP ialah menelan air liur secara lelaju)

Okay, aku masih larat bekerja dan gagah seperti biasa di hujung2 ni. Ah lagipon keadaan aku yg tak sarat ni buat org igt aku lambat lagi nak bersalin. Perut alkecik je- org kata.

Makin rase nervous bila SIL dah selamat bersalin pada 25 Dec 2013..aku yg pregnant dulu dia plak bersalin dulu.
Makin gelisah bila BFF teman secheckup pon da selamat bersalin pada 26 Dec..padahal due dia 3 Jan 2014 siap beria2 dia kata aku bersalin dulu baru dia. Fine..baby xmo kuar lagi. Tapi kan...tapi kan, hati aku super kuat mengatakan yg aku akan bersalin 1 Jan 2014. Yelah, dah alang2 kan?

bla bla bla bla ----

30 Dec 2014 / 8 AM: serah diri kat HPJ, malam before baru terhegeh2 packing. Confident level is toooo high, bawak baju baby 3 pasang aje. Tapi kena tunggu HPJ call dulu sebab wad penuh. FINE

6.30 PM : dah lepak2 Alamanda bagai, otw balik ke rumah baru HPJ call- wah i is NERVOUS u. Sempat lepak mamak Cyberjaya pekena nasi goreng+air kelapa muda. Tapi tak habis....

Cincai2 kira, around 7.40PM aku masuk wad- 1st class with 2 bedded. Jiran sebelah bengali yg sedang menunggu turn utk bersalin- aku senyum tapi dia supermasam..terus rase down. hahah nasib tempat luas, aku solat pon kat tempat je. Tepi tingkap lagi...boleh la aku menikmati hari2 terakhir sebagai wanita berperut besar.

8.40PM - tangan dah kena drip. Nurse dah start pasang CTG-- rimas mode. Doktor pakar n doktor pelatih round2 n tanya2.

11PM - OH dtg hantar makanan+phone yg dah bercaj

seriusly tak boleh tidur, sayu hati. hahaha..nasib katil aku dipisahkan dengan tirai so bolehlah melayan perasaan. Esok pagi aku akan DI INDUCE (sebelum tu dah dengar prosedur2 nya)


SAMBUNG C-sect Story Part 2 eh (ehh aku drafkan, da masuk opis baru publish..ini pon da igt2 lupa)